AKU BENCI PERAMPAS SUAMI ORANG!!!

10/24/2016 08:25:00 PTG

Sebagai perempuan, kita semua ada perasaan yang sama, tak banyak pun mesti ada sedikit perasaan seorang perempuan. “Apa, perasaan korang bila ada perempuan lain yang tercuba, tergatal, termesej, tecall, tergedik kat boyfriend atau laki korang? sakit hati kan? tipu hokay kalau tak sakit hati. ”

Aku selalu pesan dekat diri sendiri kalau aku mencuri hak orang lain, aku menyebabkan orang lain menangis, aku menyebabkan hati orang lain terluka, aku menyebabkan hidup orang lain kucar kacir !

Aku benci perampas! aku tak suka mereka rampas hak orang lain. Aku tahu, perampas ni ada banyak sebab untuk mereka merampas, sebab mereka gatal, miang dan gedik. Perangai dah macam tu, tak tahu malu. Sanggup buat apa saja untuk kepentingan mereka sendiri sampai sanggup lukakan hati orang lain.

Dia tahu dia lebih cantik dan kaya, maka dia fikir dia boleh buat apa saja terhadap sesiapa pun, termasuklah merampas hak orang
Mereka ni tak reti nak hormat hak orang lain. Buktinya, dia dah tahu yang orang tu dah ada bini or suami or awek or tunang, tapi si perampas tak guna ni tetap datang menggoda dan memiangkan diri mereka dalam usaha merampas hak milik seseorang itu. Aku dah biasa sangat tengok benda ni.LIVE LAGI!!.So, memang takde tertulis pon kan hukum merampas hak orang. Tapi benda ni selalu terjadi. So, nak hukum macam mana?This Is Reality.Not fantasy!!
Dan aku juga tau perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni bukan dalam kawalan kita. Sebab hati kita bukan komputer yang boleh diprogram atau di format berulang kali. Tapi kita masih ada akal untuk membuat pertimbangan wajar dan rasa belas sesama makhluk.
Mungkin ada yang kata tiada niat untuk merampas, tak terfikir pun lagi untuk merampas, hanya berkongsi kasih. Oh come on. Jangan tipu. Aku pasti, bagi seorang wanita, apabila telah berada dalam satu perhubungan yang melibatkan cinta, dia pasti mahukan satu ikatan yang pasti, iaitu perkahwinan. Semua wanita begitu.
Walaupun kau kata ini soal hati, bukan kemahuan kau, tapi fikirlah. Dalam pada kita sibuk menjaga dan pentingkan hati kita, kadang-kadang kita tak sedar atau buat-buat tak sedar bahawa ada hati lain yang terluka dan menjeruk rasa. Cubalah letakkan diri kita dalam kasut dia.
Apa perasaan kau kalau satu-satunya yang amat penting dan bermakna dalam hidup kau, dirampas dari kau tanpa kerelaan?
Ingatlah. Kita takkan mendapat kebahagiaan yang kita idamkan dengan cara merampas kebahagiaan orang lain. Kalau pun kau dapat memiliki dia, dalam hati kau pasti ada perasaan tak tenang dan tenteram. Lain lah kalau isteri pertama redha dan benarkan suami dia berkahwin lain.
Tapi cuba kau bayangkan, isteri mana yang sanggup berkongsi suami, orang yang diharapkan untuk sehidup semati, memberi perlindungan dan kasih sayang sampai ke mati.
Fahamilah apabila seorang wanita telah bergelar isteri, bermakna dia telah menyerahkan hati jiwa dan raganya untuk si suami. Ya, hanya suami. Tapi kalau suami pun mahu diambil oleh orang lain, lalu apa yang tinggal pada dia?
Dalam hal ni, aku tahu lelaki yang paling lemah, sebab pasti mereka akan kalah dan tunduk dengan desakan nafsu. Tapi ingatlah, Allah jadikan kita orang perempuan orang yang kuat dari segi mental dan dalaman, berbanding kaum lelaki yang hanya kuat dari segi fizikal. Sebab itu orang perempuan dijadikan sebagai ibu, sebab kita kuat.
Jadi kalau orang lelaki lemah mentalnya, kita yang kuat ni lah kena pertahankan pendirian kita.
Wujud lagi manusia2 macam ni yang sanggup robohkan rumahtangga orang lain demi cinta dan kepentingan diri sendiri? Dalam telefon tu siap GELAK KETAWA lagi berharap kekasih dia ceraikan bini dia tanpa sebarang rasa MALU dan BERSALAH hanya kerana lelaki tu cintakan kau dan kau cintakan dia? Sanggup dia suruh bini dia tu mintak cerai agar dia dapat bersama dengan kekasihnya seorang suami orang? Aku tak boleh bayang betapa runtuh dan remuknya hati seorang isteri dan juga anak2 mereka kalau dengar perbualan ni.
AWAS ini  peringatan. sila ambil pengajaran. tak kisah la pada pakwe ke makwe ke laki orang ke bini orang ke. jangan ambil hak orang. kalau kita ambik hak orang, orang akan ambik balik hak kita. jangan rampas awek orang. jangan nak berskandal mandal.. sebab kita tak tahu nasib kita esok lusa. mungkin lagi teruk balasannya. Aku percaya pada karma.

Jangan diambil sesuatu yang bukan milik kita. be aware. Sekian terima kasih. Dan yang pasti AKU BUKAN PERAMPAS!!!

You Might Also Like

0 ulasan

Like Page on Facebook