Ik

Isnin, 1 Julai 2019

9 Pakaian Dalam Termahal Di Dunia. Ada Setara Harga Sebuah Jet Peribadi!

Baru-baru ini Kim Kardashian menunjukkan salah satu pakaian dalam termahal di laman Instagram-nya. Jangan terkejut ya, pakaian dalam jenis g-string tersebut harganya mencecah US$ 1,799 atau sama dengan RM7,368.

Pakaian dalam saja harganya sampai beribu ringgit, belum lagi yang lain-lain. Tak hairan pun kenapa pakaian dalam warisan dari nenek Kim Kardashian yang sudah berusia 21 tahun tersebut mahal. Ini kerana, g-string tersebut dari jenama Gucci!

Meskipun ia menjadi salah satu pakaian dalam termahal di dunia, ternyata ada lagi yang lebih mahal. Beberapa pakaian dalam berikut ini dijual dengan harga bermula dari puluhan ribu dolar.

8. Lingerie Emas – RM106,496.00



Lingerie emas ini dijual dengan harga US$ 26 ribu atau sekitar RM106,496.00. Dipamerkan di kota Wuhan, China dan pakaian dalam tersebut ternyata diperbuat dari tiga kilogram emas! Namun, pakaian dalam tersebut tak pernah dijual kepada orang ramai.

7.Anamika Khanna ORRA Diamond Bustier – RM 5,324,800



Sesuai dengan namanya, bustier yang menggunakan berlian tersebut direka oleh Anamika Khanna. Dihasilkan dalam tempoh enam bulan, bustier tersebut menggunakan berlian 500 karat. Jadi tak terkejut jika harganya mencapai US$ 1.3 juta atau setara RM 5,324,800.

6.Millennium Bra – RM 40,960,000.



Diberi nama sebagai Millennium Bra kerana bra tersebut ditampilkan pada tahun 1999  dan dilancarkan pada tahun 2000. Sesuai tujuannya, bra tersebut menggunakan 2,000 butir berlian.
Harga Millennium Bra tersebut mencapai US$ 10 juta atau sama dengan RM 40,960,000.

5.Very Sexy Fantasy Bra – RM 45,056,000.



Bra ini dipamerkan oleh supermodel Heidi Klum pada tahun tahun 2003. Bra tersebut menggunakan berlian 70 karat yang disematkan pada bahagian tengahnya sebagai hiasan.
Harga bra tersebut mencapai US$ 11 juta atau RM 45,056,000.

4.Heavenly Star Fantasy Bra – RM 51,200,000.


Sebelum Very Sexy Fantasy BraHeidi Klum ternyata pernah mengenakan bra yang lebih mahal lagi. Bra dengan nama Heavenly Star tersebut dijual dengan harga US$ 12,5 juta atau sama dengan RM 51,200,000.

Bra tersebut menggunakan lebih dari 1,000 potongan batu safir pink serta berlian 90 karat.

3.Sexy Splendor Fantasy Bra – RM 51,200,000.



Bra ini menggunakan bahan warna merah yang dipadu dengan batu berlian, rubi, dan emas putih. Pakaian tersebut bernilai US$ 12,5 juta atau sama dengan RM 51,200,000.

2.Bra & Seluar Dalam Red Hot Fantasy – RM 61,440,000.



Dilancarkan oleh Victoria’s Secret, satu set bra dan seluar dalam ini diperbuat dari 1,300 batu Jade, termasuk sebanyak 300 karat batu rubi Thailand.

Tai hairan kalau harga bra dan seluar dalam warna merah tersebut dijual dengan harga US$ 15 juta atau sama dengan RM 61,440,000.

1.Susan Rosen Diamond Bikini – RM123 Juta



Ini dia pakaian dalam termahal di dunia yang pernah ada. Bukan mahal jer, bentuk pakaian dalam ini benar-benar unik!

Pakaian dalam yang direka berbentuk bikini two pieces tersebut seolah-olah tak menutup bahagian kewanitaan dengan sempurna. Malah lebih mirip kepada aksesori perhiasan. Namun, harga bikini tersebut mencapai US$ 30 juta atau hampir RM123 Juta.

Setara Dengan Harga Jet Peribadi 

Menurut tinjauan kami menerusi syarikat penjualan pesawat peribadi, AV Buyer, harga pakain dalam ini setara dengan nilai sebuah Jet Peribadi jenis Airbus A318.


Jet Peribadi Super mewah ini dijual dengan harga US $29,950,000 yakni lebih murah dari harga set pakaian dalam Susan Rosen Diamond.

Jadi mana pilihan anda? Jet peribadi atau Pakaian Dalam? Yang pasti jet peribadi boleh membawa anda mengelilingi dunia, tetapi pakaian dalam hanya boleh dipakai mengelilingi  dalam rumah.

Kredit : hangat.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan