Ik

Isnin, 2 Oktober 2017

Grand Opening Upin & Ipin Store Ampang

Apa aktiviti korang hujung minggu yg lalu?Ada yang duduk rumah?Ada yang menghadiri kenduri kahwin?Ada yang balik kampung?Kalau korang nak tahu aktiviti nad jom nad kongsikan serba sedikit apa yang nad buat semalam..

Untuk pengetahuan semua, pasti ada dikalangan blogger yang dapat invitation ke majlis perasmian Upin & Ipin Store Ampang semalam..Nad pun tak ketinggalan dalam senarai antara 30 blogger yang bertuah itu..Kalau korang nak tau, nad merupakan orang kedua paling awal sampai mana tidaknya anak2 da excited sangat nak jumpa dengan maskot kesayangan diorang nie siapa lagi kalau bukan Upin & Ipin..




Nasib baikla masa sampai tue terserempak dengan kak ana dan kak shuhaida kabdy kalau tak, maunya nad sorang2 kat situ..Segan juga lah sebab tak ada geng nak berbual..

Berbalik pada aktiviti tadi, majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hajjah Ainon Ariff dan suami beliau En Haji Burhanuddin Radzi..Seterusnya acara dimulakan dengan kehadiran tetamu VIP dan blogger2 yang bertuah dan diikuti dengan bacaan doa oleh krew Upin & Ipin.



Pelbagai acara menarik yang telah diadakan sepanjang nad berada disini antaranya Kuiz Upin dan Ipin, lucky draw, bergambar bersama Maskot kesayangan Upin dan Ipin, Maskot Mamee dan Mr Potato pun ada dan juga pertandingan mewarna Upin dan Ipin.





Anak2 nad pun tak ketinggalan untuk join aktiviti tersebut. Anak2 nad masuk pertandingan mewarna dan alhmdulillah rezeki anak nad hari tue menang dalam pertandingan mewarna. Yang si kakak dapat tempat pertama dan si adiknya dapat tempat ke 3..Tempat ke 2 pula dimenangi oleh anak kak shuhaida kabdy..







Selain aktiviti bergambar dan pertandingan mewarna, korang juga boleh mendaftarkan diri dengan menjadi ahli kelab Upin & Ipin dengan bayaran sebanyak Rm15.90 setahun dan untuk renew pula hanya Rm10.90..Sebab apa korang kena jadi ahli?Sebabnya korang boleh kumpul mata ganjaran serta dapat potongan diskaun dengan setiap pembelian barang2 Upin dan Ipin yang terpilih..Antara koleksi Upin & Ipin yang ada ialah bedsheet, towel, key chain, layang-layang, buku mewarna, komik, fride magnet, button, jam tangan Upin & Ipin, payung, beg Upin & Ipin, stationery, bekas air dan juga baju t-shirt yang cantik dengan design terkini..Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang di SINI dan juga boleh mendaftar secara online..







Ok lah rasanya sampai kat sini dulu entry nad untuk kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga nad ucapkan kepada En Mohd Zarin kerana telah merealisasikan impian anak nad untuk bersama dengan maskot kesayangan diorang dan paling penting ini merupakan detik yang paling indah dan berharga yang tak dapat nad lupakan..

17 ulasan:

  1. seronok betul anak2. mesti tidak tidur malam ni, sebab duk asyik cerita pada mama pengalaman siang tadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak2 biasala..siap nak cite kat kawan sekolah lgi nie..adehh :')

      Padam
  2. untung la dpt jemputan :)
    aida pernah gi kedai upin ipin ni kat shah alam.
    sebelah aje kedai abg ipar.
    masa anak dara aida kecik, memang memcm merchandise upin ipin da borong.
    mahal. tapi tu la. anak nak kan :) hi hi hi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuela kan..kalau da ada anak nie lebih ke dia jela..sampai barang mama die yg sebulan punya pun xdapat2 lgi..hihi

      Padam
  3. seronok anak- anak bila dapat mingle around dengan maskot upin ipin...sure seminggu tak habis cerita dengan kawan- kawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok sagat kak amanda suria..tau xpe..siap la nak tunjuk jam upin ipin die bli semalam kat kawan..pening layan karenah die..hihi

      Padam
  4. Wah bestnya! Ampang tu luas. Kat mana eh kedai ni? Bukan anak je suka. mak dia pun suka. Ruby tengok Upin Ipin dari zaman bujang. Kalau ruby dulu pi bergambar dengan Upin & Ipin mesti anak ruby marah. Mereka nak bergambar dulu. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..maknye plak yang excited ek??kedai die betul2 berderet dengan rhb bank..nie alamat die upin & ipin store, no31-m(gf), jalan mamanda 7, taman dato ahmad razali, 68000 ampang..skrg nie diowg tengah buat promosi sampai 10.hb boleh la grab barang upin & ipin kat sana..

      Padam
  5. Suka fridge magnet tu. Kalau dapat mesti happy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. murah2 je fridge magnet tue..boleh buat koleksi..:)

      Padam
  6. Upin & Ipin memang karektor kartun yang popular. Sampaikan ada kawan di Indonesia pun bertanya Upin Ipin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nnt lpas nie boleh la upin n ipin terbg jmpa kawan2 kat sana..😊

      Padam
  7. BESTNYA DAPAT JUMPA UPIN IPIN !

    BalasPadam
  8. Pernah tangkap gambar gan upin dn ipin ni..teruja jugak dibuatnya hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la ngn sy..mak2nye yg over excited..hehe

      Padam
  9. haha how nice to attend that, its my lil brother's fav show

    BalasPadam