Ik

Khamis, 23 Mei 2019

Berbelanjalah dengan bijak di Segi Fresh

Mei 23, 2019 0 Comments

Assalamualaikum semua dan selamat berpuasa bagi yang beragama islam dan salam sejahtera buat pembaca setia blog aimanziyad..Sedar tak sedar kita dah pun memasuki ramadhan ke 17..Alhamdulillah masih bertahan sehingga hari ini nad belum lagi tinggal puasa harap-harap dapatlah puasa penuh tahun ini..


Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga, rutin bulanan yang wajib ada dalam list nad ialah membeli barangan keperluan dapur..Semalam kami sekeluarga berkesempatan membeli belah di Segi Fresh Balakong.






Jom nad kongsikan dengan korang semua apa yang nad dah shopping semalam di Segi Fresh Balakong...Ikan keli yang da siap siang nad amik sekilo baru RM5.99 dan nad masak ikan keli goreng berlada untuk menu berbuka beserta dengan air koktail buah-buahan pilihan semestinya dari  Trader's Choice request dari anak2 nad..Buah longannya besar-besar belaka..Kena plak time ujan fuuhh nikmat betul la dapat basahkan tekak dengan air koktail nie masa berbuka semalam..




Untuk instant premix coffee nie pula air yang selalu husband request bila mana dia suruh nad buat air..Bancuh 2 paket tak payah letak susu or gula pun tak apa sebab memang dah sedap..Cicah dengan biskut lemak uuii..padduu beb..Minuman chocolate malt nie pula untuk anak-anak nad..Diowang memang suka air coklat nie..Cara mudah untuk nad kejutkan anak bangun sahur nie senang je, cakap nak buat air Chocolate malt nie, haa terus diowang bangun..Yang nie pun bancuh pekat-pekat dan tak perlu letak susu and tambah ais sikit..fuhh memang terangkat abih..Berbaloi la kan nad ambil 2 2 nie untuk buat stok sepanjang ramadhan..



Menu untuk berbuka hari nie, nad masak ikan siakap 3 rasa so seksii merecikk penuh dengan buah-buahan nenas dan mangga..Ditambah dengan sotong celup tepung bestari..Ngam sangat la kan..Dah rasa mcam makan dekat kedai pula..Siakap nie sekor RM8.90 tau..Ambil la besar mana pun..Puas makan..Kalau korang nak tau, ikan-ikan dan sayur-sayuran disini semuanya fresh-fresh belaka..Buah nenas tue sebiji RM1.99 je..Boleh dapat time promosi je tau..



Untuk gambar last tue nad teaser la skit ea..Jangan cakap nad xpayung...Kebanyakkan barangan yang nad ambil semuanya jenama Trader's Choice dan Crown Choice..Brand nie sebenarnya adalah produk keluaran Segi Fresh..Ok next month dah boleh beli barang dapur yang murah dekat Segi Fresh nie..Jimat dan berbaloi..Benda boleh beli dengan harga borong kenape nak beli mahal-mahal kan??So next time kite shopping barang dapur dekat sini lagi ye en husband..



Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pasaraya Segi Fresh dan harga promosi yang sedang dijalankan, sila layari :

IG : www.instagram.com/segifreshmarket
FB : www.facebook.com/segifresh

Segi Fresh Balakong
Jalan Kpb 5, Kawasan Perindustrian Balakong
43300 Balakong, Selangor


Isnin, 13 Mei 2019

Program Usahawan Bakal Mengubah Hidup Anda oleh Dr Azizan Osman 2019

Mei 13, 2019 1 Comments

Pernahkah anda terfikir untuk ubah cara hidup anda dari biasa ke luar biasa?Jom sertai perkongsian menarik yang pasti akan membuatkan hidup anda berubah 360 darjah bersama Richworks International Sdn Bhd.

Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 


Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.


Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.


Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.


Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.


Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.


RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.


Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 


“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 






Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.



“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 


“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.

So tunggu apa lagi, daftarkan diri anda dan sertai program Richworks International Sdn Bhd yang mampu mengubah hidup anda dan keluarga 


Untuk info lanjut berkenaan program Richworks International Sdn Bhd sila layari :


Twitter : Azizan Official
Youtube : Azizan Osman
Email: inquiries@richworks.com.my
Hptline no : 1300-88-2424

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG





Ahad, 12 Mei 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Mei 12, 2019 4 Comments
Aplikasi SAPS Untuk Ibu Bapa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.


Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.




Sabtu, 11 Mei 2019

BAIWAGO Plus Cafe Menceriakan Hari Ibu Anda

Mei 11, 2019 2 Comments

Yeaayy..Hari ibu datang lagi..Kali ini nad nak kongsi tentang pengalaman nad menikmati kek dan roti dari Baiwago Plus Cafe..

Sebelum tue, nad nak story sikit tentang aktiviti nad masa event blogger party ahad yang lalu 2 minggu sebelum kita berpuasa.

Bertempat di Baiwago Plus Cafe Puchong, haa kat sini lah dimana event party blogger diadakan.Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama blogger  dan juga untuk memperkenalkan kek yang cukup istimewa sempena hari ibu yang bakal menjelma tidak lama lagi..


Untuk tema Hari Ibu kali ini, Baiwago Plus Cafe telah memperkenalkan 5 jenis kek yang sangat comel dan cantik (rasa sayang nak makan) antaranya ialah :

🍰 Mother Love (6") - Unconditional Love for Mom


🍰 Best Gift (6" or 8") - A Surpise Gift Cake for Mom


🍰 Hats Off To Mom (6") - Hats off to Mom for her dedication and love for the family


🍰 Happy Mom (6") - Happy Mom is Forever Young at Heart


🍰 Print Lady (8") - Print your Mom's photo on the cake - a special memory for your Mom on this lovely Mother's Day


Penghantaran adalah percuma sekiranya korang membuat tempahan di "HoneyBee" dengan cara muat turun aplikasi "HoneyBee" dan cari Baiwago Plus Cafe serta korang akan dapat diskaun sebanyak 30% dengan setiap pembelian kek Istimewa diatas..

Untuk korang yang da plan nak surprisekan ibu tersayang,  korang tak perlu nak susahkan diri pergi ambil kek dengan nka hadap jalan jem just duduk je dekat rumah tempah secara online then kek siap sedia sampai depan pintu rumah uollss..

Berbalik pada aktiviti event party blogger hari tue, nad suka sangat dengan keadaan persekitaran cafe yang bersih, tempat yang luas sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil sebab kat cafe nie ade mini playground tau so diorang akan main dekat situ, so ibu-ibu, mama-mama tak perlu risau dan boleh menikmati hidangan dengan tenang dan aman..



Antara kek yang terdapat di Baiwago Plus Cafe












Selain itu, aktiviti soal jawab juga turut diadakan..Haa..part nie sesiapa ada soalan boleh la nak tanya..Antara soalan yang sering ditanya adalah tentang status kek ini halal ke tidak??So jawapannya is HALAL ok..So korang tak perlu risau tentang pembuatannya kerana Baiwago Plus Cafe telah mendapat pensijilan HALAL dari Jakim..


Ucapan dari Mr. Vin Wee Chief Executive Officer


Kemuncak akriviti ini ialah permainan kerusi beracun atau dipanggil musical chairs..Blogger yang hadir diwajibkan menyertai permainan ini..Terigat masa kecil dulu suka sangat main kerusi beracun nie sebab masing-masing nak menang..Tapi akhirnya kalah juga..Sekadar suka-suka main best jugak..


Tak lupa juga jutaan terima kasih yang tak terhingga buat eddy rsh sebab dia merupakan orang kuat dalam menjayakan event party blogger nie..Party yang sangat santai, happy dan sempoi..Harap boleh la buat lagi untuk next event nanti yee eddy..😊


Sebelum bersurai, kami berswato foto bersama Chief  Executive Officer Baiwago Plus Cafe iaitu Mr Vin Wee..Thanks Baiwago untuk kek yang super comel ini