Ik

Memaparkan catatan dengan label Food Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food Review. Papar semua catatan

Rabu, 11 Disember 2019

Menikmati Hidangan Roti, Kek Dan Pastri Segar Di Barcook Bakery

Disember 11, 2019 22 Comments


Haii gaaiiss.. Selamat berhujung minggu.. Hujung minggu nie apa aktiviti korang? Macam biasa la kalau hujung minggu nie aktiviti nad selain santai kat rumah, sesekali nak juga keluar berjalan cuci mata. Kali nie nad jalan-jalan di sekitar IOI Mall Puchong. Apa yang best kat IOI Mall nie? Haa jom baca sampai habis..


Sebenarnya nie baru pertama kali nad sampai sini. Macam shopping mall lain jugak. Macam-macam ada dekat sini. Paling nad tertarik ada 1 bakery nie. Terletak betul-betul dekat pintu keluar berdekatan dengan Tealive. Senang nak cari bakery nie, nampak Tealive, jumpa la kedai bakery tue.


Barcook Bakery salah satu kedai yang menjual pelbagai jenis hidangan roti, kek dan pastri yang enak dan segar. Dibakar setiap hari untuk memastikan setiap pelanggan yang datang dapat menikmati keenakan dan kesegaran roti yang terdapat di sini. Selain itu, terdapat juga pilihan makanan seperti vegetable tomato spagethi, fish fillet burger, fried chicken burger, mini wholemeal scrambled egg burger dan mushroom croissant.

Mushroom Croissant RM14
Fried Chicken Burger RM15
Mini Wholemeal Scrambled Egg RM12

Antara menu yang paling nad rekemen kalau korang nak cuba la, korang boleh cuba tomato vegetable spaghetti dan fish fillet burger. Pasti tak menyesal. Spaghetti yang tak berapa pedas, sesuai untuk hidangan kanak-kanak dan fish fillet burger pula, sekali makan, tak cukup satu gaaiss.. Bila da makan, mesti nak lagi.. Untuk minuman pula, nad cuba air Yuan Yang iaitu gabungan air kopi dan tea. Rasanya ok la cuma air tue rasa lebih pada kopi.

Air Yuan Yang RM6.70 (gabungan kopi dan tea)

 Tomato  Vegetable Spaghetti RM15

Fish Fillet Burger RM15


Bukan tue je, hidangan roti yang disediakan dekat sini pun sedap lembut dan gebu.. Paling nad suka makan roti mixberry cheese dan raisin cream. Tak boleh berhenti kalau dah makan nie.. Dan paling terbaru adalah roti Pumpkin Walnut ataupun roti labu. Roti labu nie pun sedap. First time juga makan roti labu nie. Biasanya kita selalu makan pengat labu kan, haa dekat sini korang patut cuba roti labu nie.

Roti Mixberry Cheese
Pumpkin Walnut
Raisin Cheese

Macam mana korang dah tengok menu kat atas tue? Mesti rasa nak cuba kan. Kalau korang nak cuba menu nie, boleh datang ke IOI Mall Puchong atau untuk maklumat lanjut boleh layari laman web official Barcook Bakery seperti dibawah ini. Dah kenyang makan, jom la kita sambung jalan-jalan tengok wayang pula.. Have a nice day gaaiss.

Alamat :

IOI Mall,
G00A3A & G00A5B,
Ground Floor, LDP,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi :

Setiap hari
10:30 pagi - 9:30 malam

Instagram : Barcook_my

Facebook : Barcook Bakery Malaysia



Selasa, 12 November 2019

Menikmati Hidangan Kopitiam di Luckin Kopi

November 12, 2019 2 Comments

Luckin Kopi

Hai semua.. Entry kali nie nad nak share dengan korang port makan paling sempoi dan santai sesuai  untuk dinikmati bersama keluarga tersayang mana lagi kalau bukan Luckin Kopi!!Jom tengok hidangan apa yang berjaya menarik perhatian tekak nad !!



Luckin Kopi
14 Jalan Panggong, 
5000 Kuala Lumpur

Everyday
7.00 am -9.00 pm


Terletak berhampiran stesen MRT Pasar Seni, Luckin Kopi merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan kopitiam moden klasik yang mana restoran ini masih mengekalkan ciri bangunan warisan lama lebih dari 150 tahun yang lalu. Ianya dapat dilihat sendiri sebaik sahaja anda melangkah masuk ke sini. Nad pun terpegun melihat dekorasi dalaman dan suasana yang cukup  santai dan tenang. Lihat la kerusi pun dari kayu rotan.






Mengambil inspirasi masakan tradisi asia yang digabungkan bersama maka terhasil la makanan seperti Sawadee Pasta, Pasta Petai, Hainanese Chicken Chop, Nasi Lemak Sambal Petai , Indo Mee, ABC,  Rojak Buah dan banyak lagi.

Nad berpeluang sendiri merasai makanan yang dihidangkan di Luckin Kopi nie. Memang terbaik la setiap menu yang dihidangkan semuanya menepati pilihan dan citarasa nad.

Sawadee Pasta 

Antara menu paling sedap yang nad boleh rekemen kan dekat korang ialah Sawadee Pasta. Rasanya masam-masam sikit tapi memang sedap.. Terliur tengok udang tue.. Kalau nak tahu, udang tue salah satu makanan kegemaran nad tau.. Tambah plak ada sambal petai.  Haa.. Korang pena makan pasta petai?? Niela die pasta petai.. Gabungan terbaik petai dan pasta. Rasanya pun tak mengecewakan.

Pasta petai
Selain tue, nad juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan set Luckin Toast yang didatangkan dengan 5 keping roti hainan, telur separuh masak dan 4 jenis sos iaitu kacang, butter, kaya dan juga coklat dinikmati bersama secawan Kopi Kaw Peng memang betul-betul kaw.. Paduu beb rasa kopi die !!

Set Luckin Toast
Bagi mereka yang gemarkan makanan western, chinese food dan makanan melayu tradisional, apa kata korang cuba makanan dibawah nie :

Cheesy Chicken and Fries
Chee Cheong Fun

Salted Egg Chicken Chop

Geng Chow Chicken Bun

Petai Bun
Nasi Lemak Sambal Petai

Hainanese Chicken Chop
Sebelum meninggalkan restoran, sempat lah nad basahkan tekak dengan pencuci mulut ABC dan Rojak Buah.. Abc sesedap rasa, tak manis dan tak tawar , rojak buah pula sedap yakmaat tak berapa pedas dan tak kedekut kacang, kuah die mebeleess weii.. Maka tidak hairan la ada dikalangan pelanggan mereka yang sanggup beratur panjang semata-mata nak merasai sendiri keistimewaan menu disini. 

ABC

Rojak Buah
Haa amacam gaaiss??Menarik tak makanan yang dihidangkan nie? Semua makanan tue nad dah cuba tau, korang bila lagi? Untuk mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkenaan Luckin Kopi,  boleh layari sesawang berikut :

Facebook : Luckin Kopi
Instagram : luckinkopi




Ahad, 6 Oktober 2019

Inspirasi Makanan Jepun Ready To Eat di myNEWS

Oktober 06, 2019 24 Comments


Hai korang, nak tanya siapa dekat sini penggemar makanan jepun angkat tangan??Mesti ramai diantara korang yang suka makan makanan jepun kan termasuk la nad. Bukan apa, just nak bagitau la kalau korang salah seorang dari penggemar makanan jepun, jom baca blog nad sampai abih. Ada perkara menarik yang nad nak kongsi dengan korang.



Bertempat di myNEWS HQ, nad telah dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran Japanese Inspired Ready To Eat Production Centre dimana makanan yang berasaskan dari jepun telah diinspirasikan mengikut citarasa malaysia. Turut berada di majlis pelancaran tersebut ialah Mr. Dang Tai Luk (CEO myNEWS), Mr Atsushi Mukumoto (President Gourmet Kineya Co. Ltd), dan Mr. Takehito Abe (President Ryoyu Baking Co. Ltd). 





Dalam kehidupan seharian yang penuh dengan kesibukan, myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd telah bersama-sama mengambil inisiatif untuk membekalkan makanan yang diinspirasikan dari jepun ke seluruh outlet myNEWS dengan konsep makanan ready to eat yang mana makanan boleh dimakan dan dinikmati serta merta tanpa perlu menunggu lama.



Antara makanan yang dibekalkan di myNEWS  adalah sandwich, onigiri, bento, spaghetti  dan semestinya roti segar yang dibakar terus dari Maru Bakes dan juga  minuman panas dan sejuk dari myMEWS Maru Kafe. Tidak lupa juga makanan kegemaran rakyat malaysia iaitu kari laksa dan nasi lemak.

Bento
Aneka Sandwich dan Spaghetti

Nad difahamkan, pusat pengeluaran makanan myNEWS yang terletak di Kota Damansara telah memulakan operasi pengeluarannya secara komersial pada bulan June 2019 dan dapat menampung sehingga 600 cawangan melalui dua kilang pembuatan yang diselenggara oleh Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd yang merupakan pemimpin dan pakar dalam industri makanan di jepun.

Pelbagai pilihan roti segar dari Maru Bakes

Minuman panas sejuk dari Maru Kafe
myNEWS juga turut menawarkan pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas dari Maru Kafe yang mana korang boleh nikmati seperti hot chocolate, cappucino latte dan banyak lagi. Selain itu, korang juga boleh dapatkan aiskrim coklat dan vanilla lembut yang hanya boleh didapati di Maru Cream. Nad da rasa aiskrim tue memang sedap..

Maru Cream
myNEWS Dash
Tidak ketinggalan pada majlis pelancaran tersebut, myNEWS turut melancarkan myNEWS Dash yang mana servis penghantaran makanan juga disediakan bagi memudahkan penghantaran terus ke pintu rumah anda. So lepas nie kalau korang mengidam nak makan makanan jepun, order je nanti myNEWS Dash akan buat penghantaran. Best sangat kan, cuma duduk dirumah dan tunggu hidangan sampai.

Bagi korang yang nak dapatkan maklumat terkini berkenaan promosi di myNEWS, dan ingin membuat tempahan melalui myNEWS Dash boleh layari sesawang di bawah ini.

Website : http://www.mynews.com.my/
Facebook : myNEWS.com
Instagram : mynewsdotcom

#myNEWS#ReadyToEat#MaruBakes #myNEWSRyoyupan#myNEWSKineya #myNEWSFPCLaunch



Rabu, 2 Oktober 2019

Hidangan Seafood Terbaik di Restoran Sisik Ikan Bakar

Oktober 02, 2019 34 Comments

Entri kali nie nad nak berkongsi dengan korang  semua tempat makan paling best dan sedap dekat Klang nie mana lagi kalau bukan Restoran Sisik Ikan Bakar. Pantang ada makanan viral, apa lagi nad pun terus nak cuba.. Nak tahu menu apa yang menarik dan sedap dekat sini? Kena la baca entri nie sampai habis..

Lala masak pedas
Udang goreng berempah
Nad teruja nak rasa semua seafood yang ada dekat sini

Lokasi Restoran

Terletak berhampiran GM Klang, Restoran Sisik Ikan Bakar atau lebih dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Restoran ini mengetengahkan konsep masakan melayu asli yang mana pengasasnya berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. So, mestila dalam masakannya ada terselit menu mengikut negeri-negeri tersebut.


Antara Menu Pilihan Di Restoran Sisik Ikan Bakar 


Sayur kailan

Bawal masak singgang

Pepahat masak berlada
Dua Waktu Berbeza Di Restoran Sisik Ikan Bakar


8.00 pagi - 4.30 petang
Masakan Melayu Asli

5.00 petang - 12.30 tengah malam
Masakan berasaskan Makanan Laut

Menurut pemilik restoran berkenaan iaitu Puan Linda, premis mereka beroperasi dengan dua waktu yang berbeza iaitu bermula pada 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan melayu asli dan 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam untuk menu masakan berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, pelbagai jenis ikan bakar tempoyak yang tidak hanya tertumpu pada ikan patin sahaja, sotong bakar, pahat dan sebagainya. Tidak lupa juga aneka pilihan asam pedas resepi warisan yang merupakan salah satu antara 'hot seller' di Sisik Restoran Ikan Bakar.

Nasi lemak sisik buluh perindu
Kepada pengunjung yang datang ke sini, anda juga digalakan untuk mencuba sendiri nasi lemak sisik buluh perindu yang mana nasi lemak tersebut dikukus dalam buluh menggunakan daun pisang dan sedap dimakan bersama set ikan bakar serta pelbagai jenis asam pedas pasti membuatkan nasi anda bertambah apabila menikmati hidangan tersebut.

Pelbagai pilihan seafood segar

Besar-besar saiz ketam disini

Lala dan pepahat pun ada
Bagi mereka yang nak cuba kelainan selain  masakan melayu asli atau seafood nie, jangan risau restoran ini juga ada menyediakan masakan moden iaitu steamboat. Mempunyai pelbagai pilihan seafood segar seperti udang, ketam, sotong, lala dan kerang maka tidak hairan la kalau restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung tidak kira siang atau malam kerana menu dan masakannya yang pelbagai.

Pelbagai jenis hidangan seafood yang menyelerakan 
Review Penuh Nad Berkenaan Restoran Sisik Ikan Bakar 


Secara keseluruhannya nad puas hati bila makan dekat Restoran Sisik Ikan Bakar nie sebab yang pertama kedudukan lokasi kedai yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan GM Klang dan tempat letak kereta pun tak crowded dan senang  nak parking . Yang kedua, persekitaran restoran yang luas dan bersih so nak makan pun selesa, dan yang ketiga masakan yang sedap serta menepati citarasa nad. Overall is good..

Ikan bakar lampam masak tempoyakk
Antara menu yang menjadi pilihan utama nad adalah ikan bakar lampam (pais) masak tempoyak.. Memang terbaik la rasa die.. Kena dengan tekak nad sebab sebelum nie nad biasa makan ikan patin masak tempoyak tapi bila makan dekat sini ia menggunakan ikan lampam menggantikan ikan patin, memang lain dari yang lain la..Selain itu, sotong bakar madu juga merupakan antara salah satu menu utama yang sering menjadi pilihan pengunjung disini..

Sotong bakar madu
So sekarang korang dah tahu kan tempat makan paling best dan sedap dekat klang nie, apa lagi datang la sini bawa keluarga atau kawan-kawan untuk menikmati pelbagai jenis makanan laut dan masakan melayu asli disini dan yang pasti ianya tidak mengecewakan anda.. Nad sudah, anda bila lagi?

Sebelum tue, nad nak kongsi video pendek ketika berada di Restoran Sisik Ikan Bakar 



Antara rakan blogger yang hadir memeriahkan food review

Lokasi dan Alamat kedai

Berhadapan GM Klang Wholesale City
No 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila layari laman web atau hubungi :

Facebook :
https://web.facebook.com/restoransisik/​ atau @restoransisik

Whatapps :
https://wa.me/+60192263004​& ​https://wa.me/+60162240474