Ik

Isnin, 14 September 2020

Lima Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand™

September 14, 2020 2 Comments


Lima Idea Bento Box yang Sedap dan Menyelerakan daripada Ayam Brand™ 
Enak dan Mudah Disediakan, Anda Pasti Ingin Mencubanya Sendiri! 

Shah Alam, 8 September 2020 – Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak-anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia, dan sebenarnya mudah sahaja. Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik. 

Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari. 

Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja. 

Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri. 

Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box: 

• Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna.

• Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat.

• Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan.

• Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel. 

• Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad.

• Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan.

• Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan.




Burger Tuna Begedil 

Isi tuna dan kentang diletakkan antara roti burger pasti popular antara kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek. Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad. 

Petua berguna: Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak.

Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 3 




Pasta Tuna dan Jagung

Masak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata. Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk anda juga. Mudah sahaja. 

Petua berguna: Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik. 

Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 2


Sushi Roll Saba Mayo

Kanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel. 

Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat. Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Nah, siap untuk dimakan. 

Petua berguna: Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika anda ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya. 
Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri anda. 

Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 5 minit    
Jumlah hidangan: 1 


Nasi Goreng Tuna 

Bagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna.

Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak.  

Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 2


Patty Telur Tuna
   
Patty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil. Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng. 

Petua berguna: Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii!

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 2




Tuna Pita Tanpa Mayo
 
Roti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayones untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak. 

Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya. Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan. 

Petua berguna: Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut. 

Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 5 minit    
Jumlah hidangan: 2


Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di  https://www.ayambrand.com.my/index.php/recipes, https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html, laman Facebook https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia dan menerusi Instagram di https://www.instagram.com/ayambrandmy/ untuk menambah lebih banyak pilihan hidangan menyihatkan untuk anak anda. Kekal selamat dan sihat. 


Jumaat, 14 Ogos 2020

MANJAKAN KULIT BAYI DENGAN HARUMAN SEMULAJADI & 100% ORGANIK DARI BABY CARRIE

Ogos 14, 2020 2 Comments
Assalamualaikum semua. Harap semuanya sihat-sihat. Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Ogos. Rasa macam cepat je masa berlalu. So hari nie, nad nak share sikit dengan semua ibu-ibu dan juga bakal ibu yang mana sedang mencari produk penjagaan bayi, nad nak syorkan korang untuk pilih rangkaian produk BABY CARRIE. BABY CARRIE nie bagus tau sebab bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat pada kulit bayi. Bukan tue je, yang buat nad sangat yakin nak guna BABY CARRIE nie, jenamanya yang sudah 20 tahun berada dipasaran dan sampai sekarang percaya tak nad masih lagi guna bedak BABY CARRIE junior nie tau..



Ok berbalik pada BABY CARRIE, nad suka sangat dengan produk BABY CARRIE nie sebab yang pertama ia selamat digunakan. Bahan-bahannya terdiri daripada susu oat organik, susu badam, minyak almond organik, dan minyak gandum yang memberi khasiat pada kulit bayi agar lebih lembut dan sihat serta melindungi kulit mereka dari kerosakan sel. Yang keduanya bila pakai, harumannya kekal lama dan anak rasa segar sepanjang masa. 



BABY CARRIE dirumus khas untuk ibu bapa yang ingin memastikan keselamatan bayi mereka yang baru lahir dan mengandungi 100% aktif tumbuh-tumbuhan organik yang dirumus khas untuk kulit bayi yang baru lahir.

BABY CARRIE Head to Toe



BABY CARRIE Head to Toe membersihkan kulit kepala & kulit sensitif bayi dengan lembut dan diperkaya dengan minyak gandum, kaya dengan Vitamin E, sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. Ia melembapkan kulit bayi secara intensif dengan minyak badam organik agar kulit lembut & licin.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Tidak memedihkan mata
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Diuji oleh Pakleh Pakar Dermatologi
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi
• Bebas sulfat, sabun, paraben, pewarna, MIT

BABY CARRIE Baby Bath


BABY CARRIE Bath membersihkan kulit sensitif bayi dengan lembut dan mengandungi susu oat organik & susu badam untuk memperbaiki kelembapan kulit bayi, mengawal kehilangan kelembapan & menguatkan kulit. Keanjalan
kulit bayi ditingkatkan dengan Vitamin A & E, yang juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Tidak memedihkan mata
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi
• Bebas sabun, paraben, pewarna, MIT

BABY CARRIE Lotion


BABY CARRIE Lotion memberikan kelembapan cepat selama 48 jam pada kulit bayi dengan kesan tidak berminyak dan rasa ringan. Ia diperkaya dengan gliserin untuk menghidrat dan menenangkan kulit bayi dengan susu oat organik & susu kacang almond untuk melembabkan & melindungi kulit.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Mengekalkan kelembapan selama 48-jam
• Bebas alcohol, paraben, pewarna, minyak mineral.

BABY CARRIE Nourishing Oil



BABY CARRIE Nourishing Oil sangat sesuai untuk urutan ikatan bayi. Ia menenangkan & melegakan kulit kering dan mengunci kelembapan kulit bayi. Campuran yang diperkaya dari minyak badam organik, minyak gandum & minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Mengekalkan lebih kelembapan
• Melembapkan & melembutkan

BABY CARRIE Calming Oil



BABY CARRIE Calming Oils sangat sesuai untuk urutan ikatan bayi. Ia mengandungi minyak lavender organik yang dapat menenangkan & melegakan kulit kering serta membantu bayi tidur. Minyak gandum & minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap & mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Mengekalkan lebih kelembapan
• Menenangkan & melembitkan kulit bayi

Pengalaman Selepas Menggunakan Produk BABY CARRIE






Nad selesa dengan produk BABY CARRIE nie sebab nad sendiri dah cuba pakai ke aiman dan sampai sekarang pun masih lagi pakai. Tiap kali selepas mandikan aiman dengan BABY CARRIE Head to Toe, aiman rasa lebih segar dan selesa sepanjang hari. 

Kemudian nad pakaikan aiman BABY CARRIE Lotion,  memang best la lotion nie sebab tak melekit dan berminyak pun. Cepat meresap kedalam kulit. Bau pun sedap je..
Sebelum tidur pula, nad sapukan BABY CARRIE Nourishing Oil bagi melembabkan kulit dan melegakan kulit kering aiman. Boleh dikatakan pilihan nad tepat untuk menggunakan produk BABY CARRIE sebab ianya selamat dan bahan yang digunakan juga adalah dari sumber semulajadi dan 100% organik.

Bagi ibu-ibu atau bakal ibu, nad recomended sangat kat korang untuk cuba produk BABY CARRIE nie.. Ianya sangat bagus dan baik untuk kulit bayi yang baru lahir.. Lagi satu produk nie bebas alcohol, paraben, sulfat, pewarna dan juga sabun. Bayi akan rasa lebih selesa dan segar sepanjang hari.


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk BABY CARRIE, layari sesawang dibawah dan boleh dapatkan produk di semua farmasi atau pasaraya berdekatan :

Facebook : CARRIE

Trusted by mum, Safe for babies' skin

#BabyCarrie #CarrieJunior #BabyCarrieMalaysia #CarrieMY #CarrieMalaysia #babyproduct
#aimanziyadblogspotmy #lifestyleblogger
#parentingblogger





Jumaat, 31 Julai 2020

Tawaran Hebat Mega Sale 8.8 di PG Mall

Julai 31, 2020 2 Comments
Anda penggemar shopping online?? Mesti ramai rakan blogger nad yang kaki shopping online nie kan.. Siapa yang selalu shopping online dekat sini baik mengaku cepat.. Bukan apa, sebenarnya nad nak story sikit pasal shopping online yang sekarang tengah meningkat naik iaitu mana lagi kalau bukan PG Mall. Sesambil lalu nie kan, nad nak tanya sikit la dekat korang, pernah tak korang shopping secara dalam talian menggunakan platform PG Mall nie? Apa yang bestnya shopping dekat PG Mall nie? Mesti korang nak tau kan, haa jom la nad kongsikan serba sedikit berkenaan PG Mall nie. 



Sejarah PG Mall 

PG Mall nie merupakan paltform shopping online yang telah pun wujud sejak tahun 2017 lagi dan satu-satunya shopping online platform tempatan no 1 di Malaysia. PG Mall juga telah menduduki tempat ke 3 seperti dalam senarai  Iprice report https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en. Selain itu, di PG Mall juga turut menerima kaedah pembayaran secara ewallet dan juga gateaway dan cara ini sangat memudahkan pengguna membeli belah dan membuat pembayaran secara dalam talian.


Mega Sale 8.8 Pre Sale

Bermula 3 hingga 7 Ogos 2020, PG Mall menyediakan tawaran hebat Mega Sale 8.8 dimana pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan harian hanya serendah RM8 sahaja. Memang wow sangat bila dapat beli barang dengan harga murah nie. Bagi pengguna baru, anda layak menerima diskaun sehingga RM5 apabila anda berbelanja minimum RM38 manakala diskaun RM15 pula bagi semua pengguna sedia ada dan juga pengguna baru jika anda berbelanja sehingga RM88. 



Mega 8.8

Bukan itu sahaja, malah di PG Mall juga, pengguna akan menerima 8% diskaun hingga RM88 apabila anda berbelanja sebanyak RM188. Menarik kan, lagi banyak anda berbelanja lagi banyak diskaun yang anda terima. Berbaloi la kalau korang shopping bebanyak dekat PG Mall nie. Nad pun tak terkecuali tau kalau bab menyopping nie. Nak-nak bila ada potongan harga.. Cepat cepat nad add to cart. 


Maybank QR Pay

Berita baik buat maybank card holder, dengan menggunakan kaedah pembayaran secara QR Pay, anda layak menikmati penjimatan hebat secara ekslusif RM5 apabila anda membeli belah minimum RM50 di PG Mall atau MAE bermula hari ini sehingga 31 Julai 2020. Jangan lupa masukan kod promo FLASH untuk menikmati diskaun tersebut.

So tunggu apa lagi, jom la kita shopping dan enjoy dengan tawaran hebat dari PG Mall nie. Tolong sebar dan kongsi dekat kawan-kawan yang lain juga. Sharing is caring.

Untuk melihat lebih banyak tawaran Mega Sale ini anda boleh layari https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign


#PGMall #onlineshopping  #shopping #MalaysiaNo1ecommerceoplatform #ecommerceplatform #shopnow #shoponline #Maybankqrpay #mae #Mega88 #Presales #eighteight #PresalesParty #PGmall4u #Cashback #points



Sabtu, 18 Julai 2020

Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero

Julai 18, 2020 3 Comments


Shah Alam, 16 Julai 2020 – Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda menemui bakat terpendam anda dalam memasak hidangan yang menyihatkan dan lazat serta tidak memerlukan belanja besar. Kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula anda ingin tingkatkan lagi keupayaan dengan resipi baharu menampilkan citarasa, persembahan dan kebaikan yang malah lebih tinggi. Anda perlu memasak hidangan yang belum lagi anda kongsikan gambarnya di Facebook, Instagram atau Tik Tok!

Alce Nero, jenama organik terkemuka Itali, menawarkan kepada anda lima resipi yang mudah dan mengkagumkan menggunakan pastanya. Kesemua resipi ini menggunakan ramuan yang biasa terdapat di dapur. Jika tidak mempunyai bahan tertentu, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Walaupun pasta merupakan ramuan utama resipi ini, anda akan dapati citarasa, tekstur dan rupa masakan yang pelbagai.

1 ) SPAGHETTI CARBONARA


Apa kata beralih daripada pasta berasaskan tomato dan cuba karbonara tanpa krim ini. Anda hanya perlukan pasta Alce Nero, telur, keju, cendawan dan daging lembu atau dendeng ayam belanda. Tak ada dendeng? Gantikan sahaja dengan daging lembu atau ayam cincang. Tak ada keju parmesan? Gunakan keju mozzarella, cheddar atau krim.

Hanya 30 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan karbonara untuk empat orang seperti yang dihidang di kafe.

2 ) MACARONI CHICKEN SOUP


Sup ayam memang sesuai dimakan ketika fasa PKPP ini memandangkan ia membantu menguatkan imuniti dan memulihkan semangat. Semangkuk sup ayam yang lazat merupakan hidangan ringkas yang memerlukan banyak ayam dan masa yang lama. Tambahkan makaroni organik Alce Nero bagi meningkatkan lagi selera dan manfaat kesihatannya buat anda. Biasanya kanak-kanak dan orang dewasa akan meminta untuk menambah sup yang membangkitkan selera ini. Bersedialah!

3 ) CHEESY BAKED PENNE 
     WITH EGGPLANT



Hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan makan malam yang mengkagumkan ini. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang-selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau sebarang sayur yang boleh didapati) dan keju di dalam bekas yang tahan ketuhar, dan tambahkan lebih banyak keju. Bakar selama 20 minit atau sehingga keju cair. Siap! Sungguh mudah, enak dan sesuai untuk Instagram.

4 ) SPICY FUSILI WITH VEGETABLES


Fusili goreng kilas berasaskan tomato ini merupakan hidangan tepat bagi vegetarian atau tatkala anda inginkan sesuatu yang ringkas dan segera. Anda pasti mendapat manfaat lima bahagian sayur dengan hidangan pasta organik Alce Nero cara Asia yang menyihatkan dan membangkitkan selera ini. Sesuai dimasak menggunakan sebarang sayuran yang ada di dalam peti ais anda. Untuk lebih cantik, pilih sayuran dalam pelbagai warna seperti lobak merah, tomato, cili kembung, jagung dan timun.

5 ) TUNA PASTA SALAD


Ingin keluar bersiar-siar lagi dengan keluarga semasa PKPP dan membawa bekal salad yang dimasak di rumah untuk berpiknik? Salad pasta tuna ini menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan yang berkhasiat dengan campuran tekstur rangup dan halus. Mudah untuk disediakan dan enak dimakan panas atau sejuk. Tambahkan citarasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan.

Dapatkan resepi lengkap di :
atau layari laman rasmi media sosial Alce Nero 
untuk menambah lebih banyak hidangan-hidangan organik dan berkhasiat ke menu PKPP anda. Kekal selamat dan sihat. Jangan lupa untuk tag @alceneromy apabila anda menyediakan hidangan menggunakan produk-produk Alce Nero untuk berpeluang memenangi hamper khas! Ikuti laman media sosial kami untuk lebih banyak resepi dan peraduan.

Mengenai Alce Nero

Alce Nero diasaskan pada 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali mengambil keputusan untuk mempelopori revolusi organik dengan menghasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah pertanian lama dengan penyelidikan termaju kesihatan dan alam sekitar. Teknik kami mungkin telah berubah, namun jaminan kualiti kami masih berasaskan semangat asal Alce Nero iaitu kecintaan terhadap makanan, penjagaan alam sekitar dan larangan penggunaan bahan kimia sintetik.










Kini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat penghasilan. Ini membolehkan kami menerapkan prinsip kami di sepanjang proses penghasilan dan menjejak asal-usul produk makanan kami secara terperinci. Justeru, kami dapat menjamin produk kami produk asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari ladang ke meja makan anda. Pengiktirafan organik Alce Nero telah melalui proses yang ketat oleh perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.






Di Malaysia, Alce Nero menjual pelbagai jenis pasta organik, minyak zaitun asli, kuah pasta, jem dan madu. Untuk maklumat lanjut, layari www.alcenero.asia.

 











 




 





 

Khamis, 16 Julai 2020

Makan-Makan di Campur Campur Kitchen

Julai 16, 2020 2 Comments
Assalamualaikum semua.. 


Hai semua pembaca setia blog aimanziyad, semoga sihat-sihat hendaknya. Kita masih lagi dalam tempoh PKPP so untuk memastikan wabak ini tidak mudah merebak, seeloknya kita haruslah mematuhi sop-sop yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti mengamalkan penjarakkan sosial, mencuci tangan dengan betul dan memakai mask serta perlu biasakan diri dengan kehidupan normal baharu..

Untuk entry kali ini, nad nak kongsi dengan korang satu tempat makan paling best dekat Cyberjaya nie dengan portion makanan yang besar dan harga yang sangat berbaloi dan suasananya yang cukup santai mana lagi inilah tempat yang nad maksudkan Campur Campur Kitchen.

Kalau korang nak tau kenapa nama Campur Campur Kitchen nie diberi adalah masakan nya terdiri daripada gabungan 3 negara iaitu Indonesia, Thailand dan juga China.





Pertama kali nad masuk dalam restoran nie mata nad da terpaku dengan dekorasi dan tatahias yang terdapat dalam kedai nie. Mana taknya, dinding dihiasi dengan talam lama zaman atok dan nenek kita pakai. Memang cantik dan kreatif sungguh pemilik restoran nie. 

Yang keduanya nad rambang mata nak pilih makan apa sebab semua menu kalau boleh nad nak rasa. Jangan tak tau ye, kat sini lebih 20 menu ditawarkan.. So korang pilih la nak makan apa, ada yang pedas, ada yang sedang pedas dan ada yang tak pedas nie yang sesuai untuk anak-anak.

Chicken Chop With Salted Egg


Butter Chicken Rice

Campur Belacan Chicken Fried Rice

Pan Fried Beef Kuey Teow 

Nasi Goreng Salted Egg Chicken and Shrimp

Indonesia flying fish rice

Cantonese Kuey Teow With Seafood

Indonesia Ikan Bakar Rice

Chicken With Salted Egg Yolk Rice

Kam Heong Bambo Clam Rice


Pilih punya pilih akhirnya nad try chicken fried with salted egg. Fuhh saiz hidangan. nie boleh makan untuk 2 orang gaiss.. Serius cakap nad makan sorang pun boleh kongsi lagi dengan rakan blogger yang lain. Memang besar portion dia dan tak rugi pun makan dekat sini dengan harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi.

Fried Rice With Chicken Butter

Korang pun boleh try crispy baby crab. Kerangupan dan keenakan crispy baby crab buat nad terliur tau. Dimakan bersama sos pedas manis cukup menepati citasarasa nad. Nad memang suka maka pedas-pedas manis nie.

Crispy Baby Crab

Untuk minuman pula, kat sini ada menyediakan minuman panas dan sejuk. Nad cuba apple crush.. Sedap sangat terasa serat-serat apple tue.. Sejuk je lalu kat tekak.. Nad order air nie pun sebab salah satunya tertarik dengan botol kaca yang dihidangakan da macam mentol lampu sekali tengok.. Terasa jakun sekejap..haha..

Apple crush

Pelbagai hidangan minuman sejuk dan panas

Untuk pencuci mulut, nad cuba banana toast with chocolate yang mana ini adalah hidangan roti bakar disalut telur dilimpahi dengan sos coklat. Fuhh gabungan pisang & coklat memang kena sangat gaiss.. Korang pun boleh cuba french toast with honey juga tapi manis sikit la sebab letak madu kan..

                Banana Toast With Chocolate

French Toast With Honey

Overall nad memang puas hati sangat dengan menu dan masakan disini. Dan bagi korang yang berada disekitar cyberjaya atau yang berdekatan, boleha la plan datang ke sini hujung minggu hajakk kawan-kawan atau keluarga untuk makan dekat Campur Campur Kitchen nie. Memang berbaloi gaaiss.. Sekarang nie korang boleh dapatkan 20% off isnin hingga jumaat 3-6 petang. Berbaloi kan?? Siap ada hidangan salad dan pop corn percuma lagii.. Penat da nak menaip, jom terjah cepat..