Ik

Selasa, 10 Januari 2017

CARA SEMAKAN CTOS & CCRIS

Januari 10, 2017 2 Comments
Credit Tip Off Service (CTOS)

CTOS biasa dikaitkan dengan Blacklist tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank & institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman panel.
CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam.
Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.


Semakan Data CTOS

Sekiranya anda ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam CTOS anda boleh melawat laman web CTOS Sdn Bhd atau melawat CTOS service centre di:
CTOS Sdn. Bhd Unit A-8-4,8th Floor, Megan Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 603-27708833 Fax: 603-27708834
CTOS service centre juga boleh membantu anda:

(1) mendapat customer training
(2) memperbetulkan maklumat salah disebabkan kesilapan dalam sistem
(3) merekodkan settlement hutang lama dalam sistem

Cara Semak CCRIS

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)


CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.

Sistem CCRIS dikendalikan oleh Biro Kredit yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS):

Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.
Anda boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di laman web mereka:

Khamis, 5 Januari 2017

PROMOSI PAMPERS PET PET

Januari 05, 2017 7 Comments
Kepada mereka yang ada anak kecil

 yang pakai pampers brand PET PET 

dan DRYPANTS

Tesco ade buat promosi..


Harga memang kaw kaw murah gilerr...

So ape tunggu lagi,

Jom borong 1 troli..


RM 15.95



RM 13.80





SELAMAT HRI JADI ALEESYA

Januari 05, 2017 4 Comments






Happy birthday anak mama...

PUTRI FARZANA ALEESYA..

TURN 5 

Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia 

akhirat...Mama ayah sayang awak..

Jangan nakal2 tau..

Menu simple je ala-ala western gitew..

Anak2 request nak makan spagethi..

So layankan jela permintaan diowang tue..







SERIUS SEDAP GILER KEK NIE....

HIGH RECOMENDED!!


MUKA ADA SENYUM...


BUDAK PANTANG NAMPAK MAKANAN!!



BILA LAPAR DA XPANDANG CAMERA
PN EN SHUBEN I NIE..


MENU ALA WESTERN

SEGMEN BLOGLIST JAN - FEB 2017

Januari 05, 2017 3 Comments
SEGMEN BLOGLIST JAN - FEB 2017 | Assalamualaikum, tanpa panjang bicara dijemput kawan-kawan untuk menyertai segmen pendek ini.


Secara ringkas :

1. Buat entry dengan tajuk " Segmen Bloglist Jan - Feb 2017 "

2. Follow blog www.notashalimar.blogspot.my

2. Copy banner diatas dan share.
Share:

Selasa, 3 Januari 2017

Isnin, 26 Disember 2016

SETTLE BARANG SEKOLAH ANAK

Disember 26, 2016 0 Comments
Lama da rasa aku xupdate kt blog pasal story aku nie sebab blog aku penuh dengan contest sana sini..saja suka2 join selain dapat kenal dengan bloger bloger yang ada..

Semalam cuti pagi2 lagi en suami da ajak p cari barang sekolah anak2..Sementara anak2 aku nie tdow, aku pn amik kesempatan la kalau x,bila lagi nak p..Nak bawak diowg kang macam macam karenah kang..Lagi pun p nek moto je..Almaklum la, permintaan kereta sewa semakin rancak sebabkan public holiday..Alhamdulillah untuk rezeki ini ya allah..

Jom layan pic yang sempat aku ambil nie. Masing masing semangat nak sekolah lagi lagi si sara..Excitednye die sebab da ade kakak die sekolah sama sekali ngn die..Oppsss yang kecik tue je xsekolah tapi menyibuk jugak nk selit celah kakak die..aiman ziyad...


3 ANAK DARA SAYA


MY HERO KECIK PUN SEMPAT LAGI NAK MENYELIT..

JOM P SEKOLAH..

BELAJAR RERAJIN SAYANG MAMA..





Selasa, 20 Disember 2016

MINYAK HERBA ASMAK MUJARAB

Disember 20, 2016 0 Comments
Anda mempunyai masalah selsema, asma, semput dan batuk berkahak?Lagi-lagi yang menghidapinya anak kecil??Jangan bimbang, sebab anda tak perlu risau mengeluarkan modal yang besar untuk mengubatinya. Kini sudah terbukti minyak herba asmak mujarab ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Minyak herba asmak atau dahulu dikenali sebagai minyak herba asma mujarab adalah produk original berkualiti tinggi keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab yang telah menjalani R&D dan dalam proses mendapatkan KKM. Kandungan minyak ini terdiri daripada minyak kayu putih, minyak kelapa dara, gamat gold dan habbatussauda.

Pelbagai khasiat yang terdapat dalam 1 botol minyak herba asmak ini. Antara khasiatnya adalah ia dapat membantu mengurangkan sakit gigi, sakit kepala, senggugut, migrain, resdung, sembelit dan melancarkan peredaran darah. Ia juga boleh digunakan untuk luka gatal, terkena api, lenguh dan bengkak-bengkak. Kelebihan minyak herba asmak mujarab ini adalah ia membantu merawat dan melegakan asma, semput, lelah, batuk berkahak dan selsema dengan cepat.

Testimoni dari anak saya sendiri yang menghidapi selsema dan batuk berkahak selama seminggu tidak baik-baik. Setelah saya diperkenalkan oleh seorang rakan, saya terus mencubanya..Alhamdulillah, selama 2 hari guna minyak nie, selsema anak saya telah kering dan batuk berkahak sudah mula berkurang. Sungguh saya tidak percaya akan kemujarabannya minyak ini..Selain itu, saya juga mengalami sakit-sakit badan dan bila saya guna minyak nie, sakit badan saya juga sudah mula berkurang. Saya sangat-sangat yakin akan keberkesanan produk nie dan akan terus menggunakannya.



kepada sesiapa yang masih belum lagi menggunakan produk tersebut, saya sarankan supaya anda cuba dan pasti anda tidak akan menyesal setelah menggunakannya. sekiranya anda berminat untuk mencuba, boleh ke link dibawah :

website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my

Atau anda boleh rujuk video seperti dibawah : - 





Isnin, 19 Disember 2016

PART 3

Disember 19, 2016 0 Comments
Pagi nie semangat nk buat kek coklat moist permintaan ank buah maklang tersayang..Bukan selalu maklang dapat buat..Nie da balik sini makan puas puas tau..Kek coklat moist yang sangat sangat sedap dan mudah nak buat..Bahan bahan dia pun memang senang nak cari..

sebelum masuk oven

semasa dalam oven

selepas keluar oven..xsampai sejam da abih licin..