Selasa, 5 Februari 2019

Rasai kenikmatan makanan itali di Me Famiglia


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua..

Haa..cuti raya cina dah nak dekat, tapi tak tau nak bawa anak2 dan keluarga makan dekat mana?Jangan risau uollss, jom nad nak share dengan korang port makanan paling best dekat area kepong nie dan apa yang menarik adalah makanan yang dihidangkan semua berasaskan makanan itali.So pada korang peminat tegar pizza, pasta dan tiramisu dan yang berada disekitar sini tak payah nak pergi jauh-jauh just google map aje da sampai..


Melangkah masuk ke restoran ini pun da rasa seperti berada di restoran itali sebenar..Dengan beralaskan kain meja bercorak kotak merah dan putih serta hiasan dinding bertemakan english style memang sesuai dengan konsep makanan itali disini..


Kedatangan nad disambut baik oleh staff yang sangat friendly dan beliau telah mengesyorkan menu yang sering menjadi pilihan pelanggan disini iaitu tiramisu kek..fuuhh..tak sabar nak rasaa..


Berbalik pada menu tadi, nad telah dihidangkan dengan pilihan set menu ke 2 iaitu 1 set garlic bread with mushroom soup, ice lemon tea, pizza hawaiian, chicken graticola dan juga tiramisu kek sebagai pencuci mulut..



Pizza hawaiian


Hidangan yang menjadi kegemaran anak-anak iaitu pizza hawaiian..Tarikan cheese pun da macam chewing gum tengok..

Garlic bread with mushroom soup

Nie makanan first sekali yang sampai..rasa garlic bread nie sedap, lembut bila makan panas-panas dan mushroom soupnya pun xterlalu masin, cendawannya segar..i likee it.

Ice lemon tea
Ice lemon tea yang selalu menjadi pilihan nad setiap kali oder makanan..

Chicken Graticola
Chicken Graticola nie i suggestkan uollss patut cuba tau sebab rasa dia sedap sangat dengan sos lada hitam melimpah ruah diatas isi ayam yang lembut ala-ala chicken chop gittew.Makan ngn anak tak cukup uolss terpaksa tambah satu lagi..Nampak tak kesedapan chicken graticola nie tahap mana??

Tiramisu kek
Sebagai pencuci mulut untuk set menu nie nad teringin sangat nak rasa tiramisu kek seperti yang disyorkan oleh staff tadi..ya ampunn sedap tak terkata baqhang kek nie memang pior habis rasa nescafe..anak dara makan sampai tak nak kongsi dengan adik dia sabar jelaa..


Mesti uollss tertanya-tanya kan makanan dekat sini halal ke tidak?Jangan risau ye uollss kebanyakkan pelanggan yang datang sini pun terdiri dari melayu kita dan seperti yang telah diberitahu oleh tuan kedai , masakan yang dibuat semua menggunakan bahan halal..


Ppssttt..sebelum terlupa, nad nak bagitau sempena perayaan tahun baru cina nie, me familia ada buat promosi sebanyak 15% untuk semua menu yang terdapat disini bermula pada 4,5 dan 6 hb ini..So, inilah kesempatan korang nk ajak family dan kawan-kawan untuk makan bersama..

Me Famiglia Italian Restaurant
C-G-16, Jalan Metro Perdana 3,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kuala Lumpur

Waktu operasi : 11.00am - 3.00pm
                              6.00pm - 11.00pm
Tutup : Selasa

Fb : me famiglia
Instagram : me famiglia

5 ulasan:

  1. wow pizza dia ngancam..!! i is love pizza hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..mengancam sampai nk repet kali ke 2.

      Padam
  2. macam sedap je ni. allahu. kek pulak tu. pizza. hhahahaha. all favorites!

    BalasPadam
  3. COLLINS GUZMAN FUNDINGS

    We offer a variety of Financial packages at a very low interest rate, We stand apart from other lenders because we believe in customer service, We offer the right solution to your financial needs.In general we are FINANCE COMPANY, We offer loan at 3% interest rate, Commercial loans, business loans, home loans, car loans and debt consolidation loan are available for you. Contact us for more information via E-MAIL: collinsguzmanfundings@gmail.com

    Names:
    Occupation:
    Loan Amount Needed:
    Loan Duration:
    Your Country:
    Mobile NO:
    Purpose Of Loan:
    Email Address:
    monthly income:
    Sex:
    Age:

    Thanks and best regards
    Mr Collins Guzman
    WhatsApp: +1 (786) 598-8751

    BalasPadam
  4. Pergh!! Mengancam betul makanannya..

    BalasPadam