Ik

Selasa, 24 September 2019

Manfaat KLIA Express dan Airport Taxi Ketika Travel Dengan Traveloka


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog aimanziyad.blogspot.my.. Haa korang, aku yakin pasti ramai dekat luar sana yang mempunyai minat yang sama macam aku iaitu suka travel tak kira lah korang nak travel dalam negara atau pun luar negara. Bagi aku, travel dalam negara nie lagi bagus sebab ia menjimatkan wang, tenaga dan kos. Faham-faham jerla, kalau kau nak travel oversea, kos yang kau perlukan pun banyak, rate matawang asing pun kau perlu ambil kira so aku syorkan baik korang travel dalam negara jela. Banyak juga tempat menarik dalam Malaysia nie yang aku sendiri pun tak pernah pergi lagi.


Macam biasa, sebelum aku nak bercuti, aku akan survey terlebih dahulu tiket flight yang murah-murah. Naik flight nie kalau dapat harga murah, bukan duit je jimat, masa dan tenaga kau pun boleh jimat. Selalunya Air Asia la yang menjadi pilihan utama aku sebab Air Asia nie selalu buat promosi, so aku akan grab time-time promosi macam nie. Pernah aku dapat tiket flight ke Penang pergi balik hanya RM38 je. Murah kan? Kalau naik kereta pun, paling kopak la dalam RM200 kau kena ada dengan nak hadap jem lagi, masa atas jalan dan penat drive. Sebelum nak tempah tue, rajin-rajin la buka laman web Air Asia. Memang selalu la diorang buat promosi.

Bagi aku la, flight adalah kemudahan utama yang akan aku pilih. Bila dah naik flight nie, mesti akan terfikir transportation nak ke airport. Jadi, solutionnya ada 2 iaitu KLIA Express atau airport taxi dan grab. Kedua-dua nie memang aku guna bergantung pada situasi dan aku akan tempah  melalui Traveloka. Sebab apa aku pilih Traveloka, mestilah harganya yang jauh lebih murah dan convenient untuk aku. Traveloka nie selalu buat KLIA Express ticket promo yang mana kita boleh dapat 10% diskaun macam tue. Dah la harga tiket KLIA express dekat Traveloka nie jauh lebih murah dari kaunter, siap dapat diskaun lagi memang sesuai la dengan aku yang nak murah dan selesa.



Biasanya aku akan pilih KLIA Express kalau aku nak gerak ke airport daripada rumah sedara aku sebab rumah die dah dekat sangat. Lagi-lagi kalau aku nak gerak awal dan tiket flight aku dalam pukul 3 atau 4 petang macam tue. So aku tak ade lah nak rushing sangat nak cari grab dan nak hadap jem lagi sebab KLIA Express nie just ambil masa dalam 28 minit je dari KL Sentral.



Lain pulak halnya bila mana aku nak balik ke rumah daripada KLIA. Aku lebih suka gunakan Aiport taxi atau grab. Sebabnya rumah aku tidak ada laluan KLIA Express atau KLIA Transit nie jadi aku rasa lebih mudah untuk tempah kereta persendirian. Biasanya kalau aku pergi bercuti, aku akan pergi beramai-ramai tak kira lah dengan kakak aku ataupun dengan kawan baik aku, so kiteorang akan  berkongsi dan pilih kereta yang ada 5 seat.. Sebabnya lebih selesa dan harga pun murah kalau berkongsi nie tak sampai RM100 pun dari KLIA nak ke rumah aku.

Lagi satu sebab kenapa aku lebih prefer guna airport transfer KLIA yang disediakan oleh Traveloka, salah satunya ialah kita boleh set awal-awal dengan pemandu kereta tersebut. Seperti yang korang tau, atau  yang mana dah biasa tempah grab nie, kalau nak pilih grab, kite kena tempah setelah kita tiba dikawasan yang kita tunggu. Jadi aku syorkan sangat dekat korang untuk guna khidmat airport transfer Traveloka nie  sebab ianya lebih mesra pelanggan.

Apa yang aku nak tekan kan dekat korang adalah kedua-dua kemudahan yang aku sebutkan tadi nie ada kebaikan tersendiri. Kita kena bijak memilih mana yang terbaik  dan sesuai dengan situasi kita. Kalau KL Sentral dekat dengan kawasan tempat tinggal kita, KLIA Express adalah pilihan yang baik sebab selesa dan jimat masa. Namun kalau kawasan rumah kita agak jauh dari KL Sentral, aku lebih prefer untuk pilih airport taxi tetapi kita kena mengambil kira keadaan traffic. Jadi, sebelum memulakan sesuatu perjalanan, kita perlu bijak menyusun dan merancang dengan baik agar perjalanan kita lebih lancar dan selamat. So  korang buat lah pilihan dengan bijak. Selamat bercuti !!

35 ulasan:

  1. bagusnya semua dah ada tersedia dalam satu apps, tak perlu nak kusut tempah satu2. Bagus betul Traveloka ni memudahkan customer nak travel sana sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ahh..install je apps traveloka nie..senang dan mudah bagi kaki travel

      Padam
  2. Wah bestnya ada diskan untuk ERL untuk ke airport.Maklumlah kan mahal.Bagus ada tawaran macam ni dari traveloka.Boleh try nanti ni.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok..try la..bagus sangat tuk mereka yg kaki travel..dah la ade diskaun..jimat skit duit poket..

      Padam
  3. Mudah kan zaman skang.
    Sgt efisyen. Meskipun aida x pernah gunakan lg, i can feel that dgn gini, perjalanan kita lebih tenang & seronok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya dihujung jari..klu nk travel, jgn lupa download apps nie dlu..

      Padam
  4. Kita pun kalau nak pergi kat KLIA sangat menggunakan KLIA Express ni mudah dan mengjimat kan sebab rumah kita dekat giler dengan TBS tu hehehehe... Nak travel lagi ni ada tiket dah beli wakakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnye umah dkt ngn kmudahan nie..wah..nk g mna tue?nak ikut boleh..hahaa..

      Padam
  5. I like to take public transport like this to the airport when go travel too. it's fast, safe and comfortable too. bagus if ada promotion lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa..time ade promo la kite kna grab cepat..best tau apps nie..snagat mnjimatkan masa dan tenaga..

      Padam
  6. Setuju... Pegi KLiA memang mudah cepat naik KLIA Express. Dengan adanya apps Traveloka memang lagi mudah cepat. Suka Traveloka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apps wajib kalau nk travel..senang dan mudah..kite da install..sbb nk p jalan2 cuti skolah nnt..

      Padam
  7. Tak ada lagi app Traveloka ni dalam phone, nampaknya kena install la pasni. Semua ada dalam satu app, sangat mudah dan efficient!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Install cepat..boleh dpt diskaun tue..i da install..😊

      Padam
  8. Banyak juga kemudahan yg Traveloka ni ada ye. Saya ingat tiket flight je. Teksi pun dia boleh uruskan. Yg penting boleh dapat diskaun masa naik KLIA express. Tq di atas tips!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 sis..bnda baik harus kita share..

      Padam
  9. Bagus traveloka ni sebab macam-macam promotion ada. Saya pun memang peminat dan pengguna traveloka setiap kali nak travel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke??bgus sgt la klu da install apps nie. Mnjimatkan masa dan tenaga..smuanye dihujung jari..

      Padam
  10. Wah. Tak tahu pulak guna apps traveloka byk diskaun naik erl ni. Dulu stop naik sbb makin mahal. Ni dpt lg 10% oklah. Sebab erl ni selalu ada dan laju . Boleh bajet masa. Naik grab tak tentu kalau jem ape susah. Kena keluar awal kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau xpe..sbb tue kt traveloka diowg ade buat promosi diskaun 10% nak galakkan naik public transportation..

      Padam
  11. Senang kannnn... semua di hujung jari... hanya dengan satu apps dah boleh buat semua... anyhow, kalau nak ke KLIA, saya pun suka (lebih selesa) naik KLIA Express... yelah kan, tak yah nak fikir parking ke bagai... so dengan adanya Traveloka ni boleh la kita gunakan diskaun yang ada tu... hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manfaatkan diskaun yang ada tue..hehe ..lgipun rugi klu xguna kmudahan yg traveloka bagi nie.. Xsmua apps ada mcm nie tau..

      Padam
  12. Setuju dengan artikel ni sebab saya pun selalu guna aplikasi Traveloka untuk travel. Harga pun berpatutan. Nice sharing !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trma kash sudi bqca artikel sy yang panjang lebar nie..smoga mmberi mnfaat untuk smua..

      Padam
  13. Bagus apps traveloka ni tau. Kaki travel sesuai sangat ada apps mcm ni. Dan setahu Nora traveloka banyak dan kerap adakan promosi dengan harga berpatutan kan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue..xsmua apps ade diskaun mcm nie slma yg saya tahu la..traveloka mmg pilihan trbaik untuk travel..

      Padam
  14. Apps traveloka ni mmg best. Untuk mereka yg suka travel, mmg wajib ada apps ni. Senang dan memudahkan kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue..sangat mnjimatkan masa dan memudahakn smua org yang nak travel..xpayah pning2 nk pk naik apa..

      Padam
  15. Siapa yang suka travel wajib ada apps traveloka ni. Senang semua dalam satu apps je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue kinah..all in one..kaki travel mmg wajib install apps nie...

      Padam
  16. Bagus Travloka ni..memudahkan sesiapa yg nak travel jika muat turun apps ni. Lepas tu rajin pulak buat promosi. Sis tahun ni tak travel kemana mana lagi..kena berehat sb anak exam tahun ni..so tgok aje lah traveloka buat promo..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..kan..dpa nie slalu buat promosi...nak2 hujung tahun..cuti sekolah..

      Padam
  17. Banyk betul manfaat ada dua medium nie ya. Lepas nie nak travel xperlu susah2 lagi. Senang je nak akses airport dari mana2. Nanti nak teroka lagi lah

    BalasPadam
  18. This app is so convenient! I always travel outstation for work, now I can arrange and check my transport to airport now easily.

    BalasPadam
  19. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    BalasPadam