Ik

Khamis, 9 Januari 2020

Kes Influenza Meningkat Tapi Bekalan Ubat Kurang – Dr. Musa Pakar Pediatrik




Pakar pediatrik Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes penyakit influenza di Malaysia.

Beliau yang juga pakar perunding di hospital KPJ Damansara berkata, kes penyakit Influenza sehingga kini merekodkan kenaikan dua kali ganda pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Terdapat sejumlah 2076 kes direkodkan pada 2019 berbanding tahun sebelumnya dengan 1222 kes, kata Dr Musa yang mengetuai unit kawalan penyakit berjangkit di hospital itu.

Dr Musa berkata hospital swasta lain turut merekodkan peningkatan sama influenza.

“Katil kami dipenuhi oleh pesakit yang mengalami selesema yang perlu diasingkan bagi mengelakkan jangkitan.

“Saya mempunyai empat orang dari satu keluarga (semua positif selesema) yang telah mendaftar keluar dari empat hospital sebelum diperiksa oleh saya - saya akhirnya perlu siapkan empat bilik untuk merawat seluruh keluarga ini.

“Jadi ada kenaikan kadar selsema di negara ini," katanya kepadaMalaysiakini.

Peningkatan kes influenza menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahap kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir.

Ubat tersebut – yang lebih dikenali sebagai Tamiflu - digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.

“Kami sudah sampai ke 100 kotak yang terakhir manakala (hospital) lain ada yang kurang daripada ini. Bekalan tidak dijangka ada sehingga akhir Januari atau Februari," katanya.

Dr Musa berkata isu ini dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan panik tetapi untukmenggalakkan vaksinasi influenza.

Terutama bagi kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak berumur bawah lima tahun atau warga emas berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, kakitangan penjagaan kesihatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma dan diabetes serta pelancong.

Kumpulan berisiko tinggi digalakkan untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun.

Influenza boleh sebabkan kematian

Jangkitan virus influenza mungkin kelihatan seperti selesema biasa namun ia sebenarnya lebih parah.

Virus berkenaan akan memberi kesan kepada sistem pernafasan dan boleh menyebabkan kematian, terutama di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem ketahanan badan (imun) yang belum matang.

Bayi berumur di bawah enam bulan pula terlalu muda untuk vaksin influenza.

Virus ini boleh tersebar melalui jangkitan batuk dan bersin. Virus influenza boleh hidup di luar badan selama berjam-jam atau berhari-hari.

Antara gejalanya adalah demam mencecah suhu 38 darjah Celcius, kesukaran bernafas, batuk kering, hidung tersumbat, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, sakit kepala, cirit-birit, konjunktivitis, muntah-muntah dan sawan (di kalangan bayi).

Sumber: Malaysia Kini

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum, bahaya pada orang tua dan kanak-kanak...semoga ia tak menjadi lebih teruk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlkmslam..sebab tue kita kna perhatikan jika ada tanda atau simpton sprti diatas, cpt2 la prgi klinik atau ke hospital..skrg nie pyakit mcm2..

      Padam
  2. Kalau rasa tak sihat je jmpa doctor terus.. Dengue pun byk, h1n1.. Hmm

    BalasPadam
  3. Ada terdengar juga baru ni, mmg sangat menakutkan apabila dikatakan bekalan ubat tidak mencukupi..Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik-baik untuk seluruh rakyat Malaysia...Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..smoga keadaan trkawal la hndaknya..

      Padam
  4. ya Allah. kerisauan tu jangan cakaplah kan, dengan hfmd masih ada. ni influenza. semoga setiap anak2 kita dan kita sendiri semua dilimpahkan rahmat kesihatan oleh Allah Taala. aamiin

    BalasPadam
  5. Berhati-hati dan sekiranya sakit berlarutan, cepat-cepatlah rujuk kepada yang pakar.

    BalasPadam
  6. semoga keadaan terkawal dan dijauhi daripada wabak ini :)

    BalasPadam
  7. i hope things will quiet down soon and everyone who got infected will recover.

    BalasPadam
  8. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
    6 - Tiada bayaran bulanan
    7 - Lebih 15 Model penapis air / water filter / master filter / water cooler dan lain2

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click https://wa.me/60178895990

    BalasPadam