Ik

Sabtu, 18 Julai 2020

Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero



Shah Alam, 16 Julai 2020 – Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda menemui bakat terpendam anda dalam memasak hidangan yang menyihatkan dan lazat serta tidak memerlukan belanja besar. Kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula anda ingin tingkatkan lagi keupayaan dengan resipi baharu menampilkan citarasa, persembahan dan kebaikan yang malah lebih tinggi. Anda perlu memasak hidangan yang belum lagi anda kongsikan gambarnya di Facebook, Instagram atau Tik Tok!

Alce Nero, jenama organik terkemuka Itali, menawarkan kepada anda lima resipi yang mudah dan mengkagumkan menggunakan pastanya. Kesemua resipi ini menggunakan ramuan yang biasa terdapat di dapur. Jika tidak mempunyai bahan tertentu, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Walaupun pasta merupakan ramuan utama resipi ini, anda akan dapati citarasa, tekstur dan rupa masakan yang pelbagai.

1 ) SPAGHETTI CARBONARA


Apa kata beralih daripada pasta berasaskan tomato dan cuba karbonara tanpa krim ini. Anda hanya perlukan pasta Alce Nero, telur, keju, cendawan dan daging lembu atau dendeng ayam belanda. Tak ada dendeng? Gantikan sahaja dengan daging lembu atau ayam cincang. Tak ada keju parmesan? Gunakan keju mozzarella, cheddar atau krim.

Hanya 30 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan karbonara untuk empat orang seperti yang dihidang di kafe.

2 ) MACARONI CHICKEN SOUP


Sup ayam memang sesuai dimakan ketika fasa PKPP ini memandangkan ia membantu menguatkan imuniti dan memulihkan semangat. Semangkuk sup ayam yang lazat merupakan hidangan ringkas yang memerlukan banyak ayam dan masa yang lama. Tambahkan makaroni organik Alce Nero bagi meningkatkan lagi selera dan manfaat kesihatannya buat anda. Biasanya kanak-kanak dan orang dewasa akan meminta untuk menambah sup yang membangkitkan selera ini. Bersedialah!

3 ) CHEESY BAKED PENNE 
     WITH EGGPLANT



Hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan makan malam yang mengkagumkan ini. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang-selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau sebarang sayur yang boleh didapati) dan keju di dalam bekas yang tahan ketuhar, dan tambahkan lebih banyak keju. Bakar selama 20 minit atau sehingga keju cair. Siap! Sungguh mudah, enak dan sesuai untuk Instagram.

4 ) SPICY FUSILI WITH VEGETABLES


Fusili goreng kilas berasaskan tomato ini merupakan hidangan tepat bagi vegetarian atau tatkala anda inginkan sesuatu yang ringkas dan segera. Anda pasti mendapat manfaat lima bahagian sayur dengan hidangan pasta organik Alce Nero cara Asia yang menyihatkan dan membangkitkan selera ini. Sesuai dimasak menggunakan sebarang sayuran yang ada di dalam peti ais anda. Untuk lebih cantik, pilih sayuran dalam pelbagai warna seperti lobak merah, tomato, cili kembung, jagung dan timun.

5 ) TUNA PASTA SALAD


Ingin keluar bersiar-siar lagi dengan keluarga semasa PKPP dan membawa bekal salad yang dimasak di rumah untuk berpiknik? Salad pasta tuna ini menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan yang berkhasiat dengan campuran tekstur rangup dan halus. Mudah untuk disediakan dan enak dimakan panas atau sejuk. Tambahkan citarasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan.

Dapatkan resepi lengkap di :
atau layari laman rasmi media sosial Alce Nero 
untuk menambah lebih banyak hidangan-hidangan organik dan berkhasiat ke menu PKPP anda. Kekal selamat dan sihat. Jangan lupa untuk tag @alceneromy apabila anda menyediakan hidangan menggunakan produk-produk Alce Nero untuk berpeluang memenangi hamper khas! Ikuti laman media sosial kami untuk lebih banyak resepi dan peraduan.

Mengenai Alce Nero

Alce Nero diasaskan pada 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali mengambil keputusan untuk mempelopori revolusi organik dengan menghasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah pertanian lama dengan penyelidikan termaju kesihatan dan alam sekitar. Teknik kami mungkin telah berubah, namun jaminan kualiti kami masih berasaskan semangat asal Alce Nero iaitu kecintaan terhadap makanan, penjagaan alam sekitar dan larangan penggunaan bahan kimia sintetik.










Kini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat penghasilan. Ini membolehkan kami menerapkan prinsip kami di sepanjang proses penghasilan dan menjejak asal-usul produk makanan kami secara terperinci. Justeru, kami dapat menjamin produk kami produk asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari ladang ke meja makan anda. Pengiktirafan organik Alce Nero telah melalui proses yang ketat oleh perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.






Di Malaysia, Alce Nero menjual pelbagai jenis pasta organik, minyak zaitun asli, kuah pasta, jem dan madu. Untuk maklumat lanjut, layari www.alcenero.asia.

 











 




 





 

2 ulasan:

  1. Okay! that CHEESY BAKED PENNE WITH EGGPLANT is so temptinG!!!!
    kena belajar buat ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je buat nie..pakai bahan apa yg ada kt rumah tue..yg pntig cheese kena lebih baru ummpphh !!!

      Padam