TAK PAYAH NAK 'TAYANG' SANGAT

4/19/2017 09:36:00 PG







Sudah menjadi lumrah pasangan bercinta atau suami-isteri zaman sekarang menayang kemesraan di fb.Bagi yang bercinta,patutnya tak perlulah over sangat,apatah lagi belum ada ikatan yang sah.Bagi suami isteri pula,kita tak tau apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.Mana tahu ikatan tersebut tak kekal lama,takut nanti bila dah berpisah,banyak mulut yang bertanya cos dulu rajin menayang kemesraan.Lagipun tak semua orang yang tayang kebahagiaan di fb itu benar2 bahagia.Pengalaman dari beberapa orang yang aku kenal,selalu makan hati dengan sikap suaminya,tapi aku pun tak faham kenapa di fb cerita umpama orang sedang bahagia.Berhentilah bersifat hipokrit ok?Orang yang menasihat bukannya jeles,tapi ikhlas memberi nasihat.

Bagi aku,semua tu jadikan saja hal peribadi.Tak payahlah nak tayang sangat kononnya suami kita tu sayang sangat  kat kita sampaikan apa suami cakap pun nak ditulis kat status,suami bagi hadiah,suami peluk cium,suami massage,suami dedicate lagu,semua nak dicerita lah.Satu lagi,gambar2 berpeluk cium antara suami isteri ni,tak sesuai ditayang kat umum.Jadikanlah itu semua simpanan peribadi anda,kan lebih bagus.Petik kata-kata Ustaz Azhar Idrus,`Bila rindu pada suami, tak payahlah update status di Facebook, beritahu seluruh dunia sebab ada orang lain yang baca terasa nak muntah. Kalau cerdik, SMS la terus kepada suami'.
Bila tiba anniversary pulak,lagi la tak tahan tengok status2 dorang ni.Masing2 lah buat ayat kasih sayang kat pasangan.Kalau tempoh perkahwinan tu 2 thn ke atas pun dah rasa lama sangatlah hubungan mereka tu.Bak kata artis veteran kita Ruminah Sidek atau dikenali sebagai Mak Mah,kalau dah kahwin 5 tahun pun,jangan rasa lama sangat tempoh tu cos umpama sekolah,baru darjah 5,tak banyak lagi benda yang kita belajar.Tempoh perkahwinan 5 tahun tu sebenarnya masih dalam proses mengenal pasangan lagi.

Satu lagi,agak menyampah jugak tengok perangai mak2 orang yang suka sangat tayang nama anak2,dan tayang perangai anak2 dorang macam lah anak2 dorang ni la yang paling bijak dan comel.Bukannya aku tak suka budak-budak,tapi perangai mak ayah nya yang membuat kita rasa menyampah.Mana taknya,berderet2 kat status dok hantar video gelagat anak,sekali masuk gambar anak,berpuluh2 sampai tak larat nak tengoknya.Sebab itulah dalam apa jua yang dilakukan,haruslah bersederhana.Tak salah nak share semua tu,asalkan jangan berlebihan.
Apabila dah jadi seorang ibu,aku paham memang naluri seorang ibu ni kuat,sayang sangat kat anaknya.Tapi tak perlu ditunjuk sangat pada semua orang hingga buat status 'mengalir airmata tengok anak kena inject',`sayu lihat anak mama kena gigit nyamuk',`sedih tengok anak ibu demam,biarlah ibu yang tanggung semua tu'..Adoi..please la jangan buat statement macamtu.Percayalah ramai yang meluat baca statement anda tu. 

Selain tu,sikap suka menunjuk ni jugak termasuklah menayang harta,tayang rumah,tayang hp,tayang ipad,tayang iphone,tayang kerjaya macam kerja dialah yang paling hebat.Kalau pergi melancong ke luar negara pulak,nampak sangat sikap tu nak menunjuk bukan nak berkongsi cerita.Kalau makan makanan yang agak branded tu,mulalah nak masuk fb,kononnya dah biasalah makan makanan macam tu sedangkan ada yang baru first time mencuba makanan tu.
Kesimpulannya,dalam apa jua hal,lagi2 perkara yang melibatkan keluarga kita,cukuplah sekadar berkongsi cerita,jangan berlebih-lebihan kerana takut wujudnya riak tanpa kita sedari..


You Might Also Like

11 ulasan

  1. betul tu kak. hihi, kemain marah akk hari ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan marah takut lama2 jadi riak..peringatan untuk diri sendri juga dan kawan2 yang lain...:P

      Padam
  2. selalu sangat tengok dlm fb mcm nie , pada sy tu hak dia org betul x..tapi kdg2 buat kite meluat pun ada , siap cakap lg x suka status tu suruh scroll laju laju..tp kalau dah 10x update status mahu x keluar dekat wall kita hahaa..bukan dengki atau cemburu tp berpada-pada..x semua indah apa yg ditulis realiti hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue...biasanye orang gitu die cuma nk perhatian orang je...konon2 brtuah la dapat pasangan macam nie...lebih teruk org yg amik laki org n bahagia sgt2 xpk perasaan another wife...biasa bini muda yg kurg cerdiknye buat mcm tue..die sakit hati bila kite dpat die pn nk jgk..malah status2 die pn bukan men lgi..mf ler spe2 yg terasa bukn nk tuju kt awak2 yg second wife dlm blog nie...peace no war....:)

      Padam
  3. Memang ada jea status sebegini yang ada kalanya kita menjadi rimas dengan status yang seolah-olah riak dalam diam nie.. Tapi biasalah manusia nie ada ketika keterujaan yang melampau membuatkan mereka tak sedar apa yang mereka tulis tue mungkin menyinggung perasaan orang lain dalam tak sedar... Contohnya jika seseorang tue mengandung, hampir setiap jam dia akan 'mengadu' betapa syukurnya dia kerana dapat mengandung tapi dalam tak sedar, dia telah menyinggung perasaan seorang wanita yang sedang berusaha untuk mengandung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup btul tue..start now pn sy nk kurangkan share cuma bila difikirkan perlu aje sy akan share..xsemestinya kite xshare kite xbahagia kn??privasi skit la..kalau boleh 1 dunia nk die tau yg die tue bahagia sgt2..bawak2 sedar diri skit..

      Padam
  4. assalamualaikum.. yup betul tu.. apa pun kena la bersederhana kan.. ^__^
    Ketahui Tahap Kesihatan Melalui Najis

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan sis..hidup biar sederhana..tp manusia nie kadang xpernah puas dengan ape yg die dapat..

      Padam
  5. Betul lah tu... kadang2 ada benda yang kita tak perlu nak tunjuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. yupp..that right!!bila semua bnda nk tayang rasa macm da xde privacy..

      Padam
  6. pernah share kat blog...
    3 benda patut rahsia ~ rumahtangga, harta & next move.
    biarlah rahsia...
    yes. takot dikatakan riak.
    aida pun masih lagi hati2 kat laman sosial.
    perbaiki diri.... sentiasa nilai balik pe spatutnyer di share.
    kekadang sendiri lupa!!!

    BalasPadam

Like Page on Facebook