Follow Us @soratemplates

Isnin, 18 Disember 2017

Food Review : Boraq-Boraq Restaurant


Bagi korang yang kaki makan, nad ada berita baik untuk korang bagi yang berada disekitar rawang, jom nad nak ajak korang makan dekat Boraq-Boraq Restaurant nie..Nak tahu ape yang best dekat sini??Jom kita intai menu dia :


* Nasi Kukus Ayam Berempah
* Mee Jawa
* Mee Bandung
* Laksa Johor
* Laksa Penang
* Masakan Panas
* Western




Selain menu diatas, Boraq-Boraq Restaurant juga ada menyediakan Boat Noodle Negaraku Style dengan menu yang gempaq dan korang WAJIB cuba antaranya :



↣Nasi Ayam Hainan
↣ Beef Thai Rice Noodle
↣ Spaghetti Carbonara
↣ Spaghetti Bolognese
↣ Caesar Salad
↣ Soto Ayam
↣ Mee Bandung
↣ Rojak Tauhu
↣ Laksa Utara
↣ Laksa Johor
↣ Rice Chicken Blackpaper





Rugi kalau korang tak try..Ikut selera korang la nak makan ape kalau tengok menu dekat atas tue semua aku nak try tapi en suami cakap jangan membazir takut tak habis maklumla ikut size tekak masing-masing..Macam yang aku order nie 5 mangkuk je sebab aku yang teringin nak makan..Aku amik soto ayam, mee jawa, rojak tauhu, laksa utara dan rice chicken blackpaper..En suami teman jela kite makan ye..hihi..So far bagi aku makanan dekat sini kena dengan tekak aku, sesedap rasa dan paling penting berbaloi dengan harga dia..Mana nak dapat makanan dengan harga yang murah dan sedap macam nie kan??Persekitaran pun bersih dan layanan dari staff pun sopan je..Pada korang yang tak tahu,Boraq-Boraq Restaurant juga pernah keluar dekat JJCM tau..So boleh dikatakan port makanan viral yang wajib korang cuba..




Peneman Setia Saya

Bagi korang yang nak cuba, disini nad bagi detail tempat dan masa operasi Boraq-Boraq Restaurant nie : -

Nak tau lokasi dekat mana??


Lokasi :

No 36 Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes
Rawang, Selangor

Waktu Operasi :

Isnin - Khamis : 1:30 Tengahari - 11:00 Malam
Jumaat - Ahad : 12:30 Tengahari - 11:00 Malam 
Closed : Tuesday


Selamat Menjamu Selera UOLSS





7 ulasan:

  1. Orang rawang patut ke sini ye nad. Kak ana jauh pula nak ke sana. Nampak sedap juga makanan2 tu ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...kalau akk nk cuba boleh je..tapi untuk orang-orang rawang rugi la kalau xcuba kadang saya pun dekat sini baru tau ade tempat best nk makan..

      Padam
  2. Lama tak rasa nasi kukus ayam berempah. Feveret masa jadi student dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa yaka fatin?mai try nasi kukus ayam berempah kt sini plak..

      Padam
  3. aduh..kat Rawang.Kalau sesat2 ke area sana, boleh terjah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan sis terjah..confirm puas hati..

      Padam