Follow Us @soratemplates

Jumaat, 2 Mac 2018

CUTI SEKOLAH - TAMAN BOTANI SHAH ALAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

 
Apa khabar ye kawan2 blogger saya?Diharap semuanya berada didalam keadaa sihat hendaknya..Agak lama juga nad tak menulis entry kat sini disebabkan kerja dan masa yang tidak mengizinkan untuk nad berbuat demikian...

Entry kali nie nad nak sharekan pengalaman dan aktiviti yang nad lakukan sepanjang cuti sekolah sempena hari raya cina..

Tentunya ibu bapa dan anak akan teruja bila tibanya musim cuti sekolah nak-nak  lagi bila tiba musim perayaan..Kali nie nad da plan untuk bawa anak-anak bercuti sambil mengenali alam sekitar dan mendekati haiwan dan lokasi yang paling sesuai nad bawak ialah Taman Botani, Shah Alam..

Perjalanan bermula seawal jam 8.30 pagi sebab budak-budak nie teruja bila nad cerita kat sini ada rumah salji. Untuk pengetahuan korang semua, rumah salji juga dikenali sebagai rumah iklim sederhana 4 musim sebab ade 4 musim silih berganti..Dan sekarang nie ialah musim salji dan musim salji biasa nya akan ada pada setiap bulan Disember sehingga bulan February dan akan bertukar musim setiap 3 bulan..Dapatlah budak-budak nie merasa main salji ala-ala kat london giteww..hihii




Harga tiket untuk masuk ke Taman Botani Shah Alam yang dikenakan ialah untuk kanak-kanak RM1 dewasa RM3..Kalau nak masuk rumah iklim 4 musim korang kena beli tiket siap2 kat kaunter tue sebab kalau lambat tak merasa la nak masuk rumah salji..Untuk musim salji harga tiket juga berbeza ye..Kanak-kanak RM3 dan dewasa RM5..

Selesai urusan beli tiket, perjalanan diteruskan dengan menunggu bas..Bas nie akan pickup korang dan akan terus pergi ke rumah iklim 4 musim..Sebelum nk masuk rumah iklim 4 musim tue apa lagi kiteorang pn berselfie la..


Dah puas main salji kiteorang terus berjalan kaki ke taman hiasan dan taman konservasi herba &  tumbuhan ubatan nasib baik la dekat..Kalau nak naik bas korang kena cepat-cepat tunggu kat stesen die sebab bas nie memang padat dan ramai orang..Bagi korang tak nak naik bas, boleh je nak sewa basikal..Tapi tak pasti pula berapa harga sewa basikal kat situ..



Sebelum balik kiteorang singgah ke taman haiwan..Macam ala-ala mini zoo tak besar dan tak kecik..Dapatla timba pengalaman budak-budak nie bagi makan rusa..Beli je daun dan buah betik kat situ dalam RM1 dan bagi rusa tue makan..Macam setahun tak makan dek rusa nie...Hulur je daun terus makan..hihii



Settle bagi makan rusa kiteorang pun terus bergerak balik ke melaka and sambung cuti kat sana pulak..Nantikan entry nad seterusnya bercuti ke melaka..

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. time cuti sekolah la baru nak merasa berjalan ke sini..

      Padam
  2. wahhh seronok lah diorang
    last datang sini 3 tahun sudah rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok sebab first time sampai sini..tue pn xabih pusing da pancitt..hiihi

      Padam
  3. tak sanggup nak masuk rumah 4 musim tu sebab dulu masuk sampai kejang tangan

    BalasPadam