Ik

Ahad, 21 April 2019

Safi Dermasafe-Produk Mesra Kulit Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Assalamualaikum dan hai semua..

Pasti ramai dikalangan anda semua pernah dengar dan ada yang pernah pakai produk safi. Produk yang diyakini HALAL dan telah lama berada dipasaran sejak nad dibangku sekolah lagi.Kini safi telah melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk penjagaan wajah 'mesra kulit' iaitu SAFI DERMASAFE


Untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif, SAFI DERMASAFE ada jalan penyelesaiannya. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak dan normal, anda juga boleh pakai tak ada masalah macam kulit muka nad nie kategori normal..Alhamdulillah selama nad pakai produk safi nie, tak pernah lagi mengalami masalah kulit muka yang teruk.

Seperti yang semua tahu, produk safi telah diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar PH yang seimbang, dan rangkaian produk safi juga bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian keatas haiwan.

Terdapat 5 item dalam set SAFI DERMASAFE


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah.

Formula yang tidak kering, dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

Pencuci muka yang jenis mousse nie nad pakai setiap pagi..Bila tengah gosok-gosok kat muka rasa die lembut je..mata pun tak pedih..Masa bilas terasa muka segar dan bersih.

Cara Penggunaan

Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE 


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mild & Gentle diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesaan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.

Untuk pencuci muka yang ini, nad pakai setiap malam..Adil la kan dua-dua pencuci nad pakai..Yang ini khas untuk malam je..Sama juga macam pencuci mousse tapi yang ini jenis gel.Tak berbuih dan tak pedihkan mata..

Cara Penggunaan

Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit air sehingga berbuih. Urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE 


SAFI DERMASAFE Pelembab Siang Soothe & Hydrate diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan Chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit dan menjadikan kulit kekal lembab selama 24 jam.

Selepas nad cuci muka dengan pencuci muka jenis mousse tue, nad pakai Pelembab Siang Soothe & Hydrate..Pelembab nie cepat serap ke dalam kulit muka dan  kulit muka rasa lembab sepanjang masa.Best sangat pakai pelembab nie SEBAB ianya tak berminyak.

Cara Penggunaan

Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan-lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan gunakan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Resfresh untuk hasil yang optimum.


SAFI DERMASAFE Pelembab Malam Rehydrate & Recover diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile yang mudah meresap ke dalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur

Pelembab malam Rehydrate & Recover nad pakai selepas nad cuci muka dengan Pembersih Muka mild & Gentle.Rutin harian setiap malam sebelum tidur, nad akan sapukan pelembab ini untuk memastikan kulit muka nad dirawat ketika sedang tidur

Cara Penggunaan

Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan-lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan gunakan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Resfresh untuk hasil yang optimum


SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile yang mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

Untuk mengekalkan solekan tahan dengan lebih lama, nad just Spray Booster Hydrate & Refresh ke muka dan nampak kulit muka nad sentiasa segar dan lembab sepanjang masa.

Cara Penggunaan

Pejamkan mata dan semburkan ke muka 1-2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera.Untuk mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE

Untuk maklumat berkenaan produk SAFI DERMASAFE, uollss boleh layari laman web dibawah :-

Facebook :
http://www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram :
http://www.instagram.com/safimalaysia

5 ulasan:

  1. Thanks for sharing it and i definitely would love to try thee product. I generally buy every beauty product from Sephora so i will check for the product over there and get it as soon as possible as it just not provide the best products but also help one save the best on purchases with Sephora coupons. Thanks for sharing and i hope i will enjoy using this product.

    BalasPadam
  2. Kita pun guna safi dermasafe nie.. memang best.. hilang minyak2 kat muke.. paling suka yg spray.. semburan Booster Hydrate & Refresh.. segar rasa

    BalasPadam
  3. Yg smburan tu pkai sblum mkeup ke atayatau slepas mkeuo

    BalasPadam
  4. Utk kulit jeragat sesuai atau tidak menggunakan safi dermasafe???

    BalasPadam