Ik

Rabu, 12 Jun 2019

Asal Usul Rempah Ratus Mak Siti


Assalamualaikum dan selamat kembali bertugas bagi yang da start kerja..Almaklum la, masih dalam mood beraya lagi kan..So ade yang happy da start kj dan ada yang masih teringatkan kampung halaman rasa malas nak balik ke rutin harian tue kan..Mood pun swing-swing gitthew..

Memandangkan kita masih di bulan syawal, tak sah raya kalau tak ada yang buat open house..Sahabat handai, kenalan, jiran tetangga pun pasti akan mengadakan rumah terbuka.Bagi yang tengah mencari idea atau tak tahu nak masak apa untuk tetamu yang datang, jangan pening-pening sebab rempah ratus mak siti ada pelbagai jenis pilihan masakan yang boleh korang cuba antaranya, rendang daging, kari ikan, sup soto, masak kicap ayam dan daging, kurma..

Tapi sebelum tue, nad nak kongsikan serba sedikit bagaimana rempah ratus Mak Siti nie boleh terkenal..



Disebalik kejayaan rempah ratus Mak Siti

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali..

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.



Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.
Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.


Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.

Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).


Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga..

Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka.

Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.


Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit.

Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama.

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI .

Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”.

Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.
Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.



Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus.

Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran.


Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

Semoga kisah beliau menjadi inspirasi buat kita semua yang ingin berjaya tanpa pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha sehingga berjaya..Bukan senang nak senang..Yang penting usaha tangga kejayaan..

Bagi korang yang nak cuba masak pakai rempah tumis Mak Siti nie, cepat-cepat dapatkan di pasaraya berhampiran sebelum kehabisan stok..Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Mak Siti nie boleh layari :

Fb Mak Siti : https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti
IG : https://www.instagram.com/rempahratusmaksiti
Twitter : https://www.twitter.com/Siti_Mak_Siti
Website: www.rempahmaksiti.com
Hotline : 1300888484

Selamat hari raya  
Maaf zahir dan batin 
💕






1 ulasan:

  1. Owhhh famous kat JB. Patut kurang nampak kat sini.

    BalasPadam