Ik

Rabu, 19 Januari 2022

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Terdapat pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilalui setiap insan. Begitu juga dengan pengasas Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman dan 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. 



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu mertua Dr Azizan telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengesahkan yang beliau sudah tidak ada harapan dan tiada perubahan yang positif selepas dimasukkan mesin bantuan alat pernafasan.

Dengan berkat doa dari rakan-rakan dan orang ramai, Alhamdulillah, keadaan Dr Azizan semakin baik dan pulih dari COVID-19. Beliau telah diberikan peluang kedua oleh Allah SWT dan akan menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk memberikan tumpuan yang  lebih kepada bakal usahawan terutama dalam bimbingannya.

Selepas kejadian itu, Dr Azizan begitu komited untuk mengadakan program secara percuma yang dihadiri ribuan orang. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia usahawan, nama RichWorks sentiasa didengar melalui corong-corong radio mahupun di dada akhbar saban hari.

Dengan semangat juang yang tinggi, Dr Azizan telah berjaya menganjurkan sebanyak 7 program secara percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell 

Benarlah kata pepatah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Secara keseluruhannya, pada tahun 2021, beliau telah berjaya membantu seramai 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. Kejayaan beliau ini telah  menjadi inspirasi buat bakal usahawan diluar sana.

Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, pihaknya tidak ketinggalan dalam usaha membantu dan menyumbang kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Pencapaian dan usaha Richwork Sepanjang Tahun 2021
 
Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
 
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Dr. Azizan meluahkan rasa bersyukur beliau diatas kejayaan dan ujian yang dihadapi sepanjang tahun 2021. Sedikit pun beliau tidak pernah berputus asa dan menganggap ini adalah hikmah buat beliau dalam usaha untuk membantu dan membimbing bakal usahawan yang ingin berjaya sepertinya kelak, insyaAllah.

Semoga segala usaha dan bimbingan RichWorks ini dipermudahkan & diberkati oleh Allah SWT. Untuk maklumat lanjut berkaitan program yang diberikan secara percuma oleh Dr Azizan ini, boleh layari richworks.com

Tentang RichWorks

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Video Perjalanan dan Perjuangan RichWorks Sepanjang Tahun 2021



Tiada yang mustahil jika kita ingin berjaya. Pokok pangkal hati kita sama ada ingin berjaya atau masih berada di takuk lama. Tahniah RichWorks diatas kejayaan sepanjang tahun 2021. Ayuh anak muda, bangun dan pandang la ke hadapan untuk membina kehidupan yang lebih berjaya dengan menyertai program yang dianjurkan secara percuma oleh RichWorks. Semoga RichWorks terus berjaya dan teruskan la berbuat kebaikan kepada orang ramai.






1 ulasan:

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    BalasPadam