HOME FAMILY RECIPE BEAUTY LIFESTYLE REVIEW TIPS

Sabtu, 7 Oktober 2017

PERLUKAH SIMPAN UBAT DEMAM DALAM PETI SEJUK





Balik rumah nanti, cuba korang buka peti sejuk, tengok ada tak simpan ubat demam, selsema atau ubat batuk dalam peti sejuk?Mesti adakan lagi-lagi bagi mereka yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ini.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam atau lebih juga dikenali dengan nama Paracetamol. Ada banyak jenis atau jenama ubat yang mengandungi paracetamol antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ini dalam peti sejuk dengan anggapan ia pasti tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh, ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula ubat demam nie di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya?

Berapa lama kita boleh simpan ubat demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan sehingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml-100ml ubat sahaja. Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml jika diambil 5ml untuk 4x sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan. Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1-2 bulan mengikut jenis ubat. Tetapi jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang, sebaik-baiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan ditempat yang kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama. Kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya. Jangan simpan lebih 2 bulan ubat demam yang telah dibuka. Ubat yang dibotolkna atau dikilangkan biasanya diisi dengan udara yang bersih ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen atau udara yang bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria didalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka didalam peti sejuk, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk didalam botol ubat melalui proses kondensasi. Wap air yang terbentuk ini, tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi yang membiak didalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat didalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya. Jadi kalau nak simpan ubat demam sebagai spare dirumah, beli dahulu ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dan sembuh daripada demam. Tak perlu simpan baki ubat demam didalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga tarikh sampai tarikh luputnya.

Sumber : RAHMAN BACO, Pharmacist

11 ulasan:

  1. Info yang bermanfaat kepada kita semua. Sis tak simpan ubat anak dalam peti sejuk tapi dalam bekas jauh dari Cahaya matahari.. Cukup habis tempoh sis buang. Lebih selamat, in shaa Allah.. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana yg trbaik saya share..sy pn da xsmpn ubt dlm pti..tggu 3 ari demam ank da baik terus buang..

      Padam
  2. Good tips . .rupanya tak bagus jugak simpan ubat dalam peti ais ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sis..klu nk smpn pn pastikan dpt ubt yang baru dlu..then jgn buka pastu baru boleh smpan dlm pti..😊

      Padam
  3. Good sharing, Kak Sue pun sebenarnya ada simpan ubat yang tak habis dalam peti ais. Lepas nie kena buang lah kan.. hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ahh kak..buang trus lg bgus sbb xelok ubt yg da buka smpn dlm pti..mksma 3 ari je boleh smpan..

      Padam
  4. singgah dari blog nieyl join giveaway

    BalasPadam
  5. hmmmm, is true that try do not keep medicine at fridge n have it when needed as it will not be fresh and effective anymore

    Racheal

    BalasPadam
  6. owh, i tak tahu pulak kalau simpan dalam peti sejuk tu, tak ok. Tapi selalunye, kalau boleh, nak guna ubat baru setiap kali jatuh sakit.

    BalasPadam
  7. we should have new medication when we need it... not expired medication which might be exposed to germs

    BalasPadam
  8. Hahhaha I realised last time my mom used to do that...but we stopped doing it since we usually finish the meds...

    BalasPadam