Ik

Ahad, 28 Julai 2019

Susu Kambing Karihome Kaya Dengan Nutrisi Lengkap Untuk Si Manja



Menjadi ibu kepada 4 orang anak bukan la mudah..Setiap hari rutin harian nad adalah untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Mana taknya, pagi-pagi lagi da kena siapkan kakak putri ke sekolah, sebelah petang pula kena siapkan kakak aleesya..Tinggal la si aiman dengan mama. Jaga aiman nie tidak la susah mana. Memandangkan perkembangan die semakin hari semakin baik, maka bermacam perkara yang dia nak buat. Salah satunya aktiviti membaca, mengira dan juga bermain.

Untuk memastikan pertumbuhan aiman sejajar dengan perkembangannya, nad telah pun memilih susu Karihome yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak serta menguatkan sistem imun badan. Tahukah anda kalsium amat penting dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Sebab itu, nad mengambil berat tentang pengambilan susu yang betul dan lengkap serta nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.


Susu kambing misalnya, menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. Berdasarkan apa yang nad lihat, susu kambing terbaik yang ada dipasaran adalah Susu Kambing Karihome.  Diimport dari New  Zealand, ianya telah pun dipasarkan di beberapa buah negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk mengguna susu kambing Karihome.


Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome ini adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan minda mereka.  

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak  iaitu:

Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun 

Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu  sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan  serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan Kalsium menambah berat badan tanya menyebabkan masalah obesiti.


Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik.

Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.

Jadi, nad tidak ragu-ragu untuk memberikan yang terbaik buat aiman sebab susu kambing Karihome nie mempunyai banyak khasiat nutrisi dan keperluan yang mencukupi buat aiman.

Untuk maklumat lanjut berkenaan susu kambing Karihome, boleh layari sesawang ini :

Website : Karihome
Facebook : Karihome Malaysia
Instagram : Karihome Malaysia



2 ulasan:

  1. susu kambing mmg elok untuk semua peringkat umur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue fiza, susu kmbing nie bnyak khasiat dan nutrisi yg diperlukan oleh anak2 kite

      Padam