Ik

Rabu, 31 Julai 2019

Pengalaman Menyeronokkan di SuperPark Malaysia



Hujung minggu lalu, nad dan anak-anak berkesempatan singgah ke SuperPark Malaysia yang terletak di jalan ampang. Tujuan kiteorang datang sini ofcoz la nak merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti sukan indoor.

Superpark Malaysia yang terletak di tingkat 4 dalam Avenuk K shopping mall ini berkonsepkan kegembiraan bermain dan pergerakan yang direka untuk memberi inspirasi  dan ruang kepada mereka tidak kira peringkat umur untuk kekal sihat dan aktif. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga dan sahabat handai.

Sebelum nak masuk ke dalam Superpark tue, korang wajib beli stokin jenis grip..  Stokin biasa tue tak boleh pakai ok.. Harga pun tak mahal cuma RM5 sepasang. Next time kalau korang nak datang lagi da jimat tak payah nak beli stokin lagi..


Untuk harga tiket pula, korang boleh refer jadual nie 


Terdapat 3 kawasan utama dengan lebih 25 aktiviti yang wajib korang cuba iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall..

Di Adventure Area, terdapat aktiviti seperti I Wall, Flying Fox, Tube Slide dan Pedal Car..Putri dan aleesya still xleh move on dekat Pedal Car. Sanggup tunggu dan beratur ikut giliran.. Si aiman pun sama juga apa kakak dia main dia pun nak main juga..


Pedal Car


Tube Slide



Flying Fox


I Wall

Dekat adventure area nie nad syorkan untuk kanak-kanak yang berusia 2 hingga 6 tahun sebab permainan dia xbahaya dan ibu bapa boleh teman anak bermain dekat situ.. Macam nad, memang tempat nie la aiman suka main. Lagi-lagi masukkan bola dalam lubang tue.. Kemain excited dia..





Da puas main pedal car, tube slide dan flying fox kiteorang pergi plak dekat game arena.. Antara permainan yang terdapat di Game area nie adalah Robokeeper, Baseball, Super Pinball dan Bola Keranjang. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.


Robokeeper


Baseball


Super Pinball


Dan area yang paling mencabar adalah Freestyle Hall di mana aktiviti ini sesuai untuk golongan remaja ke atas. Antara yang best dekat freestyle hall nie semestinya Skate & Scoot Word. Selain tue, untuk menguji tahap keberanian, korang boleh cuba Super Climb, Ninja Track, Platform Trampoline dan juga Skate Rink.. Sebelum memulakan aktiviti lasak ini, korang akan diberi penerangan dan tontonan video untuk mengelakan sebarang kecederaan berlaku.


Skate & Scoot Word


Climb 


Plateform Trampoline 


Jangan tak tahu, dekat SuperPark Malaysia nie pun ada Ice Skating tau.. Tapi kan ice tue bukan la ice betul, just dia ada rasa sejuk je boleh la nak fefeling macam men ice skating betul-betul


Ice skating


Aiman kena tunggu mama dan kakak sebab dia tak cukup tinggi 😂


Overall Superpark Malaysia is the best places untuk korang pergi.. Selain aktiviti indoor, kat sini juga ada kemudahan untuk menyimpan barang. Jadi tak perlu risau nak simpan barang dekat mana. Sistem locker untuk simpan barang nie pun menarik just gunakan gelang yang ada pada tangan, scan dan pintu locker akan terbuka..


Kemudahan menyimpan barang



Bagi korang yang nak datang ke Superpark Malaysia nie, nad cadangkan korang datang awal. Sebabnye kalau datang awal tak ramai orang sangat. Bila dah masuk tengahari boleh tahan ramai yang datang sini.

Superpark Malaysia sekarang nie ada jualan Super 4 Promo hanya RM150 sehingga 9 August ini. So cepat-cepat dapatkan tiket dan layari laman web ini.


Address 

Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

Operation Day

Monday – Friday, 10am – 9pm
Sat, Sun, Public and School Holidays, 9am – 9pm




9 ulasan:

  1. Best sangat..dtg la sni bawak fmly..

    BalasPadam
  2. seronoknyaa bawa budak budak saat holiday kesini, mereka senang sangat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kite yg besar nie pn seronok dapat main sama2 ngn anak

      Padam
  3. Bawak anak2 ni mesti dia orang suka ni. Hehehe. Tak delah jauh mana dari umah ruby.

    Bayaran untuk weekday murah sikit berbanding weekenda dan public ya

    Done follow #244

    BalasPadam
  4. menarik ni, nadia.
    sekali masuk, semua boleh main. mcm one stop centre.
    boleh la aida plan utk gi ni bila cuti skola.
    anak anak2 buah.

    BalasPadam
  5. Wahhh, best tempat ni. Bawa anak2 mesti semua suka.

    BalasPadam
  6. Menarik ni. Dewasa pun boleh main ye?

    BalasPadam
  7. saya nak tanya sempat ka bermain di superpark selama 2 jam

    BalasPadam