Ik

Selasa, 27 Ogos 2019

Miliki Kulit Anjal, Cerah Dan Gebu Dengan Colla W. Diamond

Ogos 27, 2019 44 Comments


Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.. Namun, adakah anda benar-benar yakin bahawa dengan pemakaian produk kosmetik sahaja dapat mencantikan kulit wajah anda? Untuk Memiliki kulit yang anjal, cerah dan gebu tidak semestinya hanya dengan pemakaian produk kosmetik sahaja, malah pengambilan supplement tambahan juga penting dalam menyeimbangi kulit untuk kelihatan lebih cantik, sihat dan menawan.


Nad nak share dengan korang 1 produk minuman yang berasaskan botani iaitu Bioxcellent Colla W. Diamond. Minuman campuran botani ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan garis-garis halus yang mana nak cantik, anjal, sihat dan gebu baik amalkan minuman nie.. Kesannya dapat dilihat seawal 7 hari



Bioxcellent Colla W. Diamond mengandungi :


  • Bahan campuran beri (diperkaya dengan antioksidan)
  • Vitamin
  • Anthaxantin
  • Grape seed extract
  • Tomato
  • Apple
  • Pomegrate
  • Rasberry
  • Acacia gum
  • Kologen


Antara kelebihan Bioxcellent Colla W. Diamond :

  • Memperbaiki struktur kulit
  • Menjadikan kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap
  • Mengurangkan garisan halus dan kedutan
  • Mengaktifkan sintesis penghasilan kologen pada tubuh
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam
  • Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
  • Mencantikkan kuku lebih kuat dan mengatasi masalah keguguran rambut
  • Meningkatkan penghasilan SUSU IBU 
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan berumur 16 tahun ke atas
  • Mengatasi masalah lenguh badan
  • Ramuan premium membekalkan zat penting untuk kulit

Cara pengambilan Bioxcellent Colla W. Diamond :

Campurkan 1 scoop (20gram) ke dalam 200ml /250 ml air suam. Kacau / goncang sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan. Seeloknya diambil sebelum tidur untuk penyerapan yang lebih optimum. Pastikan korang minum lebih air masak sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. Berat bagi sebotol Colla W. Diamond adalah 700 gram dan mampu bertahan selama 30 hari yang mana pengambilannya sehari sekali.


Jom tengok video cara nad bancuh Colla W Diamond





Pasti ramai yang nak tahu produk nie selamat digunakan atau tidak? Jawapannya, ya.. Colla W. Diamond SELAMAT digunakan kerana produk 100% menggunakan bahan botani, halal dan telah diiktiraf sebagai jenama SUPER HEALTH BRAND serta mendapat kelulusan 100% dari Kementerian Kesihatan Malaysia. So korang tak perlu risau akan pengambilannya dan tiada kesan sampingan.


AMARAN :

Bagi pengguna yang mempunyai alahan kepada makanan laut dan resdung adalah tidak digalakkan untuk mengambil Bioxcellent Colla W. Diamond.

Untuk ibu menyusu, sedang mengambil ubat, hamil atau kemungkinan hamil, sila rujuk atau dapatkan khidmat nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.




Bagi yang nak dapatkan Colla W. Diamond nie, korang boleh dapatkan hanya di WATSONS sahaja dengan harga RM66.00 sebotol. Untuk maklumat lanjut berkenaan Bioxcellent nie, korang boleh terjah sesawang ini :

Website : BioXcellent.com

Facebook : Colla W. Diamond

Instagram : bioxcellent




Jumaat, 23 Ogos 2019

Swim Rush Academy Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita Muslimah

Ogos 23, 2019 18 Comments


Haii korang..adakah anak anda suka bermain air tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk berenang dengan betul? Atau anda masih tercari-cari kelas renang yang mudah dan cepat serta bayaran yang dikenakan berpatutan? Kalau ada, jom nad nak kongsikan dengan korang semua mengenai satu kelas renang yang amat mudah, cepat dan senang iaitu Swim Rush Academy.


Swim Rush Academy menawarkan perkhidmatan kelas renang untuk kanak-kanak seawal usia 5 tahun, orang dewasa wanita dan orang dewasa lelaki. Kepakaran mereka adalah mengajar anda yang mana anda tidak pandai berenang sampai pandai berenang dalam jangka masa yang singkat.



Antara kemahiran yang diajar di Swim Rush Academy:

✔️Breaststroke
✔️Freestyle
✔️Backstroke
✔️Butterfly
✔️Water Confident
✔️Water Survival Skills


5 sebab mengapa nad syorkan anda patut belajar berenang disini :
  • Diajar oleh coach yang berpengalaman selama 8 tahun
  • Memiliki coach khas untuk lelaki dan perempuan
  • Cara mengajar yang mudah dan berkesan
  • Percuma swimming Cap 
  • Sijil penyertaan setelah tamat latihan
Jadual waktu dan tempat untuk setiap kategori di Swim Rush Academy :

Sila pastikan korang tengok dan lihat betul-betul jadual diatas sebab tak semua cawangan Swim Rush Academy nie mempunyai waktu yang sama bagi setiap kategori dan tempat juga adalah berbeza.

Terdapat 4 cawangan Swim Rush Academy yang boleh korang terjah :

🏊🏻‍♀️Batu Caves : Kompleks Renang Seri Siantan 
- Available Kids, Ladies and Men Swimming Class

🏊🏻‍♀️Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya
- Private Pool - Kids Swimming Class

🏊🏻‍♀️Cheras : Komples Sukan Desa Tasik
- available for Ladies and Kids Swimming Class

🏊🏻‍♀️Shah Alam Seksyen 14
- Private Pool; only Ladies Swimming Class


Bagi mereka yang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk belajar pada hari biasa, jangan risau Swim Rush Academy menawarkan kelas belajar renang pada waktu malam dan juga hujung mingggu. 

Kalau anda seorang yang segan dan pemalu tapi nak juga belajar berenang secara personal pun boleh iaitu Home To Home Basis dengan cara anda hanya perlu membuat temujanji dan coach akan datang ke rumah untuk ajar anda sehingga mahir tanpa dikenakan sebarang caj pengangkutan.. 

Menarik sangat kan. Tapi pastikan yang rumah korang tue ade kolam renang.. Kalau tak macam mna nak belajar renang dikk non oii..

Unuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran, yuran dan segala informasi terkini tentang Swim Rush Academy, sila layari sesawang ini :

Facebook : Swim Rush
Instagram :  swim.rush






Selasa, 20 Ogos 2019

Miliki Kediaman Mewah Dan Eklusif di Elegan Residensi@Taman Putra Perdana

Ogos 20, 2019 40 Comments




Memiliki kediaman yang mewah dan eklusif merupakan impian setiap orang. Untuk memenuhi impian tersebut, pihak pemaju iaitu Tema Warisan Sdn Bhd (Gadang Holdings Group) telah pun merealisasikan impian tersebut menjadi kenyataan dengan membina sebanyak 404 unit rumah 1 1/2 Storey TownHouse  yang terletak di Elegan Residensi@Taman Putra Perdana dan dilengkapi dengan persekitaran semulajadi yang sangat menarik.


Kediaman ini punyai susun atur yang luas, ruang yang lebih praktikal dan selesa. Dibina dengan 4 jenis type iaitu :

Type A : Intermediate Unit
Type B : End Lot Unit
Type C1 : Corner Unit
Type C2 : Corner Unit




Untuk mereka yang tinggal di utara dan selatan tidak perlu risau untuk membeli rumah disini kerana ianya mempunyai jalan masuk peribadi yang dibina khas untuk kehidupan yang lebih baik.


Terletak di lokasi yang strategik, ia memudahkan pertukaran laluan berbentuk semanggi di selatan kawasan enclave yang mana menghubungkan Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan KLIA melalui rangkaian lebuhraya utama :

SKVE
MEX
LDP
KESAS

5km Cyberjaya
⬇️
14km Bandar Puchong Jaya
⬇️
19km Putrajaya
⬇️
20km Bandar Sumway/Subang Jaya
⬇️
22km IOI Resort City
⬇️
32km KLIA/KLIA2

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, sekolah, shopping mall, outdoor facilities, nad yakin kediaman ini mampu dimiliki oleh semua orang. Apatah lagi dekat sini ada tasek yang cantik.
















Bagi mereka yang ingin memiliki kediaman yang selesa dan mewah ini, apa kata anda datang dan lihat sendiri show unit ready for viewing di Elegan Residensi@Taman Putra Perdana pada 24 dan 25 August 2019 bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pelbagai acara dan aktiviti menarik disediakan untuk anda. So datang beramai-ramai ok..


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Elegan Residensi@Taman Putra Perdana boleh layari sesawang ini :

Website : Elegan Residensi@Taman Putra Perdana
Contact : 013-3970855
Office : 03-80665533

#eleganresidensi
#pestameriahceria
#affordablehouse
#durianparty
#temawarisan
#townhouse
#putraperdanahouse


Isnin, 19 Ogos 2019

Terokai Hidupan Laut Di The Shore Oceanarium, Melaka

Ogos 19, 2019 37 Comments

Sudahkah anda merancang destinasi percutian bersama keluarga untuk cuti sekolah nie? Jika belum, meh nad nak kongsikan tempat menarik di Melaka yang wajib korang singgah iaitu The Shore Oceanarium, Melaka

Terletak di tingkat 2, The Shore Ocenarium Melaka nie merupakan salah satu tarikan terbaru selain A Famosa. Disini, kite didedahkan tentang habitat hidupan laut sambil mengenali dengan lebih dekat lagi spesis haiwan berbisa seperti ular, kala jengking dan tarantula disamping mengenali nama saintifiknya.

Untuk masuk ke sini, nad cadangkan korang datang awal sebab senang nak bergambar tanpa sebarang gangguan.. Harga tiket pula tak adalah mahal sangat berbaloi la jika korang yang nak datang sini untuk bercuti sambil belajar. 


Jom ikut dan lihat aktiviti apa yang nad buat sepanjang berada disini. Bila korang dah masuk nanti, sebelah kiri korang akan jumpa dengan 5 atau 6 jenis kolam yang mana dalam kolam tue terdapat pelbagai jenis hidupan laut seperti tapak sulaiman, ikan pari, umang-umang, dan belangkas.. Hidupan laut kat kolam nie semua boleh disentuh.. Korang jangan bimbang sebab hidupan laut nie tak ada bisa pun.. Sepanjang hidup nad, nie baru pertama kali nad pegang, sentuh dan rasa sendiri hidupan laut nie. I is terujaa sangat !!






Kemudian nad terus ke section pameran. Sebenarnya banyak pameran menarik disini antaranya River Terapin, Life Cycle Frog, Seashells Muzium, Shark Quest, Rainforest, Dangerous Marine Species, Ocean life, Mangrove, Living Fossil dan lain-lain. 








Kat sini banyak info-info bermanfaat dan berguna yang boleh kita kongsi bersama.. Kalau bawak anak-anak nie, pastinya diorang yang akan lebih teruja nak tengok hidupan laut nie.





Kemudian kat sini ada tontonan 3D. Tempat nie terbuka dan siapa-siapa je boleh masuk tengok.. Masa nie nad nak tengok tapi ramai sangat orang so terpaksa jalan-jalan dulu then baru tengok.. Its ok la.. 

Destinasi terakhir sebelum nak keluar, korang akan berjumpa dengan sebuah perkampungan iaitu perkampungan penyu.. Tapi masa nad datang tue penyu nya tak ada.. Just ada ikan-ikan je.. Dekat sini korang berpeluang bagi ikan-ikan nie makan.




Sebelum nak tinggalkan tempat nie, nad sarankan korang untuk singgah ke kedai cenderahati yang terdapat kat dalam tue.. Terdapat banyak pilihan seperti key chain, patung, bantal, pen, fridge magnet  untuk korang beli. Rambang mata weii.. Rasa nak beli je semua tue.. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau pun dibuat kenang-kenangan ketika bercuti disini.





Untuk korang yang bercadang atau ingin bercuti ke Melaka, nad syorkan korang patut singgah The Shore Ocenarium Melaka sebab tempat nie memang sesuai untuk anak-anak disamping bercuti kita juga dapat belajar dan mengenali hidupan laut dengan lebih dekat lagi..

Maklumat berkaitan promosi dan harga tiket, korang boleh layari sesawang ini :


Lokasi :

The Shore Ocenarium Melaka
Lot 2F-01 Level 2, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran@Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

Waktu  Operasi 

Setiap Hari
10.30 Pagi - 9.00 Malam