Ik

Ahad, 31 Mei 2020

Egg-Stra Padu Salted Egg Meal Hidangan Terbaru Marrybrown


Hai korang.. Rindu nak makan dekat Marrybrown?? Haa..inilah masa yang tepat untuk korang terjah Marrybrown! Sebab apa?? Marrybrown kini kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang didatangkan dalam dua pilihan iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu!

Pastinya memang saat ini lah yang nad tunggu-tunggu sebab nad pun salah seorang penggemar salted egg.. Bila Marrybrown dah keluarkan menu baru nie, tanpa berlengah, nad pun terjah je Marrybrown dekat Sungai Choh tue.. Nasib baik dekat.. 


“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan!” tambah Dato’ Joshua.



Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari atau Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini didatangkan dengan limpahan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.


Boleh didapati pada harga dari RM15.00, kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.



“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.



Bagi nad, kedua dua menu nie nad dah cuba, dan paling nad suka Salted Egg Burger.. Memang padu beb sos salted egg dia.. Kena dengan tekak nad. Untuk ayam tue ok la sedap juga.. Nak kena repeat lagi sebab try aritu pun tak cukup.. Maklum la anak ramai.. Korang pun harus cuba menu terbaru dari Marrybrown nie..
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my





3 ulasan:

  1. Nmpk sedap ayamnya..tpi tu la marry brown coleslow die kurang pada tekak saya

    BalasPadam
  2. suka burger dia
    dua kali dah repeat

    BalasPadam
  3. I have benefited a lot from visiting your site. Nice content and asome theme. Thank you Love you so much

    BalasPadam