Ik

Isnin, 30 Ogos 2021

D'menc "Teman Suri Rumah Saya" Memudahkan Kerja Mengemas Rumah


Hai semua.. Hari ini nad nak review satu produk penjagaan rumah iaitu D'menc Fabric Freshener yang juga 'Teman Suri Rumah' nad yang mudah digunakan dan boleh mewangikan satu rumah hanya dengan spray sahaja. Korang pernah dengar tak produk keluaran dari Afy Haniff nie? Actually nad pun baru je tahu tentang produk nie. Rupanya produk nie da lama berada dipasaran. 


Pengasas utama produk Afy  Haniff, iaitu Tuan Haji Yunus bin M Haniff bersama anak beliau Amirul  Firdaus dan Amirul Ariff, mereka telah berjaya mencipta produk pengahalau serangga terbaik dengan menggunakan bahan asas semulajadi, halal  serta menjimatkan. 


Dengan keluaran produk pertamanya Penghalau Serangga Serai Wangi, kini Afy Haniff telah berjaya menghasilkan lebih dari 42 jenis produk dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan produk mereka turut dikenali sehingga ke luar negara seperti Brunei, Singapore dan Thailand. 

Bukan mudah produk keluaran bumiputera ini nak tembus sampai ke luar negara. Terdapat banyak  cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh mereka dan ini tidak membuatkan mereka patah semangat untuk terus berjaya mencipta nama sehingga ke luar negara.

Antara produk keluaran Afy Haniff adalah :


Swipel : Pencuci dan Penghalau Serangga


Plash : Sabun Pencuci Tangan


40 Days : Sabun Pencuci Pinggan


D'menc : Penyegar Fabrik

Pengalaman Menggunakan D'menc Fabric Freshener

Mengemas rumah adalah rutin harian yang selalu nad buat tak kira la sebelum pergi kerja atau pun selepas balik kerja. Nak-nak lagi bila sofa, langsir dan karpet nie da mula berbau. Mujur ada D'menc Fabrik Freshener.. Nad cuma spray sahaja ditempat yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan lalu biarkan ia selama beberapa minit. Kesannya hampir 1 rumah la berbau harum dan keharuman baunya mampu bertahan selama 4 jam. 




D'menc Fabrik Freshener dengsn Maladour Counteractant Technology ini meresap jauh ke dalam fabrik dan menghapuskan bau yang kurang menyenangkan. Ia juga menghapuskan 99.9% bakteria penyebab bau busuk dan menggantikan haruman yang lebih menyegarkan.


Kerja rumah nad kini lebih mudah dengan D'menc Fabrik Freshener spray-spray je da hilang bau hapak dan sekaligus mewangikan satu rumah nad. Bagi mereka yang nak cub produk keluaran Afy Haniff nie, korang boleh dapatkan dengan segera secara atas talian di http://www.afyhaniff.com/ dan jangan lupa masukkan kod istimewa ini untuk mendapatkan harga diskaun AFYxNadia5 dan tempoh ini sah dari 1 Julai 2021 sehingga 1 September 2021. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan