KEK MARBLE PELANGI SEDAP

10/30/2016 09:56:00 PG

Resepi ini I kongsikan berdasarkan pengalaman sahaja dan jom layan resepi dibawah:


Bahan-Bahan

  • 2 sudu makan susu cair 
  • 6 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking soda (campur sebati dan ayak)
  • 2 cawan gula halus (KURANGKAN BAGI YANG XSUKA MANIS)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan margerin (XDE MARGERIN I GUNA BUTTER)
  • pewarna ikut selera

Cara Buat Kek Marble Pelangi

#1: Siapkan bekas kemudian masukan gula dan margerin, gunakan pemutar elektrik dan putar sehingga kembang atau boleh juga gunakan tangan. it's OK

#2: Masukan telur ke bekas lain dan basuh telur tersebut. Selepas tu masukan telur sebiji-sebiji kemudian putar sehingga sebati.

#3: Sementara itu lengserkan acuan 9 inchi dengan sedikit tepung dan margerin dan pastikan rata ke seluruh bahagian acuan. Boleh gunakan acuan bulat atau empat segi tetapi, belang akan nampak lebih cantik bila gunakan acuan bulat.

#4: Kemudian masukan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan gaul sebati. Kemudian masukan juga esen vanila dan susu cair, gaul sebati.

#5: Dan bila adunan dah siap adunan tadi di bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian ditambah pewarna dan 1 bahagian tak ditambah pewarna pun tak ape.

#6: Setelah semua bahagian diwarnakan kemudian belang-belangkan adunan mengikut warna. Ambil sebanyak 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan dan ulangi langkah tersebut sampai adunan habis.

#7: Bila mewarna dah selesai, barulah dibakar sampai masak. Bakar pada suhu 165 darjah celsius selama lebih kurang 50 minit.

Bila gunakan mesin, jangan berhentikan semasa sedang mengadun dan jika menggunakan tangan harus pukul lama sedikit sebab adunan mesti rata dan kembang. Demikianlah resepi kek marble pelangi muudah yang I kongsikan dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

You Might Also Like

0 ulasan

Like Page on Facebook