Ik

Khamis, 8 November 2018

Review Filem Operasi X Yang Wajib Korang Tonton

Assalamualaikum dan hai semua..
Ingat lagi tak, hari tue nad ade kongsikan trailer filem aksi terbaru terbitan Dream Pictures Production iaitu Operasi X..Kebetulan hari nie nad off so nad pun pergi la tengok wayang nie dengan encik suami tersayang dah alang-alang dia pun cuti jugak ari nie..So nad nak review sikit pasal filem nie..


Okey first apa yang boleh nad ceritakan dari segi pengalaman nad sendiri la kan, filem nie bermula dari tempat rahsia penyeludupan dadah..Lokasi tersebut telah diserbu pihak berkuasa PDRM dan telah berlaku kejadian tembak menembak antara pihak PDRM dan kuncu-kuncu Mat Bong..Pengakhiran serbuan telah menyebabkan kematian Mat Bong dan kuncu-kuncunya serta seorang anggota polis iaitu Inspektor Aman rakan baik kepada ASP Redzuan..Kematian Mat Bong telah dimaklumkan orang kanan Belut dan ini membuatkan Belut ingin mencari siapa pembunuh sebenar Mat Bong..
Watak Belut yang dibawa oleh Dato Awie dengan panggilan "King of Smugglers" sememangnya tidak dapat dinafikan lagi lakonan beliau..Dari rupa dan gayanya yang ganas di luar tapi dalamannya Belut nie seorang yang hati tisu..haha..Nad tak sangka dalam banyak-banyak gengster, ada juga gengster yang hatinya lembut..Banyak aksi kelakar yang membuatkan nad tak berhenti gelak..Belut juga seorang yang mementingkan kekeluargaan dan dalam pada masa yang sama Belut telah dikhianati oleh orang kanannya..
Berbalik pula pada watak utama dalam filem Operasi X nie, Asp Redzuan lakonan Dato Aaron Aziz pulak, dia nie seorang anggota polis yang tegas, bertanggungjawab dan seorang yang pemalu..Dia telah membawa diri ke sebuah pulau dengan harapan untuk tenang kan fikiran dan ingin melupakan tragedi yang telah meragut nyawa kawan baiknya itu akan tetapi beliau telah menerima 1 tugasan paling penting iaitu Operasi X.Dalam masa yang sama juga dia jatuh cinta pada Cikgu Ayu..Adakah Operasi x ini akan berjaya dan macam mana pula kisah cintanya dengan Cikgu Ayu??Jeng..jeng..jeng..
Dan part paling kemuncak dalam filem Operasi X ini ialah apabila Belut mengetahui yang adiknya Mat Bong mati bukan akibat ditembak oleh polis sebaliknya dibunuh oleh pembunuh upahan yang telah diupah oleh orang kanannya yang ingin merampas takhta dan membolot empayar yang telah diusahakan oleh Belut..Bab nie korang boleh tahu la siapa kawan dan siapa lawan..Siapa yang hidup dan siapa yang mati..


Secara keseluruhannya filem Operasi X ini sangat bagus dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.Terdapat banyak persoalan dalam filem ini antaranya siapakah pembunuh sebenar Mat Bong?Siapakah dalang disebalik kejadian ini?Selain persoalan, terdapat juga pengajaran yang boleh kita ambil dari filem ini iaitu kita jangan lah mudah percaya pada seseorang walaupun kita dah kenal lama tapi bila kuasa dan wang telah mengaburi mata dan hati kita sanggup membunuh dan mengkhianati kawan sendiri..


Tak lupa juga pada Hairul Azreen sebagai Pablo, Gbob sebagai Janggut,  Hefny Sahad sebagai Ali Mat dan Nashra sebagai Nash lakonan korang memang mantap beb dan terdapat pelbagai aksi menarik yang perlu korang tengok..To Lady Lion, kisah ending dia tragis sangat..huhuu tak sanggup lagi aku mengenang kisah lalu..

Ok lah, tak nak membebel lagi rasanya sampai sini sahaja review dari nad untuk filem Operasi X ini..Masih sempat lagi pada korang belum tengok filem nie..Cepat-cepat tengok kat pawagam okey..
And lastly  to all member team Operasi X yang terlibat, exspecially to Pengarah Sandosh Kesavan, syabas dan tahniah diucapkan diatas kejayaan anda dalam menghasilkan filem aksi melayu yang bermutu dan semoga filem Operasi X ini meletop di pawagam..

6 ulasan:

  1. Waaa... Mmg best cerita ni Kan x rugi tgk kt pawagam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xrugi pn mamapp sebab ade pelakon peberet kite..hihi

      Padam
  2. Saya suka sgt filem ni! Banyak sgt elemen menarik kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bnyk elemen menarik dan pnuh ngn sense of humor xhenti gelak 😁

      Padam
  3. Macam best je cerita ni. Hero pun otai-otai belaka...

    BalasPadam
  4. Xdapat nak tengok.. wayang dekat Kelantan xda hehe

    BalasPadam