Ik

Ahad, 24 November 2019

Bengkel Keibubapaan "Millennial's Guide To Parenthood" di Sunway Medical Centre


Nak jadi ibu bapa yang sempurna nie bukan lah mudah.. Siapa je yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak sendiri kan. Dengan ilmu yang belum penuh didada, nad berkesempatan untuk menghadiri 1 bengkel keibubapaan di Sunway Medical Centre dengan topik yang sangat menarik tau. Pada korang yang tak dapat join bengkel tue, meh sini nad share serba sedikit ilmu yang nad dapat sepanjang bengkel berlangsung.


Bengkel yang dianjurkan kolaborasi bersama cat terkenal Nippon Paint dan Sunway Medical Centre nie sedikit sebanyak telah memberi ilmu yang sangat berguna exspecially untuk ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Jom tengok topik apa yang dibincangkan.

1. 5 Jenis Penyakit Yang Sering Dihidapi Anak

Untuk slot yang pertama nie kita akan mengenali 5 jenis penyakit yang sering dihidapi oleh anak-anak iaitu :
  • Selsema 
  • Influenza
  • HFMD
  • Cirit birit 
  • Demam Denggi


Jangan tak tau ye ibu bapa diluar sana, kebanyakkan penyakit nie datangnya dari persekitaran kita yang kurang bersih. Macam penyakit HFMD nie, siapa sangka hanya memegang dinding sahaja, anak mudah mendapat jangkitan kuman. Pernah tak kita terfikir yang dinding rumah kita nie sebenarnya ada bakteria yang kita sendiri tak boleh nampak dengan mata kasar. Kebanyakkan anak dibawah umur 5 tahun paling terdedah kepada penyakit HFMD, Influenza dan Rotavirus. So jalan penyelesaiannya, melabur la sedikit duit untuk bertukar ke cat dinding Nippon paint sebab cat nie banyak keistimewaannya yang penting kesihatan anak terjamin..


2. Cara Mengatasi Masalah Anak Pilih Makanan 



Untuk slot kedua plak, nie yang paling best sebab rata-rata ibu bapa selalu mengalami masalah yang sama iaitu masalah anak pilih makanan atau lebih dikenali sebagai picky eater. Sebenarnya bukan anak yang memilih makanan tau, tapi sebenarnya kita yang mainkan peranan besar dalam menangani masalah ini. Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya memberi pendedahan awal  dengan cara memperkenalkan makanan yang sesuai mengikut peringkat umur anak-anak dan mempelbagaikan pilihan makanan. So anak tak adalah jemu asyik makan benda yang sama kan.


Ada juga sesetengah mereka yang sering kali mengaitkan hal anak pilih makan nie disebabkan tabiat ibu bapa yang picky eater. Common la gaiss, ini semua tidak ada kaitan langsung.  Ini semua bermula apabila kita sendiri yang introduce makanan tue pada anak-anak. Ingat tue..

3. Kepentingan Udara Bersih Dalam Rumah


Untuk slot yang ketiga, yang nie pun menarik juga iaitu kepentingan udara bersih dalam rumah. Pernah tak korang terfikir yang udara dalam rumah kita nie tercemar atau tak?Selama nie, kita ingatkan udara dalam rumah la paling yang selamat dan bersih tapi selepas apa yang telah diterangkan oleh  Dato Rajbans Singh baru nad tau yang udara dalam rumah kita nie adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar berbanding luar rumah. Mau tak terkejut.. Patut la anak-anak senang dapat penyakit. Solusinya, kita perlu memastikan persekitaran rumah dalam keadaan bersih terutamanya ruang tamu, bilik air dan dapur.





4. Cara Meningkatkan Potensi Anak-Anak


Dan untuk slot yang terakhir nie, cara meningkatkan potensi anak-anak. Menurut Miss Sam Jeng Mun iaitu seorang Cinical Psychologist, terdapat empat jenis kategori ibu bapa yang akan mencerminkan anak-anak kita antaranya ibu bapa dalam kategori panda, harimau, dolphin dan juga jellyfish. Haa.. Sebelum nak tau anda kategori  ibu bapa yang mana, kena la buat assesment dulu baru dapat tahu anda kategori apa..





Walau apa pun kategori kita, cuba lah jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita. Nad sendiri akui, nad pun bukan lah ibu bapa yang sempurna masih banyak lagi yang perlu nad belajar dan terima kasih kepada Nippon Paint dan Sunway Medical Centre atas penganjuran bengkel "Milennial's Guide To Parenthood" sebab da bagi ilmu yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama. Next time kalau ada lagi, boleh la korang join.. 

1 ulasan:

  1. singgah isnin pagi
    hari ini bz sangat x dan nak blogwalking

    BalasPadam