Sudahkah anda merancang destinasi percutian bersama keluarga untuk cuti sekolah nie? Jika belum, meh nad nak kongsikan tempat menarik di Melaka yang wajib korang singgah iaitu The Shore Oceanarium, Melaka
Terletak di tingkat 2, The Shore Ocenarium Melaka nie merupakan salah satu tarikan terbaru selain A Famosa. Disini, kite didedahkan tentang habitat hidupan laut sambil mengenali dengan lebih dekat lagi spesis haiwan berbisa seperti ular, kala jengking dan tarantula disamping mengenali nama saintifiknya.
Untuk masuk ke sini, nad cadangkan korang datang awal sebab senang nak bergambar tanpa sebarang gangguan.. Harga tiket pula tak adalah mahal sangat berbaloi la jika korang yang nak datang sini untuk bercuti sambil belajar.
Jom ikut dan lihat aktiviti apa yang nad buat sepanjang berada disini. Bila korang dah masuk nanti, sebelah kiri korang akan jumpa dengan 5 atau 6 jenis kolam yang mana dalam kolam tue terdapat pelbagai jenis hidupan laut seperti tapak sulaiman, ikan pari, umang-umang, dan belangkas.. Hidupan laut kat kolam nie semua boleh disentuh.. Korang jangan bimbang sebab hidupan laut nie tak ada bisa pun.. Sepanjang hidup nad, nie baru pertama kali nad pegang, sentuh dan rasa sendiri hidupan laut nie. I is terujaa sangat !!
Kemudian nad terus ke section pameran. Sebenarnya banyak pameran menarik disini antaranya River Terapin, Life Cycle Frog, Seashells Muzium, Shark Quest, Rainforest, Dangerous Marine Species, Ocean life, Mangrove, Living Fossil dan lain-lain.
Kat sini banyak info-info bermanfaat dan berguna yang boleh kita kongsi bersama.. Kalau bawak anak-anak nie, pastinya diorang yang akan lebih teruja nak tengok hidupan laut nie.
Kemudian kat sini ada tontonan 3D. Tempat nie terbuka dan siapa-siapa je boleh masuk tengok.. Masa nie nad nak tengok tapi ramai sangat orang so terpaksa jalan-jalan dulu then baru tengok.. Its ok la..
Destinasi terakhir sebelum nak keluar, korang akan berjumpa dengan sebuah perkampungan iaitu perkampungan penyu.. Tapi masa nad datang tue penyu nya tak ada.. Just ada ikan-ikan je.. Dekat sini korang berpeluang bagi ikan-ikan nie makan.
Sebelum nak tinggalkan tempat nie, nad sarankan korang untuk singgah ke kedai cenderahati yang terdapat kat dalam tue.. Terdapat banyak pilihan seperti key chain, patung, bantal, pen, fridge magnet untuk korang beli. Rambang mata weii.. Rasa nak beli je semua tue.. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau pun dibuat kenang-kenangan ketika bercuti disini.
Untuk korang yang bercadang atau ingin bercuti ke Melaka, nad syorkan korang patut singgah The Shore Ocenarium Melaka sebab tempat nie memang sesuai untuk anak-anak disamping bercuti kita juga dapat belajar dan mengenali hidupan laut dengan lebih dekat lagi..
Maklumat berkaitan promosi dan harga tiket, korang boleh layari sesawang ini :
Website : The Shore Oceanarium Melaka
Facebook : The Shore Ocenarium Melaka
Lokasi :
The Shore Ocenarium Melaka
Lot 2F-01 Level 2, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran@Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Waktu Operasi
Setiap Hari
10.30 Pagi - 9.00 Malam



























































