Ik
Rabu, 29 Jun 2022
Selasa, 14 Jun 2022
Selasa, 3 Mei 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia aimanziyad.blogspot.my. Apa khabar semuanya?Semoga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam redha dan rahmat allah. Pejam celik pejam celik kita dah pun nak menghampiri ke akhir ramadhan. Pastinya ramai dikalangan kita yang sedang mempersiapkan diri dengan mencari baju raya, ketupat, lemang, langsir raya dan tak lupa juga aksesori raya. Bagi yang nak balik kampung, korang dah checklist ke senarai apa yang nak bawak balik tue? Especially bagi wanita berhijab yang mengalami masalah rambut rosak atau gugur. Jom nad kongsi serba sedikit tentang syampu penjagaan rambut bagi wanita berhijab menjelang raya.
Rambut adalah mahkota wanita yang paling berharga dan perlu dijaga agar sentiasa nampak bersinar, sihat dan kuat. Bagi wanita berhijab yang mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, kering, rosak, kelemumur dan tidak terurus, mereka perlu menanganinya dengan segera agar tidak menjadi lebih teruk.
Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat factor cuaca yang panas & lembap. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala & rambut seperti kelemumur, rambut gugur & kulit kepala berbau & gatal mudah berlaku kepada yang berhijab. Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap.
Safi Shayla kini telah upgrade & diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bacteria baik, bagi mengembalikan semula/ mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat & lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala & rambut.
Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM!!! walaupun berhijab sepanjang hari!
Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala & rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.
Terdapat 5 variasi Syampu Safi Shayla yang sering menjadi pilihan bagi wanita berhijab :
✨ Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin.
✨Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut & membaiki rambut yang rapuh.
✨ Syampu Licin Terurus melembut & melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin, lembut & senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut!
✨ Syampu Segar Bermaya rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar & bermaya.
✨ Syampu Itch Kontrol hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega & selesa.
Semoga perkongsian nad dapat membantu menyelesaikan masalah rambut bagi wanita berhijab menjelang raya nanti. Rambut sihat, hati pun senang.
Kesemua variasi Safi Shayla korang boleh dapatkan sekarang di mana-mana stor berdekatan seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee https://shopee.com.my/shop/35308287/search/?page=0&shopCollection=129008045
Khamis, 21 April 2022
Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit/Royal Bird Nest-Tingkatkan Aura Wajah Secara Semulajadi Dengan Formulasi Dari Korea
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog aimanziyad.blogspot.my. Bertemu kita sekali lagi dan kali ini nad nak review tentang produk Kitsui yang terbaru iaitu Kitsui Glow Sakura. Korang ada tak masalah kulit hitam di celah peha, leher dan ketiak atau kulit kering dibahagian muka dan tapak kaki, kulit eczema, kulit sensitif dan rambut gugur?Mesti ada kan, tapi malu nak cakap.. Haa.. kalau ada, nad nak korang try sendiri produk Kitsui Glow Sakura nie..Insyallah masalah korang akan hilang dengan pengambilan Kitsui Glow Sakura nie.
Kitsui Glow Sakura merupakan minuman kesihatan kecantikan untuk mereka yang mengalami masalah hitam di celah peha, ketiak dan leher. Kulit kering dan kusam juga boleh amalkan Kitsui Glow Sakura nie. Kesan seawal 7 hari dah boleh lihat perbezaannya..Sejak nad amalkan minuman Kitsui Glow Sakura nie, kulit nad nampak cerah terutama dibahagian ketiak dan leher.. Kulit muka pun da lembab dan tak kering lagi. Dengan mengamalkan produk ini secara konsisten akan menambahkan glow pada wajah yang dijamin pencerah kulit yang selamat dan berkesan.
Produk Kitsui Glow Sakura diformulasi dari Korea dan menggunakan bahan semulajadi seperti ginseng korea, delima, ekstrak sakura dan sarang burung walit. Sarang Burung Walit amat kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis (EGF).
Sarang burung didapati mengandungi
Epidermal Growth Factor (EGF) yang membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan
sel. EGF turut mampu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam kulit, yang
bertanggungjawab memastikan kulit sentiasa kelihatan berseri. Wanita yang kerap
mengambil sarang burung telah menunjukkan hasil kulit yang jauh kelihatan lebih
lembut dan lebih sihat.
Produk kitsui telah mendapat pelbagai pengiktirafan
termasuk dalam negeri dan luar negara. Pernah mendapat anugerah Asia Halal
Brand Awards dan pengiktirafan kilang bertaraf GMP oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia kerana menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan
kepada manusia.
Selasa, 5 April 2022
Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar-Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya
Bazaar Ramadhan Rasa
Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar
Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya
Kuala Lumpur, April 4, 2022 - Jati, Jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar, bersama ecoBrown's, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw dengan bangganya memperkenalkan Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri dengan lebih 80 gerai yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang trending dan viral!
Acara yang julung kali dianjurkan di Malaysia Grand Bazaar di Pusat Bandar Bukit Bintang ini akan berlangsung dari 9 April hingga 24 April 2022 dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia.
Bazaar yang berkonsep unik ini menghimpunkan usahawan Malaysia yang menawarkan produk tempatan dengan sentuhan moden yang jelas. Dihias indah dengan pemasangan hasil seni retro dan lampu berkilauan, setiap sudut sesuai untuk laman sosial anda. Ia adalah bazaar yang mesti dikunjungi pada bulan Ramadhan ini, jadi simpan tarikh, pilih pakaian anda dan bersedia untuk membeli-belah! Parkir adalah percuma untuk pengunjung-pengunjung Rasa Kasih Aidilfitri Jati X MGB.
Ditubuhkan sejak 1993, Jati terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509.
Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti. Selepas tergendalaan dalam ekonomi negara sejak pandemik bermula, pengguna-pengguna perlu diingatkan tentang kekayaan dan kualiti tawaran buatan Malaysia yang membanggakan.
Setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar. Tiada pembelian diperlukan untuk giveaway ini. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif yang setiap pengumpul pasti akan mahu tambah dalam koleksi mereka.
Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. Buat pose terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!
Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.
Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri telah menarik perhatian para selebriti termasuk Sazzy Falak, Bella Astillah dan Maryam dari duo Durian Kimchi, yang kesemuanya akan berada di pelancaran pada Sabtu, 9 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan personaliti ini.
Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan, mulakan dengan menuju ke Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar, Pusat Bandar Bukit Bintang dari 9 April hingga 24 April 2022.