Ik

Isnin, 30 Disember 2019

Penutup Cuti Sekolah dan Tahun Baru 2020

Disember 30, 2019 18 Comments



Semalam nad berkesempatan bawa my mertua dan anak-anak berjalan sempena cuti sekolah yang bakal berakhir esok. Sempat la nad bawak kesayangan semua nie pergi redeem voucher yang nad dapat aritue dari Barcook yang mana hujung tahun nie nak expired. So nad pn redeem la kesemuanya. Kenyang sampai ke petang makan roti yang sedap dan lembut tue. Kalau korang yg belum lagi baca entry pasal barcook, boleh baca di SINI. Memang roti die lembut dan sedap. Paling menjadi kegemaran nad mesti la roti cheese raisin.. Tak tau la kenapa sampai sekarang tak leh move on ngan roti tue.. Hope boleh buka cawangan dekat rawang nie. Dekat sikit nak pergi.


Lepas da redeem je, terus gerak ke taman tasik titiwangsa yang baru je buka 15hb aritue. Memang betul la apa yang diviralkan aritu. Sesetengah parents exspecially yg ada anak kecik yang pakai pampers tolong la sediakan satu plastik kecil untuk korang buang pampers pakai buang anak tue. Bukan buang merata tempat. Nak kata monyet kang marah tapi perangai korang tue memang dah rupa monyet. 


Nad sendiri nampak pampers dibuang merata tempat. Mungkin pihak pengurusan perlu sediakan lebih banyak tong sampah. Masa nad datang semalam nak buang sampah pun sampah dah penuh sampaikan diowang main buang aje kat atas jalan tue. Sepatutnya benda nie tak berlaku kalau pihak pengurusan peka sebab time cuti nie la ramai parents yang datang nak habiskan masa dengan keluarga tapi kalau pemandangan dah macam nie spoil terus nak datang lagi. Sama-sama la jaga kebersihan sebab nie tempat awam, tempat untuk semua orang.. 

Berbalik masa nad sampai tue, bab parking pun satu hal. Nak cari parking punya la payah. Sampaikan ada yang sanggup parking depan tnb. Nasib tak baik, kena saman. Tapi kiteowg teruskan juga cari parking, last-last masuk parking dalam restoran D Orhid Titiwangsa. 1 jam rm2.00 ok la kan dari ko kena saman parking merata kan.. Dinasihatkan kalau nak datang, datang la time waktu bekerja. Kalau datang time weekend memang ramai orang, parking pun susah nak dapat. 

Taman permainan

Laluan canopy walk

Lepas parking, terus kiteowang jalan kaki cari tempat mandi untuk anak-anak. Berlari budak-budak nie bila nampak taman permainan. Rupanya memang banyak perubahan yang dibuat. Last datang sini pun tahun 2017 kalau tak silap. Taman permainan seperti buaian, rock climbing dan jambatan gantung pun dah ada dekat sini. Tempat laluan kayuh basikal pun da naik taraf, taman mini air nie selalu jadi port anak-anak sebab diowg suka main air. Mandi la puas-puas lepas nie tak tahu bila nak datang sini lagi.

Taman mini air


Lepas da puas mandi dekat sini, siap-siap berkemas balik. Happy sangat hari nie sebab dah spendtime bawak kesayangan jalan-jalan. Next time kita plan untuk short vacation pulak. Insyallah semoga nadia md radzi dimurahkan lagi rezeki dan lebih success untuk tahun 2020 nie. Jumpa lagi gaaiss untuk new entry dan selamat tahun baru 2020. 😉

Sabtu, 21 Disember 2019

Safi Youth Radiance Untuk Kulit Lebih Muda Dan Cerah Berseri

Disember 21, 2019 23 Comments
Setiap wanita punya keinginan untuk tampil cantik kekal berseri dan kelihatan muda. Sama juga seperti nad, walaupun usia dah menginjak ke 33 tahun depan, nad sangat mementingkan penjagaan wajah agar kelihatan muda dan tampil cantik dimata suami. Yaa haruslah untuk suami dan bukan untuk orang lain. Sekarang nie, nad tengah gunakan produk terbaru dari Safi iaitu Safi Youth Radiance yang terdiri daripada Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser.


Kenapa nad pilih Rangkaian Produk Safi Youth Radiance? Jom tengok keistimewaan yang ada pada setiap 2 botol merah nie.

Safi Youth Radiance merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalam produknya.


Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari Safi ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Rangkaian produk ini diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN, TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN.

Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence


Diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan. Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron
Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah

Lipo Vit-C
Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

Hialuronik Asid
Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam

Cara Penggunaan Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence:
  • Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan
  • Sapu dan ratakan produk di wajah 
  • Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna
  • Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser
Harga untuk sebotol Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence 100ml cuma RM55.90

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser


Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.

Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan kulit lembut, licin dan lembap.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron
Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah

Lipo Vit-C
Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

Vita-B3
Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata  mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah terbukti:

*67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
*75% peningkatan kadar pencerahan kulit
*Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian Safi Youth Radiance secara berterusan

Cara Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser :
  • Sapukan produk diwajah dan leher
  • Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air.
  • Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna.
  • Untuk hasil optimum, gunakan produk ini bersama Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence
Harga untuk sebotol Safi Youth Serum Infused Moisturiser 40ml cuma RM55.90

Pengalaman Sendiri Menggunakan Rangkaian Produk Safi Youth Radiance

Pertama kali nad cuba Safi Youth Radiance terus jatuh cinta sebab yang pertamanya dari segi packaging yang sangat menarik minat nad dan salah satu merupakan warna kegemaran nad iaitu warna merah.


Yang keduanya Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence merupakan produk yang berasaskan air apabila disapu pada wajah, ia mudah meresap dengan cepat ke dalam kulit muka dan tidak melekit. Dengan kepingan emas membuatkan kulit muka kelihatan lebih berseri. 


Untuk Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser pula teksturnya lebih kepada gel krim yang mana apabila disapu pada wajah ia akan berubah menjadi titisan air dan mudah meresap ke dalam kulit muka.

Bagi korang yang inginkan kulit wajah yang cantik dan sentiasa kelihatan muda berseri, boleh lah cuba Safi Youth Radiance ini dan dapatkan di semua rangkaian Watsons, Guardian dan AEON Wellness di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari Safi sila layari laman sesawang rasmi Safi di www.safi.com.my

Facebook : SAFI
Instagram : safimalaysia

Khamis, 12 Disember 2019

Sahut Cabaran 30 Hari Dengan JeanC Collagen Drink Malaysia

Disember 12, 2019 20 Comments
Hai korang.. Pernah tak korang terfikir nak join challenge skin care? Mesti ada kan, macam nad, nad pun tak pernah lagi join tapi bila diberi peluang apa salahnya.. Nak juga cuba, tengok kulit muka kita nie serasi ke tak dengan produk yang kita guna.

Sekarang nie nad tengah consume produk minuman collagen iaitu JeanC collagen yang mana dalam kotak nie mengandungi 30 sachet collagen yang boleh diambil selama 30 hari. JeanC Collagen diperkaya dengan 3000mg collagen peptida ikan dan campuran serbuk anggur dengan collagen, 100mg Vitamin C dan 10mg Astareal Astaxanthin.

Sebelum Pengambilan JeanC Collagen

0 Day

JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink nie sesuai untuk mereka yang mengalami masalah seperti kulit kering, kulit kusam, kulit berkedut, kuku rapuh, rambut gugur dan juga kulit tidak sekata. Macam nad, jenis kulit memang kulit kering, kusam dan rambut gugur. Sebab tue nad berani sahut cabaran nie nak tengok keberhasilannya selepas 30 hari nanti. Tak sabar nak tengok resultnya.


Fungsi utama yang terdapat dalam setiap 1 sachet JeanC Collagen ini adalah :

 1. AstaReal® Astaxanthin
Raja karotenoid - Meningkatkan kelembapan kulit, pengekalan dan perlindungan terhadap kerosakan UV

 2. Vitamin C
Mengurangkan risiko kulit kering & meningkatkan pengeluaran kolagen semulajadi

 3. Vitamin E
Memastikan kulit terhidrasi & mengurangkan kerosakan UV

Antara bahan-bahan yang terdapat dalam JeanC Collagen adalah daripada sumber bahan semulajadi Superfood yang terdiri daripada :


Amla
India Superfood - 20x Vit C berbanding oren, mengurangkan kesan penuaan pramatang & menghidrat kulit


Lingonberi
Scandanavian Superfood-Antioksidan paling padat semua buah-buahan, mengandungi arbutin & menghalang pengeluaran melanin


Acai Beri
Amazon Superfood - Kaya dengan polyphenol & anthocyanin, pigmentasi kawalan & jerawat

Buah Baobab
Afrika Superfood - dua kali antioksidan delima, kaya dengan polifenol, pelembab kulit & meningkatkan pengeluaran kolagen

Produk JeanC Collagen adalah produk Malaysia iaitu Halal dengan GMP & Mesti. Produk ini juga bebas gluten dan bebas GMO. Bagi mereka yang mengalami alahan pada makanan laut, tidak digalakan untuk mencuba.

Hari ke 10

Day 10

Selepas 10 hari nad mengamalkan minuman JeanC Collagen, nad dapati kulit muka lebih lembab berbanding sebelum pengambilannya. Nie da nampak kesan dari segi kelembapan kulit. Hope dapat lihat kesan lain lagi lepas nie.

Mesti ramai yang nak tau rasa dan bau JeanC Collagen nie. Jujur nad cakap JeanC Collagen nie tak ada bau pun dan yang paling penting rasa berri tue yang buatkan ianya rasa lebih sedap. Lagi sedap bila dibancuh dan diminum bersama air sejuk.

Cara Pengambilan JeanC Collagen sangat mudah iaitu ambil 1 sachet JeanC Collagen, bancuh bersama 150ml air masak atau boleh juga guna air sejuk kemudian shake-shake dan minum. Boleh diambil sekali sehari. Dan 1 kotak collagen JeanC ini boleh bertahan selama sebulan.

Hari ke 20

Day 20

Nampak tak perbezaan dari segi tona kulit muka nad. Sebelum nie, kulit muka nad nampak kusam setelah 20 hari mengamalkan minuman JeanC Collagen, kulit muka nampak lebih cerah dan sekata. Memang tak sangka dalam masa 20 hari kulit dah cerah, lembab dan sekata. Sukanya bila dapat hasil positif nie.

Hari ke 30

Day 30

Untuk cabaran terakhir nie, nad puas hati sangat dengan hasil kulit muka nad sebab da tak nampak kusam, kering dan kelihatan lebih cerah berbanding sebelum ini. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, nad sentiasa mengamalkan minum air masak yang banyak setiap kali selepas pengambilan JeanC Collagen nie. Selain itu, rambut nad juga semakin kuat dan masalah rambut gugur pun semakin kurang. Yang penting sekarang nie nad happy sangat dan yakin dengan produk minuman collagen JeanC nie. Lepas nie nad akan teruskan pengambilan collagen JeanC sebagai supplement tambahan dalam rutin harian nad.


Bagi korang yang nak dapatkan produk JeanC Collagen atau maklumat lanjut berkenaan produk boleh layari laman web seperti dibawah atau klik link ini untuk pembelian terus http://jeancmalaysia.refr.cc/farizaatul00


Website : https://jeanc.my/
Facebook : JeanC.my
Instagram : jeancmalaysia








Rabu, 11 Disember 2019

Menikmati Hidangan Roti, Kek Dan Pastri Segar Di Barcook Bakery

Disember 11, 2019 22 Comments


Haii gaaiiss.. Selamat berhujung minggu.. Hujung minggu nie apa aktiviti korang? Macam biasa la kalau hujung minggu nie aktiviti nad selain santai kat rumah, sesekali nak juga keluar berjalan cuci mata. Kali nie nad jalan-jalan di sekitar IOI Mall Puchong. Apa yang best kat IOI Mall nie? Haa jom baca sampai habis..


Sebenarnya nie baru pertama kali nad sampai sini. Macam shopping mall lain jugak. Macam-macam ada dekat sini. Paling nad tertarik ada 1 bakery nie. Terletak betul-betul dekat pintu keluar berdekatan dengan Tealive. Senang nak cari bakery nie, nampak Tealive, jumpa la kedai bakery tue.


Barcook Bakery salah satu kedai yang menjual pelbagai jenis hidangan roti, kek dan pastri yang enak dan segar. Dibakar setiap hari untuk memastikan setiap pelanggan yang datang dapat menikmati keenakan dan kesegaran roti yang terdapat di sini. Selain itu, terdapat juga pilihan makanan seperti vegetable tomato spagethi, fish fillet burger, fried chicken burger, mini wholemeal scrambled egg burger dan mushroom croissant.

Mushroom Croissant RM14
Fried Chicken Burger RM15
Mini Wholemeal Scrambled Egg RM12

Antara menu yang paling nad rekemen kalau korang nak cuba la, korang boleh cuba tomato vegetable spaghetti dan fish fillet burger. Pasti tak menyesal. Spaghetti yang tak berapa pedas, sesuai untuk hidangan kanak-kanak dan fish fillet burger pula, sekali makan, tak cukup satu gaaiss.. Bila da makan, mesti nak lagi.. Untuk minuman pula, nad cuba air Yuan Yang iaitu gabungan air kopi dan tea. Rasanya ok la cuma air tue rasa lebih pada kopi.

Air Yuan Yang RM6.70 (gabungan kopi dan tea)

 Tomato  Vegetable Spaghetti RM15

Fish Fillet Burger RM15


Bukan tue je, hidangan roti yang disediakan dekat sini pun sedap lembut dan gebu.. Paling nad suka makan roti mixberry cheese dan raisin cream. Tak boleh berhenti kalau dah makan nie.. Dan paling terbaru adalah roti Pumpkin Walnut ataupun roti labu. Roti labu nie pun sedap. First time juga makan roti labu nie. Biasanya kita selalu makan pengat labu kan, haa dekat sini korang patut cuba roti labu nie.

Roti Mixberry Cheese
Pumpkin Walnut
Raisin Cheese

Macam mana korang dah tengok menu kat atas tue? Mesti rasa nak cuba kan. Kalau korang nak cuba menu nie, boleh datang ke IOI Mall Puchong atau untuk maklumat lanjut boleh layari laman web official Barcook Bakery seperti dibawah ini. Dah kenyang makan, jom la kita sambung jalan-jalan tengok wayang pula.. Have a nice day gaaiss.

Alamat :

IOI Mall,
G00A3A & G00A5B,
Ground Floor, LDP,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi :

Setiap hari
10:30 pagi - 9:30 malam

Instagram : Barcook_my

Facebook : Barcook Bakery Malaysia



Ahad, 24 November 2019

Bengkel Keibubapaan "Millennial's Guide To Parenthood" di Sunway Medical Centre

November 24, 2019 1 Comments

Nak jadi ibu bapa yang sempurna nie bukan lah mudah.. Siapa je yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak sendiri kan. Dengan ilmu yang belum penuh didada, nad berkesempatan untuk menghadiri 1 bengkel keibubapaan di Sunway Medical Centre dengan topik yang sangat menarik tau. Pada korang yang tak dapat join bengkel tue, meh sini nad share serba sedikit ilmu yang nad dapat sepanjang bengkel berlangsung.


Bengkel yang dianjurkan kolaborasi bersama cat terkenal Nippon Paint dan Sunway Medical Centre nie sedikit sebanyak telah memberi ilmu yang sangat berguna exspecially untuk ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Jom tengok topik apa yang dibincangkan.

1. 5 Jenis Penyakit Yang Sering Dihidapi Anak

Untuk slot yang pertama nie kita akan mengenali 5 jenis penyakit yang sering dihidapi oleh anak-anak iaitu :
  • Selsema 
  • Influenza
  • HFMD
  • Cirit birit 
  • Demam Denggi


Jangan tak tau ye ibu bapa diluar sana, kebanyakkan penyakit nie datangnya dari persekitaran kita yang kurang bersih. Macam penyakit HFMD nie, siapa sangka hanya memegang dinding sahaja, anak mudah mendapat jangkitan kuman. Pernah tak kita terfikir yang dinding rumah kita nie sebenarnya ada bakteria yang kita sendiri tak boleh nampak dengan mata kasar. Kebanyakkan anak dibawah umur 5 tahun paling terdedah kepada penyakit HFMD, Influenza dan Rotavirus. So jalan penyelesaiannya, melabur la sedikit duit untuk bertukar ke cat dinding Nippon paint sebab cat nie banyak keistimewaannya yang penting kesihatan anak terjamin..


2. Cara Mengatasi Masalah Anak Pilih Makanan 



Untuk slot kedua plak, nie yang paling best sebab rata-rata ibu bapa selalu mengalami masalah yang sama iaitu masalah anak pilih makanan atau lebih dikenali sebagai picky eater. Sebenarnya bukan anak yang memilih makanan tau, tapi sebenarnya kita yang mainkan peranan besar dalam menangani masalah ini. Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya memberi pendedahan awal  dengan cara memperkenalkan makanan yang sesuai mengikut peringkat umur anak-anak dan mempelbagaikan pilihan makanan. So anak tak adalah jemu asyik makan benda yang sama kan.


Ada juga sesetengah mereka yang sering kali mengaitkan hal anak pilih makan nie disebabkan tabiat ibu bapa yang picky eater. Common la gaiss, ini semua tidak ada kaitan langsung.  Ini semua bermula apabila kita sendiri yang introduce makanan tue pada anak-anak. Ingat tue..

3. Kepentingan Udara Bersih Dalam Rumah


Untuk slot yang ketiga, yang nie pun menarik juga iaitu kepentingan udara bersih dalam rumah. Pernah tak korang terfikir yang udara dalam rumah kita nie tercemar atau tak?Selama nie, kita ingatkan udara dalam rumah la paling yang selamat dan bersih tapi selepas apa yang telah diterangkan oleh  Dato Rajbans Singh baru nad tau yang udara dalam rumah kita nie adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar berbanding luar rumah. Mau tak terkejut.. Patut la anak-anak senang dapat penyakit. Solusinya, kita perlu memastikan persekitaran rumah dalam keadaan bersih terutamanya ruang tamu, bilik air dan dapur.





4. Cara Meningkatkan Potensi Anak-Anak


Dan untuk slot yang terakhir nie, cara meningkatkan potensi anak-anak. Menurut Miss Sam Jeng Mun iaitu seorang Cinical Psychologist, terdapat empat jenis kategori ibu bapa yang akan mencerminkan anak-anak kita antaranya ibu bapa dalam kategori panda, harimau, dolphin dan juga jellyfish. Haa.. Sebelum nak tau anda kategori  ibu bapa yang mana, kena la buat assesment dulu baru dapat tahu anda kategori apa..





Walau apa pun kategori kita, cuba lah jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita. Nad sendiri akui, nad pun bukan lah ibu bapa yang sempurna masih banyak lagi yang perlu nad belajar dan terima kasih kepada Nippon Paint dan Sunway Medical Centre atas penganjuran bengkel "Milennial's Guide To Parenthood" sebab da bagi ilmu yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama. Next time kalau ada lagi, boleh la korang join..