Ik

Rabu, 11 Disember 2019

Menikmati Hidangan Roti, Kek Dan Pastri Segar Di Barcook Bakery



Haii gaaiiss.. Selamat berhujung minggu.. Hujung minggu nie apa aktiviti korang? Macam biasa la kalau hujung minggu nie aktiviti nad selain santai kat rumah, sesekali nak juga keluar berjalan cuci mata. Kali nie nad jalan-jalan di sekitar IOI Mall Puchong. Apa yang best kat IOI Mall nie? Haa jom baca sampai habis..


Sebenarnya nie baru pertama kali nad sampai sini. Macam shopping mall lain jugak. Macam-macam ada dekat sini. Paling nad tertarik ada 1 bakery nie. Terletak betul-betul dekat pintu keluar berdekatan dengan Tealive. Senang nak cari bakery nie, nampak Tealive, jumpa la kedai bakery tue.


Barcook Bakery salah satu kedai yang menjual pelbagai jenis hidangan roti, kek dan pastri yang enak dan segar. Dibakar setiap hari untuk memastikan setiap pelanggan yang datang dapat menikmati keenakan dan kesegaran roti yang terdapat di sini. Selain itu, terdapat juga pilihan makanan seperti vegetable tomato spagethi, fish fillet burger, fried chicken burger, mini wholemeal scrambled egg burger dan mushroom croissant.

Mushroom Croissant RM14
Fried Chicken Burger RM15
Mini Wholemeal Scrambled Egg RM12

Antara menu yang paling nad rekemen kalau korang nak cuba la, korang boleh cuba tomato vegetable spaghetti dan fish fillet burger. Pasti tak menyesal. Spaghetti yang tak berapa pedas, sesuai untuk hidangan kanak-kanak dan fish fillet burger pula, sekali makan, tak cukup satu gaaiss.. Bila da makan, mesti nak lagi.. Untuk minuman pula, nad cuba air Yuan Yang iaitu gabungan air kopi dan tea. Rasanya ok la cuma air tue rasa lebih pada kopi.

Air Yuan Yang RM6.70 (gabungan kopi dan tea)

 Tomato  Vegetable Spaghetti RM15

Fish Fillet Burger RM15


Bukan tue je, hidangan roti yang disediakan dekat sini pun sedap lembut dan gebu.. Paling nad suka makan roti mixberry cheese dan raisin cream. Tak boleh berhenti kalau dah makan nie.. Dan paling terbaru adalah roti Pumpkin Walnut ataupun roti labu. Roti labu nie pun sedap. First time juga makan roti labu nie. Biasanya kita selalu makan pengat labu kan, haa dekat sini korang patut cuba roti labu nie.

Roti Mixberry Cheese
Pumpkin Walnut
Raisin Cheese

Macam mana korang dah tengok menu kat atas tue? Mesti rasa nak cuba kan. Kalau korang nak cuba menu nie, boleh datang ke IOI Mall Puchong atau untuk maklumat lanjut boleh layari laman web official Barcook Bakery seperti dibawah ini. Dah kenyang makan, jom la kita sambung jalan-jalan tengok wayang pula.. Have a nice day gaaiss.

Alamat :

IOI Mall,
G00A3A & G00A5B,
Ground Floor, LDP,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi :

Setiap hari
10:30 pagi - 9:30 malam

Instagram : Barcook_my

Facebook : Barcook Bakery Malaysia



22 ulasan:

  1. smuanya nampak sedapppp waaa.. lama dah tak makan pastries sejak dok rumah.. rindunyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya sedap sis..cuba la dtg sini makan..kite pn nk repeat lgi nie..xlh move on ngn roti raisin cheese tue..boleh berebut ngn anak..

      Padam
  2. sedap semua makanan dia tu.. jadi lapar tengok ni haha

    BalasPadam
  3. Semua nampak menarik ni. Roti dan pastri dia memang dia hidang sekali dengan fries ke?

    BalasPadam
  4. laaahhh...pergi ke sana selalu jugak tp apsal x perasan kedai ni...adeehh

    kena pergi round lagi ni.haha

    BalasPadam
  5. Aritu pegi IOI Mall tapi tak terjumpa gak bakery nie. Maybe sebab Rawlins masuk ikut entrance yang berlainan. Pastu dah round sekeliling langsung terlupa. Nampak gaya kena ke sana lagi la

    BalasPadam
  6. Wahhh semua kek roti dan pastri membuka selera kita la wak. Semua nampak sedap ni. Singgah aini tetiba lapar la pulak tambah2 hujan skarang ni lgi laa lapar bila tgk gambar2 makanan.

    BalasPadam
  7. Sedapnya makan roti, pastry macam ni. Kalau kat kedai ni mesti saya confuse nak ambik yg mana satu.

    BalasPadam
  8. Macam-macam juga menu yang ada kat bakery ni ya. Bukan roti semata-mata. Tertarik pula dgn menu beger dia tu. Boleh la cari kalau ke IoI nanti.

    BalasPadam
  9. Nampak sedaplah roti2 yang dijual di sini. Nanti nak singgah n cubalah. Tak sabarnya !!

    BalasPadam
  10. I suka sgt dgn Barcook ni, Mushroom Croissant dia mmg best. Buns and breads pun sgt sedap!

    BalasPadam
  11. Nampak sedp2 pulak roti dia. Kalau dekat dah pergi dah ni. Nampak gaya beli je le kat rumah ni..jauh naa nak kesana..hehehe

    BalasPadam
  12. Lama x jejak kaki dekat IOI Mall.. Last tahun 2012 kot... Nak buat food hunt la dekat sana, kot2 sempat juga singgah ke sini

    BalasPadam
  13. Pastry dia nampak mengiurkan. Dkt barcook ye, nanti kena jenguk jugak ni. Walaupun jauh ioi, akan ku gagahi 😛

    BalasPadam
  14. best ni.
    kegemaran aida sekeluarga.
    ringan tak ringan. berat pun tak la sgt.
    enjoyable food nih :)
    roti, bun, burger, kek. nampak menarik sgt presentation nyer semua.

    BalasPadam
  15. woahhh kita suka cafe bakeri camni. makanan semua nampak menarik memang tertarik gituuu...
    thanks share! tahu another eating spot! hehe

    BalasPadam
  16. Best sebenarnya kafe bakeri mcm ni. Terutama mereka yg mmg tgh diet nasi

    BalasPadam
  17. Sedapnya roti-roti kat sini. Baca blog ni terus rasa lapar. Iza dah la memang suka roti or pastry ni.

    BalasPadam
  18. sedapnya! tak pernah lagi pergi mall ioi puchong ni. yang pernah pgi pun ioi putrajaya je. in shaa Allah kalau ada rezeki nk ke ioi puchong tu tau dah nk makan kt mana

    BalasPadam
  19. Nampk sedaplaa <3
    Saya ni memang peminat pastry dari dulu. I love going to a Bakery, espeically ada dgn caramel memang my top favorite!

    BalasPadam
  20. Bila baca blog ttg food ni jiwa kacau jadinya...perut pun mula laaa lapar mintak diisi walhal baru je makan...lagi2 bila tgk menu...memanggil2...

    BalasPadam
  21. Saya suka roti dari Barcook... tapi harga mahal la

    BalasPadam