Ik

Rabu, 31 Julai 2019

Pengalaman Menyeronokkan di SuperPark Malaysia

Julai 31, 2019 9 Comments


Hujung minggu lalu, nad dan anak-anak berkesempatan singgah ke SuperPark Malaysia yang terletak di jalan ampang. Tujuan kiteorang datang sini ofcoz la nak merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti sukan indoor.

Superpark Malaysia yang terletak di tingkat 4 dalam Avenuk K shopping mall ini berkonsepkan kegembiraan bermain dan pergerakan yang direka untuk memberi inspirasi  dan ruang kepada mereka tidak kira peringkat umur untuk kekal sihat dan aktif. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga dan sahabat handai.

Sebelum nak masuk ke dalam Superpark tue, korang wajib beli stokin jenis grip..  Stokin biasa tue tak boleh pakai ok.. Harga pun tak mahal cuma RM5 sepasang. Next time kalau korang nak datang lagi da jimat tak payah nak beli stokin lagi..


Untuk harga tiket pula, korang boleh refer jadual nie 


Terdapat 3 kawasan utama dengan lebih 25 aktiviti yang wajib korang cuba iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall..

Di Adventure Area, terdapat aktiviti seperti I Wall, Flying Fox, Tube Slide dan Pedal Car..Putri dan aleesya still xleh move on dekat Pedal Car. Sanggup tunggu dan beratur ikut giliran.. Si aiman pun sama juga apa kakak dia main dia pun nak main juga..


Pedal Car


Tube Slide



Flying Fox


I Wall

Dekat adventure area nie nad syorkan untuk kanak-kanak yang berusia 2 hingga 6 tahun sebab permainan dia xbahaya dan ibu bapa boleh teman anak bermain dekat situ.. Macam nad, memang tempat nie la aiman suka main. Lagi-lagi masukkan bola dalam lubang tue.. Kemain excited dia..





Da puas main pedal car, tube slide dan flying fox kiteorang pergi plak dekat game arena.. Antara permainan yang terdapat di Game area nie adalah Robokeeper, Baseball, Super Pinball dan Bola Keranjang. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.


Robokeeper


Baseball


Super Pinball


Dan area yang paling mencabar adalah Freestyle Hall di mana aktiviti ini sesuai untuk golongan remaja ke atas. Antara yang best dekat freestyle hall nie semestinya Skate & Scoot Word. Selain tue, untuk menguji tahap keberanian, korang boleh cuba Super Climb, Ninja Track, Platform Trampoline dan juga Skate Rink.. Sebelum memulakan aktiviti lasak ini, korang akan diberi penerangan dan tontonan video untuk mengelakan sebarang kecederaan berlaku.


Skate & Scoot Word


Climb 


Plateform Trampoline 


Jangan tak tahu, dekat SuperPark Malaysia nie pun ada Ice Skating tau.. Tapi kan ice tue bukan la ice betul, just dia ada rasa sejuk je boleh la nak fefeling macam men ice skating betul-betul


Ice skating


Aiman kena tunggu mama dan kakak sebab dia tak cukup tinggi 😂


Overall Superpark Malaysia is the best places untuk korang pergi.. Selain aktiviti indoor, kat sini juga ada kemudahan untuk menyimpan barang. Jadi tak perlu risau nak simpan barang dekat mana. Sistem locker untuk simpan barang nie pun menarik just gunakan gelang yang ada pada tangan, scan dan pintu locker akan terbuka..


Kemudahan menyimpan barang



Bagi korang yang nak datang ke Superpark Malaysia nie, nad cadangkan korang datang awal. Sebabnye kalau datang awal tak ramai orang sangat. Bila dah masuk tengahari boleh tahan ramai yang datang sini.

Superpark Malaysia sekarang nie ada jualan Super 4 Promo hanya RM150 sehingga 9 August ini. So cepat-cepat dapatkan tiket dan layari laman web ini.


Address 

Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

Operation Day

Monday – Friday, 10am – 9pm
Sat, Sun, Public and School Holidays, 9am – 9pm




Ahad, 28 Julai 2019

Susu Kambing Karihome Kaya Dengan Nutrisi Lengkap Untuk Si Manja

Julai 28, 2019 2 Comments


Menjadi ibu kepada 4 orang anak bukan la mudah..Setiap hari rutin harian nad adalah untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Mana taknya, pagi-pagi lagi da kena siapkan kakak putri ke sekolah, sebelah petang pula kena siapkan kakak aleesya..Tinggal la si aiman dengan mama. Jaga aiman nie tidak la susah mana. Memandangkan perkembangan die semakin hari semakin baik, maka bermacam perkara yang dia nak buat. Salah satunya aktiviti membaca, mengira dan juga bermain.

Untuk memastikan pertumbuhan aiman sejajar dengan perkembangannya, nad telah pun memilih susu Karihome yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak serta menguatkan sistem imun badan. Tahukah anda kalsium amat penting dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Sebab itu, nad mengambil berat tentang pengambilan susu yang betul dan lengkap serta nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.


Susu kambing misalnya, menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. Berdasarkan apa yang nad lihat, susu kambing terbaik yang ada dipasaran adalah Susu Kambing Karihome.  Diimport dari New  Zealand, ianya telah pun dipasarkan di beberapa buah negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk mengguna susu kambing Karihome.


Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome ini adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan minda mereka.  

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak  iaitu:

Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun 

Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu  sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan  serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan Kalsium menambah berat badan tanya menyebabkan masalah obesiti.


Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik.

Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.

Jadi, nad tidak ragu-ragu untuk memberikan yang terbaik buat aiman sebab susu kambing Karihome nie mempunyai banyak khasiat nutrisi dan keperluan yang mencukupi buat aiman.

Untuk maklumat lanjut berkenaan susu kambing Karihome, boleh layari sesawang ini :

Website : Karihome
Facebook : Karihome Malaysia
Instagram : Karihome Malaysia



Jumaat, 26 Julai 2019

Safi Beautea Dengan 100% Ekstrak Premium Daun Teh

Julai 26, 2019 7 Comments

Pastinya berita baik buat pengguna setia safi, kali ini safi malaysia telah pun mengeluarkan produk terbaru keluaran mereka iaitu SAFI Beautea dimana ianya didatangkan dalam 4 variasi mengikut kesesuaian kulit iaitu :

🌸Green Tea & Neem sesuai utk normal to oily skin
🌸Apricot Tea untuk scrub muka
🌸White Tea & Damask rose untuk dry skin
🌸Black Tea & Black Orchid untuk kulit sensitif


Green Tea & Neem Anti Acne Gel Cleanser

Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan berharga teh Green Tea & Neem ekstrak melegakan dan perisai kulit terhadap penceroboh luaran dan jerawat jerawat, sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan paparan parut.

Sesuai untuk kulit normal berminyak

Harga : RM23.90


Aricot Tea Revitalising Face Scrub

Ini menggosok semangat yang sangat membersihkan, membersihkan liang dan mengelupas tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan yang berharga daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri. Terbaik dipasangkan dengan Beau.tea oleh Safi Cleansers

Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga : RM23.30


White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumus dengan gabungan teh Putih Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengurangkan saiz liang-liang roma

Sesuai untuk kulit kering dan normal

Harga RM23.30


Black Tea & Back Orchid Detox Cream Cleanser

Pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi ini membersihkan dan menghapuskan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang sangat berharga membantu menetas kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan dini.

Sesuai untuk kulit sensitif

Harga RM23.30

✔️ Dermatologi diuji
✔️ Bebas alkohol
✔️ Bebas Paraben
✔️ Bebas SLS / SLES
✔️ Bebas Silicone

Untuk Safi Beautea nie, nad da try pakai Apricot Scrub.. Memang best pakai scrub nie sebab lepas pakai kulit muka rasa segar je.. Tapi jangan pakai selalu pula takut nanti kulit muka rosak.. Disyorkan pakai seminggu 2 kali sudah memadai..

Untuk Cleanser pula, nad pakai Black Tea & Black yang nie pun best juga sebab kulit muka nad rasa lembut dan licin je..

Mana nak cari Safi Beautea nie? Tak susah pun, Korang boleh dapatkan produk Safi Beautea nie dekat semua rangkaian Watsons berhampiran korang atau pun boleh layari laman web watsons nie SAFI BEAUTEA




Disebabkan terlebih rajin, haa kite share la skit video nie..

Website : http://www.safi.com.my/

FB : SAFI.MY

IG : safimalaysia



Ahad, 14 Julai 2019

Celebrate Friendship through Fun and Fitness at SuperPark Malaysia This July

Julai 14, 2019 2 Comments
 

KUALA LUMPUR, 2 JULY 2019 – SuperPark Malaysia dedicates the month of July to celebrate friendship through the joys of fitness and play with friends and loved ones. The friendliest all-in-one park in the heart of the city is encouraging Malaysians to discover the many delightful moments that friends can share when they stay active and play together. In the lead up to World Friendship Day celebrated on 30 July each year, SuperPark Malaysia offers visitors the opportunity to get 4 tickets for only RM150 through the Super4 Promo from today until 9 August 2019!

Check off your #SquadGoals and get fit together with your best friends. Try out a unique range of activities at the park; from adventure games to interactive challenges, pit your skills against your friends or collaborate on a range of cooperative games! SuperPark Malaysia features over 25 different activities that promote active play and fun fitness where your body is the engine that runs all the activities available in the park.

“At SuperPark, we believe in combining fun, fitness, and friendship as the core of what we do, and we want to extend this to wider Malaysians. There’s no better way to foster healthy relationships than to discover new adventures together. In the spirit of that, we are driving this campaign as more reason to encourage friends and family to spend quality time while having fun and active lifestyles,” said Andes S.H Wong, Senior Marketing Manager, SuperPark Malaysia.

Whether it is the activities, the environment, or the people in SuperPark, fun is the centre of everything that goes on in the park. SuperPark is suitable for people of every age and fitness and always have well-trained staff to help keep you safe. Kick up a storm with your best buddies at SuperPinball or challenge them to a 2-on-2 PVP (player versus player) match at SuperBall. For those looking to amp up the challenge, rack up style points and show off your skills at Skate and Scoot World or test your penalty kick against the highly intelligent AI-powered Robo Keeper!

SuperPark is designed for boundless fun, with the indoor park keeping you protected from heat and harmful UV rays while staying safe from the elements. Play to your heart’s content come rain or shine!

Share your best moments and make new memories! Experience first-hand the many activities at SuperPark with your besties or even your family members and embrace the “SuperParking lifestyle” today! Fun does not need to take a back seat for exercise when you are with your loved ones.  

For more details on SuperPark Malaysia’s Super4 Promo, visit SuperPark Malaysia’s website at 

http://www.superpark.com.my/super4-limited-time-offer/  

SuperPark Ticket Prices


Type
Normal Price
(1 Ticket)
Applicable for Super4 Promo Price
(4 Tickets for RM150)
Regular Day
Monday to Friday (excluding weekends, public holidays and school holidays)
All Day
RM 50
Yes
Evening (6.00pm - 9.00pm)
RM 30
-
Super Day
(weekends, public holidays and school holidays)
All Day
RM 70
-
Evening (6.00pm - 9.00pm)
RM 45
Yes
Middle (1.30pm - 5.30pm)
RM 55
-
Morning (9.00am - 1.00pm)
RM 45
Yes

*All visitors are required to wear SuperPark grip socks. Each pair can be purchased at the registration counter for RM5


For more information, please contact:

Archetype Malaysia
Joey Tham / Iskandar Fareez
Tel: +603 2282 2152 
Email: superparkmy@archetype.co 
SuperPark Malaysia Andes S.H Wong Senior Marketing Manager Email: andes.wong@superpark.com.my

About SuperPark Malaysia

SuperPark is the friendliest all-in-one indoor activity park on earth, delivering a unique experience of joyful play that excites and unites people all over the world, no matter their age or fitness level. Hailing from Finland, since its inception in 2012, 

SuperPark owns, licenses and operates 18 activity parks globally, with Malaysia as its third location in Asia. SuperPark Malaysia launched in 6 December 2018 and is located in the centre of Kuala Lumpur at a 40,000 square foot site in Avenue K Shopping Mall.

The activity park features 3 main areas – Adventure Area, Game Arena and Freestyle Hall - with over 25 fun and exciting activities suitable for all ages and fitness levels under one roof.

Khamis, 4 Julai 2019

Bunuh Emak Kerana Tidak Masak Lauk Kegemaran

Julai 04, 2019 8 Comments


SEORANG lelaki marah dan membunuh ibunya yang tua selepas wanita itu tidak memasak lauk kari ayam untuk makan tengah hari.
Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.
Dia yang juga kaki botol pulang beberapa jam kemudian dalam keadaan mabuk sebelum naik berang selepas mendapati makanan diminta itu tidak dihidangkan.
Kishore, yang pernah bekerja sebagai pengamal perubatan tempatan, menjerit memarahi ibunya sebelum menikamnya.
Mangsa mati di tempat kejadian manakala Kishore kini diburu polis.
Sumber- Daily Mail

Tanda-Tanda Malaikat Izrail Ingin Menjemput Kita Pulang

Julai 04, 2019 3 Comments


Malaikat Izrail pernah ditanya oleh sebahagian Nabi “Tidakkah Kamu memberikan peringatan kepada manusia bahawa kedatangan Kamu sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka lebih hati–hati?”.

Malaikat Izrail menjawab, “Demi Allah, aku sudah memberikan tanda-tanda yang sangat banyak seperti penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya.
Jika setelah datang tanda-tanda tetapi mereka tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan dengan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya:

“Bukankah aku telah memberikan kamu banyak tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya “(HR Imam Qurthubi)

Semakin tua usia kita, mata kita juga semakin rabun

Beginilah Cara Malaikat Maut Bekerja

Nabi Ibrahim as pernah bertanya kepada Malaikat m4ut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. 

“Wahai malaikat pencabut ny4wa, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meningg4al diwaktu yang sama;
Yang satu berada di hujung timur yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar peny4kit yang mem4tikan dan dua ekor bintang melata pun akan m4ti?”

Malaikat M4ut berkata: “Aku akan panggil ruh–ruh tersebut, dengan izin Allah, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan boleh mengambil yang mana saja sekehendak hatiku” (HR Abu Nu‘aim)

Pendengaran juga semakin berkurangan

Orang Mati Mendengar Tetapi Tak Boleh Menjawab

Nabi SAW memerintahkan agar m4yat-m4yat tentera musyrikin yang tew4s pada Per4ng b4dar dilemparkan ke sebuah perigi tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya.
Selepas itu, Baginda memanggil nama mereka satu-persatu: 

“Wahai fulan bin fulan, fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuh4n kalian untuk kalian betul-betul ada?

Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan oleh Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti.”

Lalu Umar bertanya kepada Nabi SAW. “Wahai Rasulullah, mengapa engkau mengajak bicara orang-orang yang sudah menjadi may4t?”

Nabi SAW menjawab. “Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan, Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya, hanya saja tidak dapat menjawab” (HR Bukhari Muslim).

Biasanya manusia akan jatuh s4kit

PENUTUP

Memang benar, tanda-tanda seseorang itu akan dijemput ilahi sudah ada. Namun kita tidak mengetahuinya walaupun tanda-tanda seperti yang disebutkan tadi telah lama ada pada kita. Wallahua’lam.

Sumber; Islam Itu Indah

Rabu, 3 Julai 2019

Jangan Geli Nak Makan, Ini 5 Khasiat Sup Kaki Ayam Untuk Anak & Seisi Keluarga

Julai 03, 2019 4 Comments

Korang selalu tak makan kaki ayam? Mesti ada yang suka sangat dan ada yang tak suka dan buang je bahagian ni masa siang ayam tu kan?

Tahu tak, walaupun harga kaki ayam ni dijual murah dan dianggap ‘lebihan’, tapi mungkin tak ramai sedar bahawa secara saintifiknya kaki ayam mengandungi banyak nutrien yang amat hebat untuk semua, termasuklah anak-anak kita.

Nutrien Yang Terkandung Dalam Kaki Ayam

Berikut adalah senarai nutrien yang terdapat dalam bahagian ayam ini.
  • 13 mg choline
  • 4 g karbohidrat
  • Tenaga 150 kcal
  • Asid lemak 187 mg omega-3
  • 100 UI vitamin A
  • 19 g protein
  • Asid lemak 2571 mg omega-6
  • 8 g lemak
  • 83 mg phosphor
  • 86 mg folat
  • 88 mg kalsium
Khasiat kaki ayam
Foto Kredit: seriouseats.com

5 Khasiat Kaki Ayam Untuk Anak-anak

1. Sumber Kolagen Semulajadi

Menurut satu kajian di Universiti Taiwan, kaki ayam adalah sumber kolagen yang hebat, murah dan mudah didapati.
Kita sedia maklum bahawa kolagen boleh membantu meremajakan kulit.

Selain membantu regenerasi sel dalam memberi kulit yang cantik, kolagen juga memiliki pelbagai fungsi dalam meningkatkan kesihatan tubuh.
Khasiat kaki ayam
Foto Kredit: depositphotos.com

2. Menu Ideal Ketika Demam

Ramai yang jadikan kaki ayam sebagai broth atau sup yang direneh lama bagi mengeluarkan khasiat dalam tulangnya.
Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam.

Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Anak-anak juga kurang terdedah kepada penyakit atau jangkitan.

sawan demam
Foto Kredit: romper.com

3. Membantu Melegakan Sembelit

Di samping itu, pengambilan sup kaki ayam boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda.

Oleh itu, jika anak anda mengalami sembelit atau penghadaman perlahan, bolehlah cuba diberi makan sup kaki ayam.
Foto Kredit: Lifepressmagazin.com

4. Menguatkan Tulang

Oleh kerana kaki ayam mengandungi sumber kalsium, ia boleh menguatkan sendi dan memperbaiki tulang kanak-kanak yang sedang membesar dengan cepat dan aktif.

Selain itu ia turut membentuk kuku, gigi dan gusi yang kuat dan sihat.
Khasiat kaki ayam

5. Kesihatan Jantung

Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.

Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.
Foto Kredit: csn.org

Jangan Geli Nak Makan Kaki Ayam Ya!

Banyak lagi kebaikan dan manfaat sup kaki ayam yang menjadikannya hidangan yang bagus untuk seisi keluarga.
Contohnya, kaki ayam merupakan sumber utama chondroitin sulfate dan asid hyaluronik yang penting bagi kita yang makin meningkat usia.

Menurut sumber, chondroitin sulfate sangat baik untuk orang yang mempunyai masalah sendi atau masalah lain yang disebabkan oleh osteoartritis.

Sementara itu, asid hyaluronik pula sangat baik untuk melambatkan kesan penuaan. Awet muda gitu!

Jadi, janganlah geli-geli nak makan kaki ayam. Rugilah kalau tak manfaatkan semua khasiat ini kan?

Kelemumur, Apa Penyebabnya?

Julai 03, 2019 1 Comments

Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis merupakan gejala biasa yang dialami oleh 50 peratus populasi manusia. 
Kelemumur berlaku apabila seseorang mengalami pertukaran kulit kepala baru dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya. 

Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kulit adalah 28 hari jadi bila seseorang itu mengalam proses pertukaran terlalu cepat ia akan menyebabkan kelemumur kerana belum sempat kulit yang lama mengelupas habis, kulit yang baru pula mengelupas lagi. 

Punca lain adalah disebabkan pertumbuhan kulat jenis Pitirisporum Ovale yang terdapat dalam kulit dan kulit kepala. Penghasilan sebum yang berlebihan menjadi punca kulat ini semakin aktif membiak. 

Antara sebab yang lain ula adalah perubahan hormon selepas mencapai usia akil baligh kulit kepala yang terlalu berminyak. 

Sumber;sinar.my

Selasa, 2 Julai 2019

' I Sangat Happy Bila Daddy Maream Akhirnya Remarry'- Farah Lee

Julai 02, 2019 0 Comments


Umum mengetahui bahawa rumah tangga personaliti TV3, Ally Iskandar dan bekas isteri, Nurfarahin Romli sudahpun berakhir sejak 17 Ogos 2016. Sejak daripada perpisahan itu, Farah Lee sering menerima nasihat daripada netizen apabila mereka memintanya untuk kembali bersama bekas suaminya itu demi kebaikan anak.

Terbaru, menerusi Instagram Farah, dia meninggalkan sebuah komen kepada pengikutnya bahawa dia sangat gembira apabila bekas suaminya itu sudah berkahwin lain. Komen yang ditinggalkan Farah itu, ternyata membuatkan dirinya berasa lega kerana tidak perlu melayan permintaan netizen yang inginkan mereka berdua bersama.

Menerusi Instagram Farah, dia berkongsi detik pertemuan Maream bersama Ally sewaktu mereka tiba di Malaysia pada 29 Mei yang lalu. Sewaktu tibanya mereka di Malaysia, Ally menyambut ketibaan dirinya dan Maream. Ternyata Maream seakan gembira berjumpa daddynya ketika itu.

Melalui perkongsian video itu, Farah kembali menerima komen daripada netizen apabila mereka mahu melihatnya kembali bersama bekas suaminya itu demi kebaikan Maream. Namun, komen tersebut dijawab semula oleh Farah dengan menyatakan bahawa bekas suaminya itu sudahpun berkahwin.

Menerusi komen yang ditingalkan oleh Farah buat netizen, dia memberitahu bahawa dia sangat gembira bekas suaminya sudahpun berkahwin. Oleh itu, netizen boleh berhenti untuk menasihatkannya supaya kembali semula bersama Ally. 

Tambahnya dia meminta netizen untuk menghormati perasaan orang lain.

Kredit :Farah Lee