Ik

Isnin, 26 Disember 2016

SETTLE BARANG SEKOLAH ANAK

Disember 26, 2016 0 Comments
Lama da rasa aku xupdate kt blog pasal story aku nie sebab blog aku penuh dengan contest sana sini..saja suka2 join selain dapat kenal dengan bloger bloger yang ada..

Semalam cuti pagi2 lagi en suami da ajak p cari barang sekolah anak2..Sementara anak2 aku nie tdow, aku pn amik kesempatan la kalau x,bila lagi nak p..Nak bawak diowg kang macam macam karenah kang..Lagi pun p nek moto je..Almaklum la, permintaan kereta sewa semakin rancak sebabkan public holiday..Alhamdulillah untuk rezeki ini ya allah..

Jom layan pic yang sempat aku ambil nie. Masing masing semangat nak sekolah lagi lagi si sara..Excitednye die sebab da ade kakak die sekolah sama sekali ngn die..Oppsss yang kecik tue je xsekolah tapi menyibuk jugak nk selit celah kakak die..aiman ziyad...


3 ANAK DARA SAYA


MY HERO KECIK PUN SEMPAT LAGI NAK MENYELIT..

JOM P SEKOLAH..

BELAJAR RERAJIN SAYANG MAMA..





Selasa, 20 Disember 2016

MINYAK HERBA ASMAK MUJARAB

Disember 20, 2016 0 Comments
Anda mempunyai masalah selsema, asma, semput dan batuk berkahak?Lagi-lagi yang menghidapinya anak kecil??Jangan bimbang, sebab anda tak perlu risau mengeluarkan modal yang besar untuk mengubatinya. Kini sudah terbukti minyak herba asmak mujarab ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Minyak herba asmak atau dahulu dikenali sebagai minyak herba asma mujarab adalah produk original berkualiti tinggi keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab yang telah menjalani R&D dan dalam proses mendapatkan KKM. Kandungan minyak ini terdiri daripada minyak kayu putih, minyak kelapa dara, gamat gold dan habbatussauda.

Pelbagai khasiat yang terdapat dalam 1 botol minyak herba asmak ini. Antara khasiatnya adalah ia dapat membantu mengurangkan sakit gigi, sakit kepala, senggugut, migrain, resdung, sembelit dan melancarkan peredaran darah. Ia juga boleh digunakan untuk luka gatal, terkena api, lenguh dan bengkak-bengkak. Kelebihan minyak herba asmak mujarab ini adalah ia membantu merawat dan melegakan asma, semput, lelah, batuk berkahak dan selsema dengan cepat.

Testimoni dari anak saya sendiri yang menghidapi selsema dan batuk berkahak selama seminggu tidak baik-baik. Setelah saya diperkenalkan oleh seorang rakan, saya terus mencubanya..Alhamdulillah, selama 2 hari guna minyak nie, selsema anak saya telah kering dan batuk berkahak sudah mula berkurang. Sungguh saya tidak percaya akan kemujarabannya minyak ini..Selain itu, saya juga mengalami sakit-sakit badan dan bila saya guna minyak nie, sakit badan saya juga sudah mula berkurang. Saya sangat-sangat yakin akan keberkesanan produk nie dan akan terus menggunakannya.



kepada sesiapa yang masih belum lagi menggunakan produk tersebut, saya sarankan supaya anda cuba dan pasti anda tidak akan menyesal setelah menggunakannya. sekiranya anda berminat untuk mencuba, boleh ke link dibawah :

website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my

Atau anda boleh rujuk video seperti dibawah : - 





Isnin, 19 Disember 2016

PART 3

Disember 19, 2016 0 Comments
Pagi nie semangat nk buat kek coklat moist permintaan ank buah maklang tersayang..Bukan selalu maklang dapat buat..Nie da balik sini makan puas puas tau..Kek coklat moist yang sangat sangat sedap dan mudah nak buat..Bahan bahan dia pun memang senang nak cari..

sebelum masuk oven

semasa dalam oven

selepas keluar oven..xsampai sejam da abih licin..

Isnin, 28 November 2016

FREE PIGMENTATION FACIAL PACKAGE FROM SHAKURA

November 28, 2016 0 Comments

Tuah manusia xsiapa yang tahu..Tue dia, bukak email dapat good news..5 lucky winners..Pas da isi semua maklumat yang diminta xlama tue ade staff diorang col..Ape lagi set appoitment terus la..haha

Serius aku pn macam xcaya nk bg free buat facial treatment..Kang xpasal2 kna bayor..Aku tnya sekali lagi staff diorg tue cakap confirm free..Xpuas hati lagi aku pn search n gogel2 la page die nie..Sekali mmg betul free..Sebab ade orang da p try..Kebarangkalian kena tipu tue harap harap tak ade la..

Jumpa kt the curve ye 18.12 nie..xsabar nk try..free plak tue sape yang tak nak kan..Nanti aku share testimoni die ye...daa

Isnin, 21 November 2016

MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS

November 21, 2016 0 Comments
MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS | 23-27 November 2016 | Alamanda Shopping Centre Putrajaya



Hai kawan-kawan!

Siapa nak menari dan menyanyi bersama maskot Didi & Friends
Buat kali pertamanya Digital Durian menganjurkan Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini yang diceriakan oleh Caliph Kids Expert.

Mini karnival ini khas untuk peminat setia Didi & Friends. Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.

Mini Karnival Didi & Friends akan berlangsung selama 5 hari dari 23 November sampai 27 November (Rabu - Ahad) di Alamanda Shopping Centre Putrajaya dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik menanti anda semua. Antaranya adalah :
- Ambil Gambar di Dunia Mini Didi
- Karaoke Lagu Didi & Friends
- Pertunjukan Musikal
- Ramah Mesra Bersama Maskot Didi & Friends
- Bercerita
- Pemberian Hadiah
- Jualan Barangan Didi & Friends
- Pertandingan Mewarna
- Dan banyak lagi

Jom datang beramai-ramai ke Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan, saudara mara untuk memeriahkan lagi mini karnival ini.

Ibu bapa, jom bawa anak-anak ke Mini Karnival Didi & Friends pada hujung bulan November ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Jumpa anda di sana! Hora Horey!


Khamis, 10 November 2016

MUZIUM 3D ART SEKINCHAN

November 10, 2016 4 Comments
Hari nie nak story pasal sekolah tabika kemas telipot anak aku..Semalam sekolah diowang ade buat lawatan ke muzium 3D Sekinchan..Tapi disebabkan anak aku da cuti awal so tak dapat la aku nak join..Pape pun aku nak payung beberapa pic kot ade yang teringin nak p sini time cuti sekolah nanti..Dekat pun dekat..Sebelum aku terlupa, nie harga tiket masuk sini..Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun free..Dewasa RM15.00 dan kanak-kanak atas umur 8 tahun ke atas RM12.00


















Ahad, 30 Oktober 2016

KEK MARBLE PELANGI SEDAP

Oktober 30, 2016 0 Comments

Resepi ini I kongsikan berdasarkan pengalaman sahaja dan jom layan resepi dibawah:


Bahan-Bahan

  • 2 sudu makan susu cair 
  • 6 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking soda (campur sebati dan ayak)
  • 2 cawan gula halus (KURANGKAN BAGI YANG XSUKA MANIS)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan margerin (XDE MARGERIN I GUNA BUTTER)
  • pewarna ikut selera

Cara Buat Kek Marble Pelangi

#1: Siapkan bekas kemudian masukan gula dan margerin, gunakan pemutar elektrik dan putar sehingga kembang atau boleh juga gunakan tangan. it's OK

#2: Masukan telur ke bekas lain dan basuh telur tersebut. Selepas tu masukan telur sebiji-sebiji kemudian putar sehingga sebati.

#3: Sementara itu lengserkan acuan 9 inchi dengan sedikit tepung dan margerin dan pastikan rata ke seluruh bahagian acuan. Boleh gunakan acuan bulat atau empat segi tetapi, belang akan nampak lebih cantik bila gunakan acuan bulat.

#4: Kemudian masukan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan gaul sebati. Kemudian masukan juga esen vanila dan susu cair, gaul sebati.

#5: Dan bila adunan dah siap adunan tadi di bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian ditambah pewarna dan 1 bahagian tak ditambah pewarna pun tak ape.

#6: Setelah semua bahagian diwarnakan kemudian belang-belangkan adunan mengikut warna. Ambil sebanyak 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan dan ulangi langkah tersebut sampai adunan habis.

#7: Bila mewarna dah selesai, barulah dibakar sampai masak. Bakar pada suhu 165 darjah celsius selama lebih kurang 50 minit.

Bila gunakan mesin, jangan berhentikan semasa sedang mengadun dan jika menggunakan tangan harus pukul lama sedikit sebab adunan mesti rata dan kembang. Demikianlah resepi kek marble pelangi muudah yang I kongsikan dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

Jumaat, 28 Oktober 2016

MAJLIS GRADUASI 6 TAHUN

Oktober 28, 2016 0 Comments
Al-kisah semalam..aku cuti sebab nak p konvokesyen anak aku si sara..Diam tak diam da 6 tahun umur anak aku..Cepat tul masa berlalu..Malam sebelum hari graduasi, aku p cari barang-barang die..Tudung ngan kasut sekolah je pn..sebabnye anak aku p sekolah pakai seliper..So nanti da jimat la die tahun depan xpayah beli kasut lagi..hihii..

Pagi-pagi da bangun siapkan sara..Eisya pun aku bawak sekali..Nk suh ayah die p memang xla..sebab ayah  ade kawad pagi nie..So macam biasa antar adik aiman dulu pastu terus gerak..Tempat konvo anak aku pn xtau kat mana..Google punya google, jumpe la..Kalau xtau tempat memang xjumpa..Berpusing jugak la aku cari tadi..Nasib ade akk nie tumpang aku sekali..Laki die keje,so die tumpang aku..

Sampai je dewan CT Catering, ya allah..kecik ssesangat..Ngan parents bawak anak kecik, ramai betul orang xmuat dewan..Sepatutnye buat la kat dewan yang lebih besar sikit..Selesa tuk parents yang bawak anak..Nasib baik aku xbawak aiman..Kalau xmau die menangis..

Tengah sembang2 ngan akk nie aku xperasan plak anak aku da naik pentas..huhu..xsempat nak amik pic die..Tapi xpela..nanti ada gambar yang photographer amik boleh la tengok..Nie je pic yang sempat mama amik sayang..
Senyuman manis sidara saya

Selesai sudah konvokesyen 6 tahun

Tahniah sayang!!

Majlis Graduasi Tabika Kemas 2016

Selasa, 25 Oktober 2016

SAMPLE PERCUMA!!!

Oktober 25, 2016 1 Comments

38 Sample Barangan Yang Anda Boleh Dapat Secara PERCUMA !


Siapa kat sini sukakan sample percuma? Mesti suka kan? Dah la percuma, lepas tu terus hantar ke rumah. Siapa yang tak nak, kan?
One thing I like pasal dapat sampel percuma ni ialah kita boleh test samada produk tu sesuai dengan kita ke tak. Contohnyalah, masa anak I umur setahun lebih, I try bagi dia sample baby food yang I dapat secara free. Baru bagi satu suap, muka dan badan anak I dah merah padam sebab tak tahan dengan lactose / laktosa dari susu lembu.
Terus dia muntah. Baru dia nampak ok balik. Tak lama lepas tu I try lagi sekali untuk perisa lain yang takde lactose, baru dia ok sikit. Tapi takdelah I beli memandangkan dah tahu kondisi anak sendiri. I think home cook is the best. Lagi-lagi bila kita yang buat sendiri. Gerenti sedapp hihi
Same goes to susu untuk mommies yang mengandung. Nak dijadikan cerita, rezeki I murah masa mengandung. Semua susu untuk materna mom I dapat free je. Tak pernah beli langsung. Sampaikan terlebih-lebih dan expired lepas bersalin. Silap juga tak pass kat orang lain tapi masa tu takde kawan dekat yang pregnant.
Bila sebut bab free sample, I terkenang suatu kisah. Teringat masa zaman sekolah dulu, ada kawan satu kelas ni nakal sikit. Ada je idea dia nak buat. Masa kami form 4 – form 5 macam tu, dia pergi kumpul keratan free samples majalah especially dari majalah-majalah wanita dan majalah-majalah baby.
Apa yang dia buat, dia pergi isi nama kawan-kawan yang dia nak kenakan. Contohnya, kalau ada free sample sanitary pad, dia pergi isi nama budak-budak lelaki kelas kami. Yang perempuan pulak, dia pergi isi nama untuk sample-sample susu atau diapers. Bila dia isi borang free sample, syarikat brand tersebut akan terus pos produk tu ke rumah atau alamat yang dah diisi. Gigih betul kawan I tu menyakat orang hahaha
I pun pernah terkena. Pada suatu hari yang indah, punyalah happy dapat surat. Ingat ke dari peminat hihi. Rupa-rupanya surat beserta hadiah dari brand XYZ. Sempat jugak kawan I tu kenakan I. Cehh. Masa tu I tak sporting. Terkejut bila sample susu baby sampai rumah. Mama tanya kenapa I dapat free sample susu. Risau juga diorang fikir bukan-bukan.
Yelah..umur baru belasan jagung tapi dah dapat sample susu baby (nak jugak defend diri sendiri kan hahahaha). Mak mana yang tak terkejut kan. Esoknya masa pergi sekolah I moody. Ni semua gara-gara kawan I yang nakal tu. Tapi dia gelak je. Tak jadi I nak marah tau. Yelah…dah personaliti dia sentiasa riang gumbira. Sampai sekarang dia nakal. Kat fb pun dia sakat orang. Bababbb karangg…
Anyway, rupa-rupanya nak dapatkan free sample ni ada lagi. Kalau dulu kita kena isi borang dan pos surat tu kat kat company. Sekarang ni kita just isi particulars online je and terus company tu pos kat rumah. Macam biasa, kenalah isi nama, alamat dan no tel. Selalunya ada disclaimer yang data personal kita beri tu takkan disalahguna. Apa lagi, jom dapatkan sample percuma dari produk-produk yang I akan list kat bawah lagi stok masih ada.
I pun ada disclaimer: I tak jamin stok masih ada atau tidak di saat you apply for free sample ni yea. So silalah baca terms and conditions. Membacakan amalan yang mulia  
And don’t be suprised yang kebanyakan barang-barang sample ni adalah untuk ladies/mommies and babies ye. Korang jangan pulak jadi macam kawan I yang nakal tu pergi kenakan kawan-kawan yang lain yea. Tapi nak kenakan sekala sekala pun takper hahahaha

FREE SAMPLES Barangan babies, mommies & children
Susu/Cereal
11. Karihome free sample (yang ni kena call yea)
Diapers
12. Whoopee free sample (yang ni kena email whoopee@peoplengrit.com )
 Barangan mommy/baby
18. Suvana Organic free sample (Lembah Klang sahaja) ***yang ni dah habisss

FREE SAMPLES  Barangan wanita
Sanitary Pad
23. Intimate
 Pembersih peribadi wanita
 Facial wash / Skin care
26. Nano White Fresh free sample (tarikh tutup 30 April 2016)
28. Clarins UV Plus Anti- Pollution – Kena collect kat kaunter sebelum 30 April 2016

Lain-lain

FREE SAMPLES  Random
Syampu
32. Dove

Diapers dewasa 

Minuman/Makanan

Sabun detergen

Nota:
**Some of the free sample requests require you to register as a member. Fret not, the registration is free.
**Beberapa permintaan sampel percuma memerlukan anda untuk mendaftar sebagai ahli. Jangan risau, pendaftaran adalah percuma.
 Seronok kan bila dapat free samples? Ok…jom online window shopping pula. Jom tengok 10 Barang Menarik yang anda boleh beli melalui online.

Sabtu, 8 Oktober 2016

ANUGERAH TERINDAH

Oktober 08, 2016 0 Comments
Sejak2 da ade blog nie,mcm2 nk share..ok..mlm nie aku nk throwback mengenai my hero sorang nie..hero kesayangan mama ayah..alhamdulillah allah mkbulkn prmintaan aku tuk dapat baby boy..
Masa mgandungkan aiman nie xbnyak ragamnye..no mornink sickness,no mgidam yg bukan2 n senang nk lahirkn die..Myb sebab ank da rmai kot??😂😂

Aiman sepatutnya kluar pada 20.7.2015..tp disebabkn excited raya pnya pasal,aiman kluar pada hari raya ke 2 iaitu 18.07.2015..sebenarnya mlm raya lgi da sakit tapi aku gagahkn jugak la p berjalan raya umah mk mertua kak aku kt felda teloi..sembang pnya sembang,mkan punya makn mlm tue ondway balik aku da sakit2 prut..kjap2 mgeras..tp aku tahan lgi smpai la pgi raya ke 2 tue aku bgun tdow tgok da ade tnda2 nk brsalin..

Pgi tue sempat la aku mkn ktupat rendang sbgai alas prut spya aku ade tnaga nk teran baby nnt..smpai hospital kul 12.30 cek ctg n bukaan da 5cm..ape lg kna tolak LB la jawabnye..hospital sultan abdul halim sungai petani ni aku respek sgt dri segi layanan die mmg bgus..xpyah ko nk tnggu lama2,bilik LB pn bnyk yg kosong..kebersihan terjamin..xmcam hospital sungai buloh..eh melalut plak smpai ke situ ye..hihii..

Bila da smpai LB, doktor dtg cek n suami aku pn ade skli dlm tue sbb aku nk suh die tgok sndri mcmne rasanye sakit nk bersalin nie..sakit dtg 5 mnit 5 mnit..aku da xthan n doctor bg aku ubt tahan sakit..kna sdut gas..mkk oii penangan gas tue buat aku mamai skjp..rasa nk tdow je..pusing kiri xkna pusing kanan xkna..sakit nie la yg mmg pling2 aku xska..rasa mcm nk tecabut nyawa menahan sakitnye tue..

Misi dtg cek bukaan da 8cm n die suh aku teran..sebenarnye aku takut nk teran wlupn ank da 3..takut tue tetap ade..sekali teran doc ckp da nmpk kpala baby, teran lg n teran..5 6 kali jgak la aku teran..aku igt da kuar sume..rupanye xkuar abh..last tran bru la rasa lega..sgala sakit td smua trus hilang bila dgr suara baby ngis..alhmdulillah..allah prmudahkn urusanku..tepat jam 3.38 ptg lahirnya putra yg ditunggu2..

Patut la aku teran bnyk kali sebbnye baby aku nie kluar besar semcam..xpadan ngn mknye..hihii..trima kasih pada kwan2 dan kluarga yg mndoakan aku dan baby selamat & sihat..trma kash jga buat suamiku sebb sudi teman aku dri awal aku masuk smpai la lhirnya zuriat yg ditunggu2 nie..satu2nya waris kuat dlm kluarga..mama syg kamu..kmu adlh anugerah yg terindah dlm hdup mama n ayah..mama doakan kmu mmbesar dngan sihat serta patuh pada agama dan dapt mmbanggakan mama ayah suatu hari nnt..insyallah..😘😘





My sugarplum 🍑 : Putra Aiman Ziyad
Age I Got Pregnant 👣: 27
Age I Gave Birth 👶: 28
Due Date 📆: 20 July 2015
Day I Gave Birth 🎂: 18 July  2015
Time In Labour ⏰: 2.40 p.m
Time Born ⏰: 3.38 p.m
Natural or C section 🏥: Normal
Weight 🎊: 3.6 kg
Hospital 🚑 : Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah

Jumaat, 7 Oktober 2016

KEK COKLAT CHEESE BERHANTU

Oktober 07, 2016 2 Comments
Tengok tajuk pn da seram..hihi..tp seram2 pn sdp dimakan..haa..nie salah 1 projek aku pasa masa lapang..aku da lma nk buat kek nie tp slalu je xde masa..n klau da tringin sgt2 nk mkn, aku bli je..paham2 jela klu bli nie ade je yg xkna kt tekak nie..last2 aku cri resepi dan try buat..percubaan pertama aku berjaya dengan jayanya..jgn tgok pada rupa..tngan aku nie bukan la tngan seni..comot skit bab nk melorek2 nie..ntah ape2 cork je yg aku buat tue..harap jgn gelak..rasa kek nie sgt2 la sdap!!aku bg 5 bntg..ceh pji dri sndri nmpk..tp serius sdp gle..insyallah kalau ade rezeki lebih aku nk buat bizz nie suatu hari nanti..doa2kan la smoga dipermudahkan..