Ik

Isnin, 20 Januari 2020

Kisah kucing - Bubu beranak kali kedua

Januari 20, 2020 26 Comments
Haii gaaiss.. For new entry untuk kali nie iolls nak kongsi pengalaman pertama kucing kesayangan iolls yang bernama Bubu die beranak tuk kali kedua.. Yela, masa first time die beranak cuma keluar 2 ekor je.. Tue pun keluar terus mati dan die xpandai nak jaga anak die. Lepas beranak je terus die tinggalkan anak die. Mayb die dah tau kot anak die memang tak sihat dan tak hidup lama so die biarkan aje.. So tuk kali kedua nie berbeza dengan yang first tadi..


Sebenarnya nie pengalaman pertama iolls tengok kucing beranak depan mata. Kata orang dulu-dulu, kucing kalau nak beranak die akan beranak kat tempat yang gelap, tapi kucing iolss nie lain sikit sebab die beranak kat tempat terang dan nak iolls teman die. Ada ke dikalangan korang yang ada kucing die beranak sama macam kucing iolls nie?

Macam pelik je kan bila kucing iolls nie minta iolls temankan die beranak. Mulanya die datang dekat iolss then meow-meow je macam nak bagitau yang die nak beranak. Iolls syak yang die nak beranak sebab cara die meow pun lain macam, selalu tak macam nie pun. Then iolls tengok muka die da lain, tengok punggung die pun ada macam benda nak terkeluar so cepat-cepat iolls sediakan besen letak kain baju yang tak pakai then  alas surat khabar. 

Jadi guard depan pintu bilik

Tak lama tue, Bubu iolls selamat melahirkan baby die yang pertama tepat jam 12.35 tengah malam. So untuk next baby plak, keluar jam 1.30 pagi, yang ketiga keluar pukul 2.20 dan yang ke empat kul 3.10 dan sampai la anak die yang ke enam keluar kul 4.20 pagi. Lama betul iolls tunggu and temankan die. Bila iolls naik katil nak tidur, die pun sibuk meow nak iolls teman kan die lagi.. Manja betul.. Kesudahannya pagi tue memang iolls mengantuk yang teramat sangat. 

Tak sangka dah jadi mak si Bubu nie

Keesokkan harinya, bertambah meriah la dengan bunyi anak kucing yang comel. Kali nie anak Bubu semua hidup dan tak sangka banyak betul keluar sampai 6 ekor. Orang yang paling happy tentulah suami dan anak-anak. Sebelum nie Bubu kemain manja lagi dengan husband, balik keja tunggu depan pintu, nak tidur pun tidur hujung kaki. Lepas nie tak adalah nak manja-manja lagi sebab dah  sibuk menghabiskan masa dengan anak-anak pulak. 

3 ekor kaler sama macam Bubu, sekor tue 2 kaler putih mix hitam

2 ekor nie kaler hitam mix ngn kaler coklat dan putih

Oklah, setakat nie jerla yang dapat iolls kongsikan pengalaman pertama tengok Bubu beranak depan mata.. Nanti kita story lagi pasal Si Bubu. Semoga membesar dengan sihat dan selamat. Tengah mikior nama apa nak letak dekat anak-anak si Bubu nie. Kalau uollls ada cadangan, boleh la share dekat komen nanti ye..😉

Khamis, 9 Januari 2020

Kes Influenza Meningkat Tapi Bekalan Ubat Kurang – Dr. Musa Pakar Pediatrik

Januari 09, 2020 11 Comments



Pakar pediatrik Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes penyakit influenza di Malaysia.

Beliau yang juga pakar perunding di hospital KPJ Damansara berkata, kes penyakit Influenza sehingga kini merekodkan kenaikan dua kali ganda pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Terdapat sejumlah 2076 kes direkodkan pada 2019 berbanding tahun sebelumnya dengan 1222 kes, kata Dr Musa yang mengetuai unit kawalan penyakit berjangkit di hospital itu.

Dr Musa berkata hospital swasta lain turut merekodkan peningkatan sama influenza.

“Katil kami dipenuhi oleh pesakit yang mengalami selesema yang perlu diasingkan bagi mengelakkan jangkitan.

“Saya mempunyai empat orang dari satu keluarga (semua positif selesema) yang telah mendaftar keluar dari empat hospital sebelum diperiksa oleh saya - saya akhirnya perlu siapkan empat bilik untuk merawat seluruh keluarga ini.

“Jadi ada kenaikan kadar selsema di negara ini," katanya kepadaMalaysiakini.

Peningkatan kes influenza menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahap kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir.

Ubat tersebut – yang lebih dikenali sebagai Tamiflu - digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.

“Kami sudah sampai ke 100 kotak yang terakhir manakala (hospital) lain ada yang kurang daripada ini. Bekalan tidak dijangka ada sehingga akhir Januari atau Februari," katanya.

Dr Musa berkata isu ini dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan panik tetapi untukmenggalakkan vaksinasi influenza.

Terutama bagi kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak berumur bawah lima tahun atau warga emas berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, kakitangan penjagaan kesihatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma dan diabetes serta pelancong.

Kumpulan berisiko tinggi digalakkan untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun.

Influenza boleh sebabkan kematian

Jangkitan virus influenza mungkin kelihatan seperti selesema biasa namun ia sebenarnya lebih parah.

Virus berkenaan akan memberi kesan kepada sistem pernafasan dan boleh menyebabkan kematian, terutama di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem ketahanan badan (imun) yang belum matang.

Bayi berumur di bawah enam bulan pula terlalu muda untuk vaksin influenza.

Virus ini boleh tersebar melalui jangkitan batuk dan bersin. Virus influenza boleh hidup di luar badan selama berjam-jam atau berhari-hari.

Antara gejalanya adalah demam mencecah suhu 38 darjah Celcius, kesukaran bernafas, batuk kering, hidung tersumbat, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, sakit kepala, cirit-birit, konjunktivitis, muntah-muntah dan sawan (di kalangan bayi).

Sumber: Malaysia Kini