Ik

Selasa, 31 Oktober 2017

PULAU GAYA TARIKAN TERBARU DI SABAH

Oktober 31, 2017 5 Comments


Korang pernah dengar nama Pulau Gaya?Dekat mana Pulau Gaya nie??Apa yang best kat Pulau Gaya nie??Hah mesti korang tak sabar dan nak tahu apa yang menarik dekat Pulau Gaya nie kan…Jom nad ceritakan serba sedikit tentang keunikan dan keistimewaan Pulau Gaya nie..Kepada korang yang da plan atau sedang merancang percutian sempena cuti sekolah nie, maka tempat yang patut dan wajib korang mesti pergi ialah Pulau Gaya..Tak sah kalau korang da bercuti tapi tak singgah di Pulau Gaya nie..Jom kite tengok apa yang menarik di Pulau gaya nie..

Pulau Gaya nie merupakan Pulau yang terletak di negeri bawah bayu iaitu Sabah dan ianya berhampiran dengan bandaraya Kota Kinabalu..Pulau ini telah menyimpan banyak bahan sejarah yang belum dikaji dan diterokai. Selain itu, pulau ini juga dikatakan menjadi tumpuan pengunjung yang sering datang kesini untuk menikmati panorama pantai dan keindahan alam semula jadi sebab bagi korang yang tak tahu, pulau nie ada hutan tropika yang belum lagi tercemar.

Bagi korang yang gemar melakukan aktiviti di laut biru, apa kata korang cuba scuba diving dan snorkling disini..Terdapat pelbagai jenis terumbu karang yang cantik dan juga ikan yang berwarna warni yang boleh korang lihat dengan mata kepala sendiri silap-silap boleh berenang dengan ikan lumba-lumba tau..hehe.. Untuk korang yang belum pernah lagi datang kesini, maka ciptalah seberapa banyak pengalaman korang. Bagi nad, tempat nie sangat sesuai bagi mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi. Nad jamin korang pasti akan puas hati setelah melihat dan merasai sendiri pengalaman apabila menjejakkan kaki disini..

Jom kite tengok plak penginapan yang ada disekitar Pulau Gaya nie..Servey punya servey nad tertarik dengan satu tempat nie iaitu Gaya Island Resort..Sebab apa nad suka Gaya Island Resort nie??Sebabnya lokasi yang strategik dan tidak terlalu jauh hanya 8.36 kilo meter dari lapangan terbang Kota Kinabalu dan berdekatan pula dengan pengangkutan awam...So confirm-confirm la nad tak sesat.
Jom usha pic kat bawah nie..Bagi korang yang plan nak menginap disini, nad pasti korang akan berpuas hati dengan layanan staff disini sebab diorang nie friendly sangat-sangat..Selain bilik yang sangat luas, kemas, teratur dan mewah, terdapat juga kemudahan lain yang disediakan oleh Gaya Island Resort nie antaranya ialah terdapat kolam renang, bagi yang nak santai-santai boleh la santai kat sini, kalau korang nak mandi laut pun boleh juga, ikut korang la..Gaya Island Resort nie juga ada menawarkan perkhidmatan spa untuk korang merehatkan minda dan tenaga, taman, cafe, perkhidmatan laundry & dry cleaning, perkhidmatan limousine, water sport-banana boat, jetski, berkayak, outrigger dan outdoor games iaitu berkuda dan ATV  4-wheel motorspot. Tidak lupa juga, pihak hotel ada menyediakan aktiviti khusus untuk kanak-kanak, so boleh sangat la kalau korang nak bawa anak-anak time sekolah nie..









So secara overall nad bagi 5 bintang untuk Gaya Island Resort nie sebab penginapan dan perkhidmatan yang ditawarkan memang terbaik la..selain dari layanan yang baik, bilik yang mewah, keadaan persekitaran resort yang bersih, Gaya Island Resort  ini juga boleh dikatakan tempat yang sesuai untuk dijadikan percutian idaman keluarga ..Comfirm korang akan berasa selesa sepanjang berada disini..
Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke BOOK GAYA ISLAND RESORT ONLINE dan nikmatilah percutian yang menarik dan korang takkan menyesal apabila memilih Gaya Island Resort sebagai destinasi percutian korang..Selamat bercuti…




Khamis, 26 Oktober 2017

HADIAH ANNIVERSARY DARI PRINTCIOUS

Oktober 26, 2017 8 Comments
Pin..pin..pin..

Posto..posto...

Hadiah yang ditunggu-tunggu sudah pun selamat sampai ke rawang..Cepat juga servis dari Printcious nie baru oder 2 hari da siap sampai depan pintu office pulak tue..Jom tengok apa ada dalam kotak printcious yang comel nie...







Tengok beg plastik yang dibungkus pun da menarik minat untuk beli


Jeng..Jeng..Jeng...Tadaaa

Alhamdulillah masih dipanjangkan jodoh bersama insan tersayang. Tahun nie genap la 9 tahun ulang tahun perkahwinan nad bersama suami tercinta iaitu en Mohd Farizaatul Akmar..Sempena anniversary tahun nie, nad nak hadiahkan untuk suami tersayang nie satu mug yang sangat cantik dari Printcious..Korang ingat lagi tak, entry yang lepas nad ade cite pasal printcious nie..Hah sekarang nad da cuba dan ternyata nad sangat berpuas hati sebab dapat design sendiri mug nie sampai jadi macam apa yang nad nak..Tengok mug tue..Cantik kan??


Mug Anniversary kami yang super ohsem!!


Cantik tak??


Terselit pula gambar hero kecik nad disitu 


Sebenarnya rambang jugak mata nad masa nak pilih hadiah mana yang sesuai untuk anniversary kami nie..Last-last nad pilih mug sebab en suami nie suka sangat suruh nad buat air untuk dia..Kenapa ada tarikh kat mug tue??Sebenarnya saje nad letak tarikh anniversary kami dekat mug tue supaya setiap kali masa en suami minum air, mesti die tak lupa hari penting kami..Al maklum la banyak faktor yang buat en suami nie cepat lupa..Sama-sama la kite mengingati antara satu sama lain..

Kepada korang yang nak dapatkan mug cantik macam nad nie dengan hasil design korang sendiri boleh dapatkannya di Printcious sebab selain dari mug korang juga boleh design sendiri baju, bantal kusyen, keychain, tote bags, puzzle, button badges, magnet, cover handphone dan macam-macam lagi yang pasti mesti korang puas hati dapat design sendiri untuk yang tersayang..

Untuk pengetahun korang, sekarang nie printcious ada buat promosi sehingga 30% dengan menggunakan kod-kod yang diorang sediakan macam nie..Caranya senang je korang kena daftar dulu kat sini PRINTCIOUS kemudian pilih hadiah apa yang korang nak design dan lepas da siap design tue masa korang nak buat pembayaran da tertera kod dekat situ..So dari harga sebenar RM57.00 korang boleh dapat RM39.90 berbaloi bukan??


Jari nad pun da penat nak taip panjang-panjang, so korang tunggu apa lagi, boleh la terus pergi ke website PRINTCIOUS  untuk design sendiri hadiah apa yang korang nak bagi kat someone special tak kisah la hadiah sempena hari jadi ke, ulang tahun perkahwinan ke, hari bapa, hari ibu, hari guru ataupun sebagai hadiah cenderahati untuk dibuat kenang-kenangan..

Sebelum terlupa, nad nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak printcious sebab sudah merealisasikan apa yang nad nak sempena anniversary nad tahun nie walaupun tak seberapa tapi yang pasti ianya akan menjadi kenangan terindah dalam hidup nad..Insyallah lepas nie hari-hari penting nad, akan menjadi hari yang paling bermakna sebab dengan adanya printcious nie tiada lagi masalah untuk nad nak cari hadiah. Pergi je kat website PRINTCIOUS nie semua dah ada..Tanpa printcious maka tidak lengkap la  kenangan kami sekeluarga..Printcious tetap dihati


Sekian sahaja coretan nad untuk PRINTCIOUS  kali ini..


-Printcious gifts from your heart









Rabu, 18 Oktober 2017

AKIM & THE MAJISTRET-LAGU UNTUK LAILA

Oktober 18, 2017 0 Comments
Pukau dengan kejelitaan dari dahulu
Bersama-sama kamu cumalah hanya khayalan
Dua sejiwa yang terpisah sungguh sadisnya
Terdampar dilautan dipukul kuat gelora

Memang dunia tidak adil untuk kita
Bukan disini mungkin disana

Kerana engkau yang aku cintai
Segala semua punyaku untuk kamu
Mengapa lama sudah pun jadi gila
Kerana engkau bertakhta dihati

Terperangkap di Antartika lapar dan dingin
Bila ada kamu hilanglah semuanya

Dan bebas terbang diudara berkubur sudah
Senyapnya dipatahkan supaya tidak bersua

Memang dunia tidak adil untuk kita
Bukan disini mugkin disana

Kerana engkau yang aku cintai
Segala semua punyaku untuk kamu
Mengapa lama sudah pun jadi gila
Kerana engkau yang bertakhta dihati







Isnin, 16 Oktober 2017

Powerbank Meletop

Oktober 16, 2017 22 Comments
Hari nie tercipta 1 lagi sejarah dalam kamus hidup aku bila mana power bank yang aku cas tiba-tiba meletop..Kisahnya begini, masa aku balik tenghari untuk ambil anak aku, kebiasaannya aku akan cas powerbank aku yang wane pink tue tapi disebabkan xjumpa aku pun amik la powerbank pineng untuk cas..Macam selalu aku buat, lepas cas aku tinggalkan..Bila dari balik kerja, aku terhidu bau macam terbakar..Aku cari mana datangnya bau tue sekali aku tengok powerbank yang aku cas tadi da cair sekali dengan plastik yang ade dekat tepi powerbank tue..Nasib baik aku tergerak hati nak bawak anak-anak aku pergi tempat kerja, kalau aku tinggalkan diowang tadi xtau la jadi ape..Silap-silap boleh terbakar rumah aku nie..



Pengajaran yang aku dapat selepas dari kejadian nie  firstly memang aku da serik nak cas power bank lepas tue tinggal macam tue je..Rasa trauma sangat..Sebenarnya da bnyak yang aku dengar cite pasal powerbank pineng meletop nie..Ada yang sampi melecur masuk hospital..Punca yang boleh aku cakap mayb sebab kabel usb yang aku pakai kurang berkualiti atau powerbank tersebut merupakan powerbank tiruan..Aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab bukan aku yang beli powerbank tue tapi en suami yang beli ntah ori atau tak pun aku tak tau..Tapi bila aku tengok kepala cas tue masih elok dan boleh digunakan lagi..Aku syak kabel yang aku pakai tue punca die meletop..

Lepas nie aku kena beringat la kalau nak tinggal rumah aku akan pastikan yang semua suis elektrik sudah dimatikan..Kalau nak beli powerbank cari yang betul-betul original dan kalau nak guna kabel usb kena cari yang betul-betul berkualiti..Jangan beli yang murah tapi tak ada kualiti dan aku akan pastikan yang perkara nie tak kan berulang lagi..Nasihat untuk diri aku dan juga kawan-kawan yang lain..


Selasa, 10 Oktober 2017

Lagu dan Lirik Buta-Faizal Tahir feat Caliph Buskers

Oktober 10, 2017 16 Comments


Pejamkan mata
Dengarkan saja
Apa di minda

Apakah semua yang zahir di mata
Takkan pernah berdusta

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa 
Mensyukuri semuanya
 
Andai nantiku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerna mataku yang leka
Membuatku berdosa

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa 
Mensyukuri semuanya

Tuhan
Segalanya telah Engkau berikan
Tetapkan saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa 
Mensyukuri semuanya

Tanpa Kamu siapalah aku
Tanpa aku tetap saja Kau sempurna
Dan satu
Terangilah hatiku

Oh maafkan aku 
Selalu terlupa mensyukuri semua

Pejamkan mata
Dengarkan saja
Apa di minda
 
 
 
 

Sabtu, 7 Oktober 2017

PERLUKAH SIMPAN UBAT DEMAM DALAM PETI SEJUK

Oktober 07, 2017 11 Comments




Balik rumah nanti, cuba korang buka peti sejuk, tengok ada tak simpan ubat demam, selsema atau ubat batuk dalam peti sejuk?Mesti adakan lagi-lagi bagi mereka yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ini.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam atau lebih juga dikenali dengan nama Paracetamol. Ada banyak jenis atau jenama ubat yang mengandungi paracetamol antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ini dalam peti sejuk dengan anggapan ia pasti tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh, ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula ubat demam nie di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya?

Berapa lama kita boleh simpan ubat demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan sehingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml-100ml ubat sahaja. Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml jika diambil 5ml untuk 4x sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan. Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1-2 bulan mengikut jenis ubat. Tetapi jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang, sebaik-baiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan ditempat yang kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama. Kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya. Jangan simpan lebih 2 bulan ubat demam yang telah dibuka. Ubat yang dibotolkna atau dikilangkan biasanya diisi dengan udara yang bersih ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen atau udara yang bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria didalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka didalam peti sejuk, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk didalam botol ubat melalui proses kondensasi. Wap air yang terbentuk ini, tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi yang membiak didalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat didalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya. Jadi kalau nak simpan ubat demam sebagai spare dirumah, beli dahulu ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dan sembuh daripada demam. Tak perlu simpan baki ubat demam didalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga tarikh sampai tarikh luputnya.

Sumber : RAHMAN BACO, Pharmacist

Isnin, 2 Oktober 2017

PV Naik Mencanak

Oktober 02, 2017 24 Comments




Kebiasaannya blog nad nie xdela cecah sampai 1k pv..Paling tidak pun 100 je pv dalam sehari kadang tue tak sampai pun tapi hari nie sampai setakat jam 10 malam tudiiaa memang tidak disangka-sangka sangat la terkejut macam tak percaya plak tengok traffic blog untuk entry yang nad post pagi tadi terus naik meroket..Kalau la pv nad macam nie hari-hari kan best..Mayb ikut mood owner blog juga kot??

Kalau nak di ikutkan, nad nie bukan la blogger yang terkenal macam kawan-kawan yang lain yang sudah ada nama sendiri dan pengikut yang ramai dalam blog macam Lyssa Faizureen, Fatin Liyana, abang Hasrul Hassan, Namee Roslan..Nad hanya la seorang blogger partime sahaja..Boleh dikatakan nad nie masih baru dalam dunia blog..Banyak lagi perkara yang perlu nad belajar dan perbaiki untuk menjadi seorang blogger yang berjaya suatu hari nanti insyallah..Kepada senior2 blogger yang da lama menapak tue harap sudi la kalian membantu nad jika nad ada masalah atau jika nad ada buat salah dan silap..Kadang kita nie perasan salah orang tapi salah sendiri kita tak nampak..Umpama macam itu la..

Sebelum tue, nad nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan blogger yang sudi singgah dan baca entry-entry nad yang tidak seberapa ini..Insyallah nad akan cari idea macam mana nak jadikan blog nad nie setanding dengan mereka yang sudah berjaya tue..Tak salah kalau kita bersaing secara sihat..

Ok la tangan nad pun da letih nak menaip kat handphone nie..Nampaknya lepas nie nad da boleh servey untuk beli laptop sendiri bila ada rezeki nanti insyallah..Kite jumpa di next entry ok..

Assalamualaikum..

Grand Opening Upin & Ipin Store Ampang

Oktober 02, 2017 17 Comments
Apa aktiviti korang hujung minggu yg lalu?Ada yang duduk rumah?Ada yang menghadiri kenduri kahwin?Ada yang balik kampung?Kalau korang nak tahu aktiviti nad jom nad kongsikan serba sedikit apa yang nad buat semalam..

Untuk pengetahuan semua, pasti ada dikalangan blogger yang dapat invitation ke majlis perasmian Upin & Ipin Store Ampang semalam..Nad pun tak ketinggalan dalam senarai antara 30 blogger yang bertuah itu..Kalau korang nak tau, nad merupakan orang kedua paling awal sampai mana tidaknya anak2 da excited sangat nak jumpa dengan maskot kesayangan diorang nie siapa lagi kalau bukan Upin & Ipin..




Nasib baikla masa sampai tue terserempak dengan kak ana dan kak shuhaida kabdy kalau tak, maunya nad sorang2 kat situ..Segan juga lah sebab tak ada geng nak berbual..

Berbalik pada aktiviti tadi, majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hajjah Ainon Ariff dan suami beliau En Haji Burhanuddin Radzi..Seterusnya acara dimulakan dengan kehadiran tetamu VIP dan blogger2 yang bertuah dan diikuti dengan bacaan doa oleh krew Upin & Ipin.



Pelbagai acara menarik yang telah diadakan sepanjang nad berada disini antaranya Kuiz Upin dan Ipin, lucky draw, bergambar bersama Maskot kesayangan Upin dan Ipin, Maskot Mamee dan Mr Potato pun ada dan juga pertandingan mewarna Upin dan Ipin.





Anak2 nad pun tak ketinggalan untuk join aktiviti tersebut. Anak2 nad masuk pertandingan mewarna dan alhmdulillah rezeki anak nad hari tue menang dalam pertandingan mewarna. Yang si kakak dapat tempat pertama dan si adiknya dapat tempat ke 3..Tempat ke 2 pula dimenangi oleh anak kak shuhaida kabdy..







Selain aktiviti bergambar dan pertandingan mewarna, korang juga boleh mendaftarkan diri dengan menjadi ahli kelab Upin & Ipin dengan bayaran sebanyak Rm15.90 setahun dan untuk renew pula hanya Rm10.90..Sebab apa korang kena jadi ahli?Sebabnya korang boleh kumpul mata ganjaran serta dapat potongan diskaun dengan setiap pembelian barang2 Upin dan Ipin yang terpilih..Antara koleksi Upin & Ipin yang ada ialah bedsheet, towel, key chain, layang-layang, buku mewarna, komik, fride magnet, button, jam tangan Upin & Ipin, payung, beg Upin & Ipin, stationery, bekas air dan juga baju t-shirt yang cantik dengan design terkini..Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang di SINI dan juga boleh mendaftar secara online..







Ok lah rasanya sampai kat sini dulu entry nad untuk kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga nad ucapkan kepada En Mohd Zarin kerana telah merealisasikan impian anak nad untuk bersama dengan maskot kesayangan diorang dan paling penting ini merupakan detik yang paling indah dan berharga yang tak dapat nad lupakan..