Ik

Khamis, 21 Julai 2022

Pengalaman Menghadiri Temuduga SPA Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N19

Julai 21, 2022 24 Comments
Assalamualaikum semua..

Masih ingat lagi tak entry nad pernah nad kongsi sebelum nie? Berkenaan peperiksaan online PSEE.. Kalau ada yang belum baca, boleh baca disini. Untuk entry kali ini, nad nak share dengan korang pengalaman temuduga dengan SPA nie.



Apabila kita melepasi peperiksaan yang diwajibkan, maka langkah seterusnya adalah temuduga. Bab temuduga nie memang kebanyakan orang akan nerves la lagi-lagi apabila ini adalah temuduga pertama bagi nad. Pelbagai perasaan dok ada dalam hati nie, sat gembira, sat ketaq, sat rasa macam nak terkeluar isi jantung semua laa ada.. Tapi nad cuba ketepikan semua perasaan tue.

Untuk temuduga nie, nad share la serba sedikit tentang persiapan yang nad da buat. Bila terima email mengatakan yang nad lulus peperiksaan, nad pun terus google cari soalan-soalan yang bakal ditanya. Nad juga banyak membaca dari blog tentang pengalaman diowang yang dah berjaya dalam temuduga. Tengok dekat youtube tentang tips dan cara temuduga. Antara persediaan yang nad dah buat :


Fail dan Salinan Sijil

Bab fail nie tak kisah pun nak kaler apa. Asalkan clear folder. Susunan sijil original dalam fail mula dari ic, surat beranak, sijil pmr, spm, sijil berhenti sek, sijil politeknik, sijil kokurikulum last sekali lain-lain sijil. Sijil yang berkaitan dengan jawatan korang je uang boleh diambil pakai, yang tak berkenaan tak payah la buh. Contoh macam korang ada sijil masakan, tapi iv jawatan PTPO, memang tak kena la kan..

Sebelum terlupa, semua salinan sijil tue perlukan cop pengesahan bukan cop dari ketua kampung, jkkk. Maksud pengesahan dekat sini contoh macam pegawai yang berpangkat tinggi la. Macam nad dulu, minta cop pengesahan dekat IPK Melaka dah alang-alang nad ada dekat melaka masa tue. Iv nye dekat kedah sana, walaupun sebenarnya nad duduk rawang.. Ehh macam mana pulak tue..

Gambar

Bab gambar nie, nad buat awal. Gambar ukuran passport berlatar belakang warna biru dan nak nampak lebih elok pakaila kot dan senyum bagi nampak gigi.. 

Resume Bergambar

Untuk resume, cuba buat seringkas yang boleh.. Maksudnya simple tapi padat. Buat satu muka surat je dan jangan lupa tampal gambar passport yang korang dah ambil tadi.

Pakaian, Aksesori, Tanda Nama, Kasut

Pakaian bagi perempuan baju kurung dan sopan tidak menjolok mata, warna tue biarla yang sedap mata memandang macam warna soft atau pastel. Kalau boleh baju kurung simple je, tak yah corak or labuci bagai.. Kebaya pun tak payah la pakai, nanti da keja nak melaram macam che ta pun xpa..

Aksesori jangan terlalu berat, contoh gelang or cincin, kalau ade 10 cincin pun, elok pakai 1 je gelang pun 1. Jam tangan kalau boleh pakai.

Tanda nama, ramai yang cakap tak payah pakai, just untuk yang dah bekerja kerajaan je boleh pakai. Tapi nad buat juga tanda nama tue. Sebab nad rasa yakin bila nak iv. Perasaan tue lain macam.. If kena tanya kenapa pakai, nad dah ada jawapan tue siap-siap.

Kasut pula bagi perempuan biar bertumit sikit dalam seinci dan bertutup. Kalau boleh pakai la stokin. Handbeg kalau nak pakai pun boleh tak ada masalah, sebab kat dalam bilik iv ade disediakan meja kecil untuk korang letak beg. Nad pakai backpack je kemudian masa nak masuk bilik iv, nad tinggalkan dekat luar. Nad minta calon lain tolong jagakan. Sebenarnya kesemua kriteria nie ada markah. 



Soalan dan Temuduga 

Berkenaan soalan, nad banyak study tentang skop dan bidang tugas pembantu tadbir perkeranian operasi n19, nad banyak buat latihan bercakap sendiri depan cermin, latih diri untuk senyum. Sebab masa iv, eye contact kena jaga, jangan buat masam je muka tue.. Sepanjang iv, muka kena manis dan senyum je.. Mata tue jangan pandang ke tempat lain, just pandang panel yang ada dekat depan tue dan jawab soalan sambil senyum..

Soalan bergantung pada panel, dapat panel yang suka tanya banyak soalan, masak laa nak menjawab. Masa nad iv dulu, bukan sorang-sorang masuk tapi sekali 2 orang masuk bilik iv. Bayangkan kalau 2 orang sekali masuk, kita nak bagi jawapan pun mesti akan ada rasa sedikit terganggu. Nasib baik la nad orang pertama yang panel tanya dan dapat jawab soalan dengan baik.. Soalan lebih kepada situasi.

Memang menguji sikit  soalan die sebab panel nak tengok cara kita berfikir dan cara kita menjawab soalan tue. Tapi alhamdulillah nad dapat jawab kesemuanya dengan tenang.

Hari iv pastikan korang datang awal kemudian register dan ambil no giliran. 7.30 nad da sampai tempat iv. Dalam pukul 09.20 no giliran nad dipanggil. Dapatla no 4007 iaitu orang ke 7 bilik iv bilik D panel 2 orang perempuan. Masa iv nad dalam 20 minit macam tuela.. Pukul 09.40 da keluar dari bilik iv. 



Lega rasa sebab dah selesai iv. Sekarang nie, apa yang nad buat adalah tawakal dan berdoa banyak-banyak, semoga nadia md radzi lulus temuduga PTPO nie. Kita dah buat sehabis baik. Semoga ada rezeki, insyallah.

Semoga dengan perkongsian dan pengalaman nad nie dapat membantu sedikit sebanyak untuk calon yang bakal menghadiri temuduga nanti. Next entry, nad kongsi pula keputusan temuduga. Stay tuned gaaiss..