Ik

Rabu, 22 Disember 2021

Kempen Kembali Ke Sekolah 'Cerahi Kehidupan Bersama Top' Muncul Semula Dengan Lebih Baik Dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah

Disember 22, 2021 1 Comments


Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Satu kajian-kajian mendapati ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.


Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama Top (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM), AEON dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolah bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.

JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak bakal memulakan persekolahan Tahun Satu 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southen  Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.

Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotal pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima mainan lembut dan buki ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emilia Yusuf. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Farm dan terbaharu Dina's Art Class.

TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun hadapan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.

Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria-bakteria.


TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi kenghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak bahari dengan lebih lama. 

Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk 'Bebas Melangkah'.

"Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusuf bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah," kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif cerah kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik covid 19."


Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.

"Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hibungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka," kata Emila.



Buku edisi terhad 'Kiki Menentang Dunia Kuman' oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan Buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas tau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkain AEON atau kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.

"Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat membantu meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih ceria" tambah Ling.

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.

Selasa, 21 Disember 2021

Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah , sihat , bersih dan licin – Sesuai untuk Kulit Kering & Sensitif

Disember 21, 2021 0 Comments



 


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog nad. Bertemu lagi kita dalam entry terbaru dan kali ini, nad nak review berkenaan produk penjagaan kulit wajah. Hah, korang pernah dengar tak produk Kitsui? Sebelum nie, nad pernah review pasal Kitsui nie. Cuba korang tengok balik entry lama nad. Kebanyakan produk Kitsui nie, semuanya nad dah pernah cuba dan memang puas hati. Kitsui sekarang dah keluarkan produk terbaru mereka iaitu Kitsui Korean White Skincare ala ala Kbeauty, Korean halal skincare.  Menarik kan, jom nad cerita lebih lanjut lagi pasal Kitsui Skincare nie.

 

Kitsui Korean White Skincare nie merupakan produk skincare yang dijamin halal, bebas Alkohol dan hanya menggunakan ESSENTIAL OIL sebagai pewangi semulajadi. Ia menjadikan kulit lebih cerah, sihat, bersih dan licin. Sesuai digunakan untuk kulit kering dan sensitif.

 

Kitsui Korean Skincare bebas dari bahan - bahan berbahaya seperti :

 

-Sumber haiwan

-Pewarna tiruan

-Paraben

-Bahan toksin

-Sulfat

-Perfume

-Paraffin

-Silicon


Bersesuaian dengan tagline Kitsui iaitu menggunakan ramuan halal semulajadi dan semestinya produk yang digunakan adalah selamat dan tidak memudaratkan.



Tidak dapat dinafikan, produk Kitsui jugat telah mendapat pengiktirafan antaranya diiktiraf sebagai kilang GMP dan memenangi pelbagai anugerah tidak kira di dalam negeri mahupun antarabangsa.

 

Terdapat 2 jenis produk Kitsui Korean  White Skincare iaitu :

 

-Acne & Oily Skin

-Dry & Normal Skin

 


 

Macam kulit muka nad nie jenis kering dan normal memang sesuai pakai set nie. Antara item yang terdapat dalam set nie ialah :

 

-Kitsui White Cleanser

-Kitsui White Toning Lotion

-Kitsui White Serum

-Kitsui White Moisturizer



Kitsui Korean White Cleanser Gel


Bahan-bahan :

 

COENZYME Q10

-Memperlambatkan timbulnya tanda-tanda penuaan.

 

NIACINAMIDE

-Mencerahkan kulit dan membantu kulit kekal lembab dan bebas kemerahan

 

VITAMIN E

-Meningkatkan penghidratan kulit

 

✔️Membesihkan kulit tanpa menyebabkan kulit kering

✔️Mencerahkan kulit

✔️Menghalang kulit daripada kendur dan berkedut

✔️Melembab dan melicinkan kulit

✔️Mencegah tanda-tanda penuaan

✔️Membersihakan permukaan dengan cekap

 

Kitsui White Toning Lotion



Bahan-bahan :

 

COENZYME Q10

-Menegangkan dan menganjalkan kulit

 

GALACTOMYCES

-Membantu mengurangkan saiz liang pori dan mencerahkan kulit

 

ROSEMARY

-Membantu mengurangkan pigmentasi dan memperbaiki tona kulit.

 

✔️Melembabkan kulit dan menghalang sel kulit mati dari mengumpul di permukaan kulit yang boleh menyebabkan kedutan.

✔️Mengembalikan keseimbangan dan kelembapan semulajadi kulit

✔️Mencerahkan kulit

✔️Mengangkat kotoran dari liang pori muka

✔️Dapat mengurangkan whitehead dan blackhead

 

Kitsui Korean White Essence Serum




Bahan-bahan :

 

ROSEMARY

-Vitamin C yang tinggi menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan cerah

 

NIACINAMIDE

-Mencerahkan kulit dan mengurangkan bekas parut

 

COENZYME Q10

-Menjadikan kulit tegang, sihat dan licin

 

✔️Kandungan konsentrat bahan aktif

✔️Memperbaiki masalah kulit wajah

✔️Tekstur yang lebih ringan sehingga mudah menyerap ke kulit

✔️Mencerahkan kulit

✔️Merawat parut dan tanda-tanda bintik hitam

 

Kitsui Korean White Moisturizer



Bahan-bahan :

 

COENZYME Q10

-Melambatkan tanda penuaan, bintik hitam, garis halus dan kedutan

 

NIACINAMIDE

-Mencerahkan, melembap dan menghaluskan kulit

 

HYALURONIC ACID

-Mengurangkan masalah kulit kusam dan warna kulit tidak sekata

 

✔️Mengurangkan rasa kekeringan

✔️Membantu melembabkan kulit

✔️Membantu mencerahkan kulit

 

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Kitsui Korean White Skincare, boleh dapatkan produk seperti link dibawah :

 

Kitsui, Cantik Semulajadi !

 

Grab your KITSUI now at the pharmacist near you !

 

Enjoy 10% Off with no min. spend with any purchase of KITSUI Skincare at Kitsui’s Official Website or Shopee today using CODE ‘ KITSKIN ‘ !

 

Kitsui Website : https://kitsui.com.my/

 

Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

 

Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

 

Kitsui Skincare Official Instagram : https://instagram.com/kitsuiskincaremy

 

TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/

 

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

 

Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty