Ik

Selasa, 28 April 2020

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

April 28, 2020 18 Comments



1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Enak dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.

Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang

Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.

Rendang Bagi Yang Baru Mencuba

Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan?

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.

Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik.

Bagi kami, sudah pastinya kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi lebih mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di 

Rendang Daging

Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8 orang

Bahan-bahan

Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Pes (kisar halus) 
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air

Cara-cara

  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar.
  3.  Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
  5. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  6. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  7. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.8
  8. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.9
  9. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.10
  10. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda

Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’.

Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!  

Ahad, 19 April 2020

Resepi Paddle Pop Melon Lime Fizzy

April 19, 2020 12 Comments


Bulan ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Apa kata korang try buat minuman yang diilhamkan dari aiskrim paddle pop keluaran terbaru iaitu Paddle Pop Melon Slice nie. Minuman nie bukan sahaja berkhasiat dan menyegarkan, malah boleh juga dijadikan sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Yang pastinya minuman nie sangat sedap dan cara nak menyediakan pun mudah semudah a, b, c. Jom, lihat bahan-bahannya :



Bahan-Bahan

2 Batang Aiskrim Paddle Pop Melon Slice
80 gram Air gula
200 gram Tembikai susu
30 gram Jus limau 
200 gram Kiub ais
3 gram Daun pudina

Cara-cara

Blender kesemua bahan sehingga halus kemudian siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba šŸ˜Š

#Yummymelonslice
#MYpaddlepop
#Stayathome
#Dudukdirumah
#aimanziyadblogspotmy