Bagi penggemar makanan ala thai kini korang dah tak perlu nak susah pergi ke thailand semata-mata nak makan makanan ala thai sebab di Chapayom semuanya ada disini. Baru dirasmikan pada 16 September yang lalu, Chapayom memperkenalkan makanan ala thai yang merupakan menu utama disini. Tahniah atas pembukaan yang pertama di Shah Alam. Harap dapat tambah cawangan lagi.
Antara menu yang cuba di Chapayom |
Kalau sebut pasal makanan thai nie, pastinya wajib ada tomyam dan makanan berasaskan pulut . Sama seperti di Chapayom, antara menu yang terdapat disini adalah Tomyam Thai Noodle, Nangka Sticky Rice, Chicken Pop Corn dan Somtum Papaya. Nad tak sabar nak cuba menu-menu nie semua.
Thai Milk Green Tea & Thai Milk Tea with Pudding |
Tak lengkap hidangan kalau korang tak cuba Thai Milk Green Tea dan Thai Milk Tea disini kerana proses pembuatannya menggunakan daun teh premium asli dan resepi original yang di bawa khas dari Thailand. Terdapat 3 jenis teh premium yang boleh korang cuba iaitu Red Tea, Green Tea dan Rose tea. Memang sedap la weii.. Selain topping bubbles, korang boleh add on topping pudding macam nad minum nie. Terbaik la, lembut dan sejuk je lalu dekat tekak nad.. Ada juga topping grass jelly dan red bean. Ikut tekak korang nak add on yang mana satu.
Thai Milk Green Tea Always My Favourite |
Tomyam Thai Nooodle |
Somtum Papaya |
Untuk yang tak makan pedas, macam anak nad nie, korang boleh cuba Chicken Pop Corn yang dimakan bersama thai sweet sauce.. Serius nie pun sedap memang kesukaan anak nad. Masih terbayang-bayang ayam pop corn tue.. Sos thai die pun terbaik la..
Chicken Pop Corn |
Untuk mengurangkan rasa pedas lepas makan Tomyam Thai Noodle tadi, nad try makan Nangka Sticky Rice yang mana nangka nie dibuang bijinya dan digantikan dengan pulut. Sesuatu yang baru bagi nad, sebab first time makan nie. So far pulut die ok la cuma kalau lembut sedikit mesti sedap. Mesti ada yang tertanya apa yang ada dalam bekas kecil warna putih tue. Kalau korang nak tau, tue la santan yang mana pulut nie dimakan bersama santan yang disediakan. Caranya tuang santan atas nangka sticky rice tue. Bila makan, terasa la lemak masin manis.
Nangka Sticky Rice |
Facebook : Chapayom Malaysia
Instagram : Chapayomcic
Lokasi
LG K01, Central I City Mall
4000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi
10.00 pagi - 10.00 malam (Mon-Fri)
10.00 pagi -10.30 malam (Sat-Sun)
10.00 pagi -10.30 malam (Sat-Sun)
nmpk dap tu, Nadia..ada kat S.Alam je ke?ate jauh benor nak ke sana..klu kebetulan nak ke sana, boleh la singgah..akak pun suka gak menu thai ni..
BalasPadamSedap kak..green tea die sdp..ngn tomyam thai noodle..
PadamWah semua nampak sedap. jika ada peluang akan ke sana mencuba semua ini. Terima kasih share
BalasPadammacam ala-ala Thai ya? nampak sedap, maklumlah kan makanan thai memang serasi dengan kita, sedap je di lidah kita. yummy
BalasPadamBab makanan thai sis paling suka tom yam dan manggo sticky rice.
BalasPadamoh. buka cawangan dah. ni kalau ke shah alam boleh singgah. terliur tengok korang minum air signature chapayom tuh.
BalasPadamAduyai... Terliur dibuatnya. Nampak menyelerakan! Nanti boleh laaa try bila ke Shah Alam. Lagipun kita dan family memang peminat Thai Food. Nyummy
BalasPadamAlaaa sedapnya pulut dalam nangka tu. Semuanya nampak sedaplah. Mai suka makanan Thai. Sesekali nak cuba jugalah makan kat situ nanti
BalasPadamFuhh conpem pedas tom yam tu kan. Boleh la dipadankan dengan air green tea dia, minum sejuk sejuk. Syok.. tak yah gi ke Thailand untuk menikmatinya. Boleh datang ke central i-city je. Hehe
BalasPadammmg sedap2 makanan kat sini..pling suka air rose tea dia mmg sedap dan terbaik...mee dia pun sedap...dan pedas dia memang kick heheh
BalasPadamkalau makanan thai ni sinonim sangat dengan tomyam lah..senanglah takyah susah nak ke Thailand,boleh terus ke chapayom je untuk menikmati makanan thai.
BalasPadamTomyam Thai Noodle... okay, nak cop yang tu... tengok kuahnya macam tom yam koong dah tu... sedapnya... terbayang-bayang dah rasa tom yam koong... masam-masam pedas... wow... green tea tu pulak favourita de amour my anak dara... okay, hujung minggu nanti jomssss ke sana... hehehehe...
BalasPadamramai betul yang bagi feedback positif kedai makan chapayom nie ya. semakin mendapat tmpt di hati pengunjung2. annti nak singgah jugaklah. mesti sedap. harga pon berbaloi
BalasPadamSis pun dah cuba makanan kat sini. Memang sedap, paling sis suka pulut mangga tu le..boleh repeat makan kat sana nanti
BalasPadamTak pernh jejak lagi i city central ni..menarik juga ada makanan ni..nanti balik klang boleh ke sini..sdapnya tengok air tu..hehehee..
BalasPadamWahhh ada tempat baru khas untuk penggemar makanan thai lah. Lama tak pegi sana. Jumaat ni nak jalan i city boleh la ena singgah cuba thai milk green tea.
BalasPadamSejak akhir-akhir ni Makin popular Chapayom ni. Rasa nak terjah je kalau ke central I-city tolonglah bukak kat Kajang satu outlet. Nampak menyelerakan dan sedap menu dia tu. Nanti Qiss cuba eh
BalasPadamPernah pergi hari tu, mmg terbaiklah menu dan thai tea. Rasa mcm nak repeat tapi mcmm jauh pula shah alam tu. Tak sabar nk tgok Chapayom buka cawangan lain nnti.
BalasPadamsedapnya. nasib baik dekat kawasan kerja boleh la lunch datang makan kat sini nanti. pulut mangga nampak sedap je
BalasPadamSedapnya! Tom yam thai noodle tu nampak menyelerakan. Nanti nak pergi la
BalasPadamDepo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
BalasPadammampir di website ternama I O N Q Q
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-q
~domino99
~poker
~bandar66
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217