Ik

Rabu, 18 September 2019

Resepi Lengkong Sirap Mudah Dan Senang


Hai semua, hari nie nad nak share resepi lengkong sirap atau lebih dikenali agar-agar sirap. Sebenarnya lengkong nie permintaan dari anak dara nad yang da lama minta nad buatkan.. So hari nie kite pun buat la..

Rupanya tak adalah susah mana pun nak buat lengkong nie.. Yela, first time nad buat, ingatkan susah.. Ehh pejam mata pun boleh buat laa.. Hehe.. Jom tengok resepi lengkong sirap mudah dan senang nie. Ada yang nak share silakan.. Yang tak pandai buat atau pun first time nak buat boleh je cuba mesti jadi punya la..

Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali berat 37.5gm
9 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar sirap rose
2 helai daun pandan disimpul

Cara-Cara

  1. Cuci agar-agar tali sehingga bersih
  2. Masak air dalam periuk bersama agar-agar tali
  3. Masukkan daun pandan, gula pasir dan sirap rose
  4. Masak sehingga agar-agar dan gula pasir sehingga hancur
  5. Bila dah likat dan mendidih boleh la ditapis dan masukkan ke dalam loyang
  6. Biarkan sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais

Inilah rupa lengkong yang nad da buat pagi tadi. Ok, nice dan sedap.. Nad punya lengkong nie tak berapa manis, sedang-sedang elok je rasa die.. Bila dah sejuk, boleh la potong dan siap untuk dihidang.. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Selamat mencuba.

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhmdulillah..trma kash. sedap mkan time sejuk..

      Padam
  2. resepi lejen ni Nad, eh Nad pun panggil lengkung eh ingat kat Perak je panggil lengkung agar2 ni hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..kite merantau kak ana..org jb panggil lengkung..klu ade yg xpaham baru cakp agar2..đŸ˜‚

      Padam
  3. Uish! Favourite cx tau ni! Memang suka snagat makan! Lagi² sejuk baru keluar peti ais. Memang marvelous! Huhu terliur pula. Nanti nak buat lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat cx jgn xbuat..mmg sdp la mkan sejuk2 nie..mudah dan senang plak tue..

      Padam
  4. Panas2 cuaca ni sedap makan ni nad ...1st time dgr nama resepi tu, agar2 rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ahh sis..sy kdg pggil lengkong. .stgh tmpt pggil agar2..

      Padam
  5. ohhh lengkong tu nama lain bagi agar-agar eh? baru tahu hehehe. mak saya suka juga buat ni. simple kan? kalau nak buat dalam jangka masa yang singkat, memang sesuai buat lengkong ni :D

    BalasPadam
  6. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    BalasPadam