Ik

Selasa, 29 Oktober 2019

Waka Waka KL Playland Bertemakan Fairytale di Furama Bukit bintang

Oktober 29, 2019 20 Comments


Haii korang.. Ingat tak entry yang lepas, nad ade cite pasal Event Natugee X Mrs Malaysia World baca sini  yang diadakan di Furama Hotel Bukit Bintang. Haa.. Kalau korang nak tau, dalam hotel Furama nie juga, ada 1 playland yang sangat sesuai untuk anak-anak bermain  iaitu Waka Waka KL.



Taman permainan yang bertemakan ala-ala 'fairytale' dengan kawasan yang luas serta berwarna warni pastinya akan menarik minat anak-anak untuk meneroka dan berimaginasi mengikut kreativiti mereka tersendiri. Terdapat 2 area permainan disini iaitu Kingdom Play area yang mana area nie sesuai untuk anak yang berumur 4 tahun ke atas. Manakala Toodler Area pula sesuai untuk anak yang berusia 18 bulan hingga 3 tahun.



So, jom tengok apa yang anak nad main dekat Waka Waka Kl nie. Macam-macam permainan yang ada dekat sini. Tapi sebelum nak masuk Waka Waka Kl, korang kena siap-siap pakai stokin sebab dekat sini memang wajib pakai stokin.





Playland dekat sini die dah ada siap cafe atau tempat makan.. So parents tak payah risau nak bawak bekal atau susah-susah nak keluar then masuk balik. Kat sini pun ada wash room/toilet room.







Bagi parents yang tak tau nak bercuti dekat mana, nad recomended sangat boleh la bawa family bercuti dekat sini mesti anak-anak teruja macam anak nad main sampai tak ingat nak balik.


Selain tue, kalau ada parents yang berhajat nak buat birthday party anak, dekat sini pun diowang ada buat. Harga pula bergantung pada package yang korang ambil.  Selain bermain, anak-anak juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti seperti ice cream making,  superhero craft, little dancer. Menarik kan? Next time nad nak bawak anak untuk join aktiviti-aktiviti nie plak. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan tiket dan sebarang pertanyaan atau aktiviti yang dilakukan di Waka Waka Kl, sila layari sesawang ini

Fb : Waka Waka KL
Ig : wakawakakl
Website : http://www.playatwakawaka.com/home/kl

Lokasi:

Waka-Waka KL
136, Lower Ground Floor,
Furama Bukit Bintang,
Jakan Changkat Thambi Dollah,
Pudu, 55100, Kuala Lumpur

Waktu Operasi :

Isnin-Jumaat
10.00 am - 7.00 pm
Sabtu - Ahad 
10.00 am - 8.00 pm


Natugee X Mrs Malaysia World "Healthy Is The New Happy"

Oktober 29, 2019 3 Comments


Ahad lepas nad berkesempatan untuk bersama-sama dalam satu event yang bertemakan "Healthy is The New Happy" anjuran Natugee & Mrs Malaysia World bertempat di Furama Hotel Bukit Bintang. Acara ini diadakan bersempena bulan Oktober kesedaran mengenai kanser payudara yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang pentingnya menjaga kesihatan, bagaimana ketidakseimbangan hormon dapat memberi kesan berikutan meningkatnya usia kita dan bagaimana untuk memperbaiki kesihatan fizikal dan mental.


Sementara menunggu kehadiran para panel, sempat la nad singgah booth theAsianparent Malaysia, Waka Waka KL, dan booth Natugee yang mana Natugee merupakan penaja utama untuk  Mrs Malaysia World.  Untuk makluman korang, produk natugee nie menggunakan bahan-bahan natural dan organik. Tiada sebarang campuran bahan kimia.. Antara produk yang ada dalam set nie ialah Natugee Happy Skin Mask, Natugee Anti-aging Power Moisturizer, Natugee Advanced Vitamin C Treatment dan Natugee Deep Cleansing Lotion.

Booth Natugee

Bukan tue aje, ada juga hadiah yang boleh korang dapat dari booth theAsianparent Malaysia dan Waka Waka Kl dengan main pusing roda ala2 roda impian gittu.. Haa.. Nak tau apa yang nad dapat? Nad dapat non wooven beg ok la kan berguna juga beg nie nak letak  apa-apa pun senang.. Cuma dekat booth theAsianparent je tak sempat nak pusing roda sebab para panel da sampai.

Booth theAsianparent Malaysia


Booth Waka Waka KL


Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis dan kemudian talk session pun bermula. Talk session pertama disampaikan oleh Dr. Linda Mat Hassin berkenaan tentang simptom ketidakseimbangan hormon dan bagaimana ia  boleh menjejaskan kesihatan dan gaya hidup kita. Banyak juga kesan dan jenis-jenis hormon yang baru nad  tahu antaranya hormon Cortisol, Estrogen, Insulin, Testosteron, Xeno Estrogen, DHEA, Thyroid Hormon dan banyak lagi. Padat kan ilmu yang disampaikan. Rasa bertuah sangat dapat bersama sama menimba ilmu pada petang tue..




Seterusnya talk session ke 2 pula disampaikan oleh pengasas & CEO Natugee Sdn Bhd iaitu Puan Rena Rifaee telah menerangkan tentang bagaimana membaca label pada produk dengan betul sebelum menggunakan sebarang produk. Ini amat penting untuk memastikan bahan yang digunakan sesuai dengan kulit kita atau tidak. Sebab tue kita kena tau jenis kulit kita nie kulit apa? Sama ada kulit jenis kering atau pun kulit jenis dehidrasi? Penjagaan untuk kedua-dua jenis kulit nie tak sama ok..




Tidak ketinggalan, acara ini juga turut dibarisi oleh finalis-finalis Mrs Malaysia World yang mana mereka kelihatan begitu cantik walaupun ada dikalangan mereka yang sudah berumahtangga namun mereka bijak dalam menjaga kesihatan mental dan fizikal. Ingat senang nak seimbangkan antara kesihatan dan kecantikan.. Nad kagum tengok mereka berusaha sehingga berjaya sampai ke tahap nie..

Finalis Mrs Malaysia World

Sebelum acara berakhir, para panel mula berkongsi tentang pengalaman masa lampau mereka  dan cara mereka menyelesaikan masalah dan tidak ketinggalan selebriti terkenal malaysia iaitu Datin Diana Danielle juga turut berkongsi episod hitam dalam hidupnya. Hasil dari perkongsian yang penuh manfaat ini apa yang boleh nad kongsikan adalah sebagai seorang wanita, kita hendaklah menjaga kesihatan dengan sebaiknya dan mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping kekal cantik dengan mengambil tahu tentang kandungan produk sebelum kita mencubanya


Terima kasih juga untuk Hotel Furama Bukit Bintang kerana telah menyediakan makanan yang sedap-sedap  antaranya mini dessert seperti cheese kek, pai nenas, chocolate,  mee, nasi lemak, pink guava dan banyak lagi sepanjang acara berlangsung.

Furama Bukit Bintang



Tak lupa juga penaja bersama yang telah menjayakan acara ini antaranya adalah Wirdora, Jamu Tun Teja, Lovera, BondaHaven, Eori, dan juga Narinar. Sebelum balik, kami telah menerima goodies bag yang comel dari penaja ini. Jom tengok apa yang ada dalam bag nie.


1. Natugee Deep Cleansing Lotion & Natugee Happy Skin Mask


Natugee Deep Cleansing Lotion 20ml

Pembersih berasaskan emulsi berkrim, sutera dan emulsi dengan berhati-hati diformulasikan dengan campuran pengurangan tempat berkekalan, pemutihan kulit dan pembaikan halangan vitamin B3 untuk meningkatkan pengeluaran ceramida dan asid lemak. Ia cair ke dalam liang-liang, perlahan-lahan mengelupas dan mengeluarkan kotoran harian, mengangkat kotoran dan menenangkan kulit.

Kesan selepas menggunakan Natugee Deep Cleansing Lotion :

✔️Tiada kekeringan atau rasa ketat selepas pembersihan.
✔️Kulit berasa sangat bersih, licin dan lembut.
✔️Kulit anda akan mempunyai cahaya yang lembut dan lembut.
✔️Rebalan semula pH semula jadi kulit.
✔️Menambah minyak semulajadi kulit dan memerangi hyperpigmentation.
✔️Mencerahkan dan menghilangkan nada kulit!

Natugee Happy Skin Mask 25gm

Penampilan kulit dan keadaan kesihatan kita  saling terikat bersama. Setiap hari kulit kita terdedah dengan pencemaran udara, yang mengandungi logam berat, radiasi, dan bahan kimia yang berbahaya. Pencemaran ini boleh mengakibatkan kulit kita tersumbat, menyebabkan pembentukan sel radikal bebas, komedo, jerawat dan liang yang diperbesar. Salah satu bahan utama ialah Zeolite yang boleh menarik, merangkap dan menghilangkan bahan pencemar ini. Rasa pahit dan sengit dalam teh hijau berasal dari tanin yang terkandung di dalamnya. Senyawa ini boleh mengecilkan liang-liang dan mengurangkan pengeluaran sebum (minyak kulit semulajadi) dan membawa kepada kulit yang kurang berminyak tanpa kekasaran bahan kimia dalam produk yang paling komersil.

Natugee Happy Skin Mask membantu:

✔️Meningkatkan ketegasan dan keanjalan
✔️Mengecilkan liang-liang yang diperbesar, nada, ketatkan dan saring
✔️Membersihkan bintik hitam, jerawat, dan jerawat
✔️Cahaya dan mencerahkan kulit

2. Wirdora Swarovski Brooch



Wirdora Swarovski Brooch adalah jenama aksesori tudung terkemuka di Malaysia, menggunakan tulen Kristal Swarovski diimport dari Austria. Ditubuhkan oleh Wirdalina Tauhed pada tahun 2016 di bawah Amishary Sdn Bhd, Wirdora menawarkan harga yang berpatutan dengan pelbagai bidang koleksi reka bentuk untuk memuji jenama tudung premium di pasaran. Sebagai Rakan Kongsi Branding Ramuan Swarovski, Wirdora menegakkan yang tinggi piawaian antarabangsa barang kemas premium, buatan tangan menggunakan premium logam untuk penamat dan kualiti yang terbaik. Aksesori tudung premium Wirdora menggunakan rhodium dan 18k rose gold berlapis dengan pin keluli tahan karat dan datang dengan waranti dan perkhidmatan selepas jualan.

3. BondaHeaven Spa


Positive vibes

A burst of good vibes in a portable-pick-me up blend of essential oils. This aromatherapy formula delivers 100% pure essential oils of calming Lavender, uplifting Bergamot, revitalizing Basil, and balancing Grapefruit. Each oil is chosen for its efficacy and ability to balance mood and emotions while elevating the spirits.

How To Use

Roll onto wrists or other pulse point, or inhale from a tissue or the palm of your hands.


4. Eori Wonder Skin


11 Kelebihan Menggunakan Eori Wonder Skin :

✔️Pelembap yang sangat baik untuk menghidratkan kering, gatal, berkeringat dan kulit yang menyakitkan.
✔️Berkesan melegakan kulit ekzema anda.
✔️Agen anti-radang untuk mengurangkan kemerahan, kerengsaan, dan bengkak yang dikaitkan dengan ekzema.
✔️Anti-bakteria, anti-virus dan agen anti-kulat untuk melindungi badan anda dari jangkitan luka.
✔️Mempercepat proses penyembuhan luka.
✔️Besar dalam mengurangkan kesakitan anda yang datang dengan gatal-gatal ekzema.
✔️Kurangkan reaksi alergi kulit anda kepada pelbagai alergen.
✔️Kurangkan dan meringankan bekas luka ekzema anda.
✔️Menggalakkan kesihatan sel, menggalakkan kitar semula sel mati, dan regenerasi kulit baru anda.
✔️Tekanan yang berkesan dan pengurang kebimbangan.
✔️Ejen kesan immunomodulating.

5. Narinar-Terapi Bayi 



Campuran Minyak Pati (Essential Oils) Narinar Frankie membantu melegakan simptom ringan pernafasan terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang tidak mampu mengeluarkan lebihan lendir sendiri dengan kaedah mudah dan selamat gabungan aroma minyak pati tumbuhan asli & terapi urutan pada titik tertentu di badan si comel. Narinar terapi bayi ini sesuai untuk melegakan selesema, batuk, demam, kembung perut dan sembelit seawal baby. Terdapat 3 jenis Narinar terapi bayi :

FRANKIE
-Narinar Frankie merupakan gabungan pati tumbuhan eksotik yang diformulasi khusus untuk bayi dan juga semua peringkat umur .
-Frankie diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina.
-Lebih istimewa ia turut mengandungi gam arab (frankinsence ) yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.
-Frankie dapat mengurangkan stress dengan adanya lavender, melegakan pernafasan, melonggarkan kahak, mencairkan hingus, dan juga menstabilkan hormon.
-Dengan menggunakan teknik urutan vitaflex , penyerapan frankie lebih berkesan dan dapat menguatkan bonding antara ibu dan anak.

SIDRIE
-SIDRIE pula di khususkan untuk memberi ketenangan segera pada bayi dan anak-anak kecil dengan gabungan 100% pati semula jadi dari ekstrak lavender, epal hijau, oren, bunga chamomile dan bidara.
-Narinar sidrie sangat berkesan di gunakan bersama teknik urutan di titik tertentu bagi terus menenangkan anak kecil dan mudah tidur lena sepanjang malam.
-Ibu bapa juga boleh gunakannya untuk melegakan tekananl stress dengan segera kerana aromanya yang segar dan menenangkan sangat membantu hormon dalam badan menyeimbangkan emosi diri dan anak-anak.

CLARITIE
-CLARITIE gabungan pati minyak 100% gam arab Frankincense, Bergamot, Helichrysum, Chamomile, Grapefruit, Kaffir Lime & Peppermint diadun dengan minyak Bidara asli menghasilkan Narinar Claritie.
-Untuk stay on task lebih lama, dan ketika pemanduan jarak jauh bag mommies dan Daddy. Kerana Claritie bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah ,meningkatkn kepekaan minda, membaiki system peredaran darah untuk mengelak mengantuk, melancarkan fungsi saraf.




Sebelum nad terlupa, Jom tengok video ringkas sepanjang acara berlangsung. Semoga korang terhibur. And last sekali jagalah kesihatan dan kecantikan serta amalkan gaya hidup sihat..



Sabtu, 26 Oktober 2019

Peperiksaan Online PSEE SPA

Oktober 26, 2019 5 Comments
Assalamualaikum dan selamat pagi.. Selamat berhujung minggu dan happy holiday buat semua pembaca blog aimanziyad.blogspot.my. Cuti nie apa je aktiviti korang? Ada yang balik kampung? Holiday ke?Honeymoon ke? Kebiasaannya bila time cuti sekolah sempena public holiday nie, nad dan anak-anak da siap-siap berkemas balik kampung. Tak kira la kampung belah my family or belah my mertua. Tapi  selalunya banyak ke belah my family in law la sebab dekat sana anak buah yang sebaya dengan anak-anak nad ramai. Kira baya-baya mereka juga la membesar sama-sama. Seronok  dapat bermain dengan sepupu-sepupu diowang. Time cuti nie la baru dapat jumpa.


Ok da, stop cite pasal cuti. Entry kali nie sebenarnya nad nk cite pengalaman nad ketika mengambil exam ONLINE PSEE untuk jawatan yang nad dah apply dekat SPA. Semua orang dah tau, sistem SPA sekarang  nie telah mewajibkan setiap calon yang berjaya melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menduduki peperiksaan online PSEE sebelum ke proses seterusnya iaitu interview. 


Sebenarnya dah lama nad apply SPA nie..kira lepas abih belajar lagi memang da apply. Cuma baru tahun nie je nampak SPA da update status jawatan yang kita minta tue. Lebih kurang 10 tahun jugak la menunggu panggilan untuk dipanggil menduduki peperiksaan nie.
Untuk panggilan pertama, nad terima email menduduki peperiksaan PSEE bagi jawatan pembantu makmal. Yang nie sadis sikit la story nye sebab silap nad juga tak alert email yang SPA antar. Tau-tau dah lepas 2 hari tarikh exam baru nad baca email. Padan la muka kan.. Siapa suruh tak alert atau mark email atau bagi notification ke apa kan.. Xpela, nad jadikan ini sebagai satu pengajaran supaya lebih berhati-hati dan sentiasa alert pada email yang SPA antar..
Untuk kali keduanya pula, nad terima email lagi dari SPA untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan pembantu pembangunan masyarakat. Ini kali nad betul-betul alert dan baca email dan get ready study apa yang selalu keluar dalam exam. Untuk pengetahuan korang, kira nie kali pertama la nad amik exam lepas insiden aritue terlepas pandang email. Berdebar-debar juga sebenarnya nak jawab exam buat kali pertama sebab tak ada pengalaman. Untuk exam nie, die ada 2 bahagian iaitu bahagian A daya menyelesaikan masalah dan bahagian B kefahaman bahasa inggeris. Masa yang diberikan untuk setiap bahagian adalah 25 minit untuk bahagian A dan 20 minit untuk bahagian B. Mesti korang nak tau akan apa result nad lepas amik exam nie? Maaf duka cita, anda telah GAGAL dalam peperiksaan ini uuwarrgghhh.. Sedih ada, kecewa pun ada. Tapi tak apa, kita cuba lagi. 


Untuk kali ke tiga nya nad terima lagi email untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan pembantu tadbir perkeranian dan operasi N19. Disebabkan dah ada pengalaman pertama, nad study juga la soalan dan latihan yang lepas-lepas tue.. Alhamdulillah, exam untuk jawatan ini nad LULUS.. So sekarang nie tengah tunggu email untuk interview pula. 



Dan untuk kali ke 4 nya, nad terima lagi email untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan pembantu antidadah S19. Yang nie exam 7.11.2019. Ada sesiapa yang exam sama tarikh nie x? Jangan lupa ea share latihan yang mana korang ada tue. 

Sedikit info nak bagitau kat korang, selalu la update maklumat dekat laman web SPA tue.. Tempoh sah laku borang permohonan adalah setahun dan korang boleh mohon 15 jawatan. Insyallah kalau ada rezeki tak kemana.. Yag penting usaha, berdoa dan tawakal.. 

Ok la, nad nak prepare untuk interview nanti. Boleh la baca dan study  berkenaan issu semasa, menteri-menteri dan skop kerja yang nad minta tue.. Doakan semoga nad berjaya untuk temuduga nie ok.. Siapa je yang tak nak kerja kerajaan kan..Nanti nad share pengalaman temuduga pula.. 

Isnin, 14 Oktober 2019

Kids Art Fair 2019 @ GMBB Kuala Lumpur attracts kids and art lovers with “Everyone Can Paint” Theme

Oktober 14, 2019 5 Comments


Showcasing over 354 artworks from kids, youth and special needs artists

Kuala Lumpur, 14th October 2019 – Continuing with its art and creative pursuits, GMBB, the lifestyle centre that is transforming creative retail right at the heart of Kuala Lumpur’s cultural district has officially opened its door to Everyone Can Paint Kids Art Fair 2019 – the first-of-its-kind kids art exhibition in Malaysia on last Saturday, 12nd October. The exhibition is happening from 11th until 20th October 2019.


The fair wowed crowds with participation from talented and curious kids as young as 3 up to 19 years old. Kids Art Fair showcased over 354 artworks from 148 kids, youth and special needs group covering a few areas of art such as oil painting, acrylic, water colour, pencil drawing, mixed medium and art installation made up of recycled material. Taken part in this exhibition were Bon Artpetit Art Studio, Garden International School, Phillip Wong Atelier & Gallery, Simple Art Studio (Ipoh), Studio Rumah Kotak and Yuk Choy High School Ipoh. There are 11 solo and 21 group exhibitors to captivate the guests and visitors throughout the 9-days free admission programme.





In line with the “Everyone Can Paint” theme, the programme aimed to be a developmental, nurturing avenue where kids, youth and special needs people can gather to learn, discover and express their creativity and talent in visual art while taking a peek into the world of arts.

“There’s no doubt that the arts are fun, especially for kids. Diving into those finger paints and making a beautiful picture to hang on the fridge is awesome and such an important memorable experience. But not many understand that art helps kids’ development on various fundamental levels,” said Phillip Wong, Artistic Director and Curator of Kids Art Fair 2019.

Studies have shown that arts have a great deal of impact to kids learning and development of important characteristics they will need later in life. Art enhances motor and fine motor skills, builds inner confidence, instils creative thinking, decision making skills, focus power, accountability and visual learning among others.

“While we are exposing art and nurturing creativity at the young age, it is crucial that we educate them to be environmental friendly. We try to be mindful about the mother earth and set a good example to this generation. Hence the life-size art installation for Kids Art Fair 2019 is made up of 100% recycled materials,” added Phillip.




Lim Ying Hui, Assistant General Manager of GMBB Kuala Lumpur in her speech said, “It is our vision to be the first creative mall that provides holistic experiences for consumers to meeting the needs of Malaysia's thriving creative industry through programmes such as the Kids Art Fair 2019. We are very pleased with this exhibition concept brought by Phillip that is to gather many budding young artists to showcase their work and interest. I can see a lot of them have a great deal of talent and potential.”






 “Malaysia is a nation brimming with talent but may currently lack supported avenues to showcase their potential. I am positive that Kids Art Fair 2019 can pave the way to energise and empower the young arts scene while at the same time be a platform to show appreciation to creatives,” she added.

The public is welcomed to visit Kids Art Fair from now until 20th October 2019 at Level 3 of GMBB. There are special live art show on 13th October and 19th October from 12pm – 5pm. Also happening until 18th October on Level 4 of GMBB Kuala Lumpur is Banana Leaf: A Celebration of Malaysian Indian Arts & Culture.  

For more information about Kids Art Fair 2019 and latest line-up of activities at GMBB, please follow at Facebook : https://www.facebook.com/gmbb.kl/
Instagram at : https://www.instagram.com/gmbb.kl/