Ik

Selasa, 1 Oktober 2019

Aplikasi theAsianparent Pilihan Terbaik Buat Ibu Bapa Moden




Tugas menjadi ibu bapa adalah perkara yang paling sukar dan berat untuk dilakukan. Ini kerana kita diberi amanah untuk mendidik, menjaga dan membentuk anak sejak dari lahir sehingga lah mereka dewasa. Ibarat kain putih, kita yang perlu mencorakkannya. Dengan peredaran masa yang serba moden dan canggih ini, tidak dapat dinafikan pelbagai cara yang boleh kita buat untuk memastikan bahawa kita boleh memberikan yang terbaik buat anak kita  salah satunya dengan cara menggunakan aplikasi mudah alih theAsianparent.



Minggu lepas, nad berpeluang untuk menghadiri  satu acara iaitu Pelancaran Aplikasi theAsianparent yang bertempat di Common Ground, Bukit Bintang. Rasa bertuah dan beruntung  sangat sebab dapat bersama-sama dengan mereka yang mana merupakan orang kuat disebalik kewujudan aplikasi ini.

" Kami tertumpu kepada usaha memperkasakan ibu bapa asia dan menyediakan mereka dengan alat-alat untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibu bapa menerusi app kami, kami berusaha membawa ciri-ciri komuniti dan ruang selamat bagi ibu bapa yang semakin teguh mengamalkan gaya hidup digital ",

kata Serina Sue, Timbalan Pengurus Negara theAseanparent Malaysia.


Bagi mereka yang belum mengetahui tentang aplikasi ini, jom nad terangkan serba sedikit berkenaan aplikasi tersebut. Aplikasi ini telah pun mencapai rangkaian bulanan mencecah lebih dari 25 juta pengguna di 12 buah negara seperti Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Sri Lanka, India dan juga Nigeria. Namun di Malaysia sahaja,  sebanyak 135k+ pengguna  yang sudah berdaftar menjadi ahli theAsianparent.

Apa yang menarik tentang aplikasi mudah alih ini adalah ia merupakan satu portal keibubapaan terbesar di Asia Tenggara yang direka khas bagi membimbing ibu bapa hari ini tentang perjalanan seorang ibu dari awal kehamilan hingga penyusuan dan kemuncaknya membesarkan anak-anak dengan sihat, riang dan berkeyakinan.

Terdapat 12 ciri utama pada aplikasi theAsianparent antaranya :

✔️Development tracker
✔️Community for Q &.A
✔️Photobooth And Stickers
✔️By Mum for Mum Content
✔️Media for Mum And Baby
✔️Food & Nutrition
✔️Baby Name Generator
✔️Activities To Avoid
✔️VIP Platform
✔️Medicine
✔️Checklist

Macam nad, nad dah lama download apps nie, dan sekarang nad dah jadi salah seorang ahli VIP Member. Memang bagus sangat apps nie terutamanya bagi mereka yang baru nak jadi ibu bapa, terdapat ciri-ciri penjejak kehamilan dan bayi yang boleh memantau perkembangan harian dan juga memberikan maklumat penting seperti jangkaan simpton dan peringatan yang mungkin ibu-ibu lakukan. Malah selepas bersalin, ibu bapa boleh terus menjejak perkembangan anak mereka sehingga ke usia enam tahun.


Selain info kehamilan, aplikasi theAsianparent juga menawarkan pengguna platform untuk bertanya kepada pakar perubatan dan mendapatkan jawapan mengenai soalan berkaitan kehamilan dan keibubapaan sambil mempelajari lebih lagi mengenai perubatan, kesihatan dan kesejahteraan. Pengguna digalakkan untuk mengemukakan soalan pada app dan berinteraksi secara terus dengan pakar perubatan daripada Sunway Medical Centre Velocity dan DoctorOnCall untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai penyakit, vaksinani dan juga alahan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.


Pengguna juga boleh menjawab soalan di dalam forum komuniti atau mengundi di dalam pengundian dan boleh mengumpul mata dengan berinteraksi di dalam app theAsianparent. Pengguna juga boleh mendapat ganjaran menarik dengan menebus mata menerusi bonus ShopBack, langganan iflix dan kredit e-wallet Boost.




Bagi ibu bapa yang suka mengambil gambar anak, korang boleh mengabadikan kenangan indah bersama si kecil dengan mengupload gambar  si kecil bersama sticker yang comel. Selain itu, part yang sering kali jadi pilihan nad ialah artikel. Nad suka baca artikel yang disediakan dalam app nie. Banyak info yang boleh nad dapat dan kalau ada artikel yang nad nak baca just  taip artikel tue dan automatik artikel yang kita nak baca tue dah ada dalam tue.. Senang kan..



Bagi korang yang dah install app nie, korang berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan dalam app tue. Hadiah nya pun best juga. Dan bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang sering menangis atau pun yang suka dengan lagu, dalam apps nie pun ada lagu dan video untuk anak-anak. Macam-macam lagu ada antaranya chan mali chan, burung kakak tua, abc, learn to count dan baby shark song. Best kan app nie. Aiman pun sekarang dah pandai menyanyi sambil mengira.




Sebelum acara berakhir, nad sempat bersama dengan 3 orang panel iaitu Eddy Han (Country General Manager, ShopBack Malaysia), Serina Sue Ibrahim (Deputy Country Manager of theAsianparent Malaysia) dan Dena Bahrain (Content Creator) membincangkan tentang konsep ibu bapa masa kini dari pelbagai sudut antaranya pembelian barang online, kuasa beli antara ibu bapa, dan lain-lain. Menarik kan dapat bersama dengan mereka, apa sahaja pertanyaan, mereka boleh jawabkan. 


Walaupun acara serba ringkas, namun pengisian pada petang itu sangat memberikan kesan yang baik  dan impaknya sangat positif khususnya buat ibu bapa moden masa kini. Tidak dinafikan sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk memberikan yang terbaik buat anak mereka. Ucapan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepada penaja MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka Kl, Grab and Photo Book kerana menaja event theAsianparent.



Untuk maklumat lanjut berkenaan theAsianparent, sila layari sesawang ini :

Facebook : theAsianparent
Instagram : theAsianparent_my





10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bagus dan sangat membantu buat yang bakal bergelar ibu bapa

      Padam
  2. Kalau perasan macam kite buat check up anak smpai besar kt klink kn. Hehe. Tp ni ntk personal parents. Hanya di hujung jari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..tau xpe..appa nie pn lbh kurg sama je mcm kite checkup kt klinik, tp lagi bnyk info kt apps nie..boleh kumpul point dan menang hadiah

      Padam
  3. Walaupun belum punya anak, jasmi suka update artikel soal parenting ni. Boleh lah bljr dulu sikit2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jasmi..xde masalah pun..siapa2 pun boleh install apps nie.

      Padam
  4. Wah... Memang padat maklumat yang diberikan... Excited pulak nak buka apps ni... Ciri-cirinya pun kelihatan lengkap dalam membantu ibu-bapa di arus digital ini memperoleh maklumat terkini untuk membesarkan anak-anak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya dihujung jari je..ibu bapa skrg pn gemar mghabiskan masa dgn smartphone..apa kata install apps nie, sekurg2nya dpt juga info dan ilmu pgetahuan percuma nie..

      Padam
  5. Nampak apps ini macam banyak information. Sangat sesuai untuk first time parents

    BalasPadam
  6. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    BalasPadam