Ik

Rabu, 2 Oktober 2019

Hidangan Seafood Terbaik di Restoran Sisik Ikan Bakar


Entri kali nie nad nak berkongsi dengan korang  semua tempat makan paling best dan sedap dekat Klang nie mana lagi kalau bukan Restoran Sisik Ikan Bakar. Pantang ada makanan viral, apa lagi nad pun terus nak cuba.. Nak tahu menu apa yang menarik dan sedap dekat sini? Kena la baca entri nie sampai habis..

Lala masak pedas
Udang goreng berempah
Nad teruja nak rasa semua seafood yang ada dekat sini

Lokasi Restoran

Terletak berhampiran GM Klang, Restoran Sisik Ikan Bakar atau lebih dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Restoran ini mengetengahkan konsep masakan melayu asli yang mana pengasasnya berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. So, mestila dalam masakannya ada terselit menu mengikut negeri-negeri tersebut.


Antara Menu Pilihan Di Restoran Sisik Ikan Bakar 


Sayur kailan

Bawal masak singgang

Pepahat masak berlada
Dua Waktu Berbeza Di Restoran Sisik Ikan Bakar


8.00 pagi - 4.30 petang
Masakan Melayu Asli

5.00 petang - 12.30 tengah malam
Masakan berasaskan Makanan Laut

Menurut pemilik restoran berkenaan iaitu Puan Linda, premis mereka beroperasi dengan dua waktu yang berbeza iaitu bermula pada 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan melayu asli dan 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam untuk menu masakan berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, pelbagai jenis ikan bakar tempoyak yang tidak hanya tertumpu pada ikan patin sahaja, sotong bakar, pahat dan sebagainya. Tidak lupa juga aneka pilihan asam pedas resepi warisan yang merupakan salah satu antara 'hot seller' di Sisik Restoran Ikan Bakar.

Nasi lemak sisik buluh perindu
Kepada pengunjung yang datang ke sini, anda juga digalakan untuk mencuba sendiri nasi lemak sisik buluh perindu yang mana nasi lemak tersebut dikukus dalam buluh menggunakan daun pisang dan sedap dimakan bersama set ikan bakar serta pelbagai jenis asam pedas pasti membuatkan nasi anda bertambah apabila menikmati hidangan tersebut.

Pelbagai pilihan seafood segar

Besar-besar saiz ketam disini

Lala dan pepahat pun ada
Bagi mereka yang nak cuba kelainan selain  masakan melayu asli atau seafood nie, jangan risau restoran ini juga ada menyediakan masakan moden iaitu steamboat. Mempunyai pelbagai pilihan seafood segar seperti udang, ketam, sotong, lala dan kerang maka tidak hairan la kalau restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung tidak kira siang atau malam kerana menu dan masakannya yang pelbagai.

Pelbagai jenis hidangan seafood yang menyelerakan 
Review Penuh Nad Berkenaan Restoran Sisik Ikan Bakar 


Secara keseluruhannya nad puas hati bila makan dekat Restoran Sisik Ikan Bakar nie sebab yang pertama kedudukan lokasi kedai yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan GM Klang dan tempat letak kereta pun tak crowded dan senang  nak parking . Yang kedua, persekitaran restoran yang luas dan bersih so nak makan pun selesa, dan yang ketiga masakan yang sedap serta menepati citarasa nad. Overall is good..

Ikan bakar lampam masak tempoyakk
Antara menu yang menjadi pilihan utama nad adalah ikan bakar lampam (pais) masak tempoyak.. Memang terbaik la rasa die.. Kena dengan tekak nad sebab sebelum nie nad biasa makan ikan patin masak tempoyak tapi bila makan dekat sini ia menggunakan ikan lampam menggantikan ikan patin, memang lain dari yang lain la..Selain itu, sotong bakar madu juga merupakan antara salah satu menu utama yang sering menjadi pilihan pengunjung disini..

Sotong bakar madu
So sekarang korang dah tahu kan tempat makan paling best dan sedap dekat klang nie, apa lagi datang la sini bawa keluarga atau kawan-kawan untuk menikmati pelbagai jenis makanan laut dan masakan melayu asli disini dan yang pasti ianya tidak mengecewakan anda.. Nad sudah, anda bila lagi?

Sebelum tue, nad nak kongsi video pendek ketika berada di Restoran Sisik Ikan Bakar 



Antara rakan blogger yang hadir memeriahkan food review

Lokasi dan Alamat kedai

Berhadapan GM Klang Wholesale City
No 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila layari laman web atau hubungi :

Facebook :
https://web.facebook.com/restoransisik/​ atau @restoransisik

Whatapps :
https://wa.me/+60192263004​& ​https://wa.me/+60162240474

34 ulasan:

  1. Saya pernah ke GM Klang tapi tak tahu tentang restoran ini..
    In shaa Allah boleh request family saya makan di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran nie betul2 dkt dpn GM Klang tue.. senang nk cari sebab dekat tepi jalan..dah tau kan, nnt boleh la singgah sni..

      Padam
  2. Bila-bila free.jom kota repeat lagi nak hihi. Asyik teringat la sotong bakar tušŸ˜‹šŸ˜‹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh2..jom..nad pun trbayag2 da ikan lampam masak tempoyak tue. Serius sedapp..šŸ˜‹

      Padam
  3. Nicee! Haritu saya pun ada dkt sana!

    www.adlinatasyaa.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke?saya xperasan awak dalm ramai2 tue...

      Padam
  4. Wow seafood nampak fresh.. mesti sangat sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sangat..rugi kalau xcuba makan dekat sini..

      Padam
  5. Ya Allah , fresh seafood tu! I like. But jauh dari my place, tidak. InshaAllah akan set a time n plan to have a try untuk makan kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaa...try la sis mkn dekat sni..puas hati..smua seafood fresh2..

      Padam
  6. Balasan
    1. Boleh..try la makan dkat sini..confirm puas hati..masakan sedap..

      Padam
  7. laaaahhh...GM klang ke?dekat betul..dh la selalu pergi GM klang.mcm mana boleh tak nampak kedai ni woi.hahahaha..psni kalau nak makan ikan bakar, x yah susah ke melaka.

    BalasPadam
  8. Lapar balik tengok udang goreng rempah tu. Sedapnye tengok

    BalasPadam
  9. Semua hidangan nampak sedap...bestnya kalau dapat makan kat sini..hari tu nak join..tapi jauh plak kat Klang...

    BalasPadam
  10. saya minat seafood, kalau ke Klang boleh singgah ke restoran ni, semua food nampak menyelerakan. saya paling suka masakan ketam dan udang

    BalasPadam
  11. Meriahnya menu-menu dekat Restoran Sisik ni. Banyak pilihan disediakan untuk para pengunjung. Semua pun nampak sedap. Nanti bila ke GM klang boleh lah singgah sini.

    BalasPadam
  12. Mak aihhh.. sedap-sedap semua makanan tu. Macam-macam ada. Lapar tengoknya hahaha. Sesekali kalau ke sana nak cuba makan kat situ.

    BalasPadam
  13. Puas hati dpt makan byk jenis masakan seafood sini. Dkt kedai lain mana nak dapat kan. Utk peminat tegar seafood, kedai ni wajib try. Nampak segar lauk2 dia

    BalasPadam
  14. Nama kedai dia walaahhhh sgt tau. Bila tengok makanan yg dihidangkan lagi lah walahhhh. Terliurnya tengok. Puas makan sbb fresh pulak tu. Kene ajak ayah mertua datang sini laaa bila kami ke KL tengah bulan ni

    BalasPadam
  15. Nampak sedap sedap menunya. Nasi lemak sisik buluh tuh rare sangat namanya. Nampak menyelerakan. Tak pernah makan kat sini. Nanti bolehlah try makan kat sini.

    BalasPadam
  16. semuanya sedap ! tak sabar nak ke KL untuk cuba semua ni. mek dengan spouse memang hunting tempat ikan bakar macam ni.

    BalasPadam
  17. saya boleh dikatakan peminat segar seafood gakk hehehe, tapi belum berkesempatan nak ke selangor lagi, jauh dari kelantan, kalau ke sana saya akan singgah thank youuu for the info

    BalasPadam
  18. My taste buds dah excitedly wanna work lepas tengok gambar-gambar yang menyelerakan tu... hehehehe... baru first time dapat tau pasal restoran ni... biasanya kalau ke Klang, saya akan terus lajak ke Tanjung Harapan... bolehlah lain kali try kat sini pulak... thanks for the info ya...

    BalasPadam
  19. Wahh terbaikk la semua menu dia. Saya penggemar makanan seafood. Rasa macam nak try semua di atas hehe.. Insyaallah next time ke Klang boleh cuba makan kat sini pulak.

    BalasPadam
  20. Memang sedap menu2 dekat restoran ni. Hari tu makan rasa kenyang sangat, tapi tak puas lagi. Nak kena repeat lagi rasanya hahaa.

    BalasPadam
  21. Kalau lia ke area GM Klang memang Lia nak singgah makan kat sini. Geram tengok menu dia semua nampak sedap.

    BalasPadam
  22. Bunyi ikan bakar je mulalah kecur air liur ni. lama dah tak makan best macam ni. nampak gaya nak kena pergi cari lah ni.

    BalasPadam
  23. I always pass by this area will plan a visit there soon, ikan bakar sounds good for dinner

    BalasPadam
  24. ya allah sedapnya lauk pauk yg ada kt restoran ni...bila balik klang nanti boleh laa nak singgah...mcm2 pilihan lauk ada ni..mesti sedap2

    BalasPadam
  25. Menangkan Ratusan Juta Rupiah dengan Modal 15.000 buatkan pengalaman terbaik bersama JANJIQQ
    Nikmati Bonus Besar Berlimpah dengan mendaftarkan diri, hubungi +85570243722

    BalasPadam
  26. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam