Ik

Isnin, 30 Disember 2019

Penutup Cuti Sekolah dan Tahun Baru 2020




Semalam nad berkesempatan bawa my mertua dan anak-anak berjalan sempena cuti sekolah yang bakal berakhir esok. Sempat la nad bawak kesayangan semua nie pergi redeem voucher yang nad dapat aritue dari Barcook yang mana hujung tahun nie nak expired. So nad pn redeem la kesemuanya. Kenyang sampai ke petang makan roti yang sedap dan lembut tue. Kalau korang yg belum lagi baca entry pasal barcook, boleh baca di SINI. Memang roti die lembut dan sedap. Paling menjadi kegemaran nad mesti la roti cheese raisin.. Tak tau la kenapa sampai sekarang tak leh move on ngan roti tue.. Hope boleh buka cawangan dekat rawang nie. Dekat sikit nak pergi.


Lepas da redeem je, terus gerak ke taman tasik titiwangsa yang baru je buka 15hb aritue. Memang betul la apa yang diviralkan aritu. Sesetengah parents exspecially yg ada anak kecik yang pakai pampers tolong la sediakan satu plastik kecil untuk korang buang pampers pakai buang anak tue. Bukan buang merata tempat. Nak kata monyet kang marah tapi perangai korang tue memang dah rupa monyet. 


Nad sendiri nampak pampers dibuang merata tempat. Mungkin pihak pengurusan perlu sediakan lebih banyak tong sampah. Masa nad datang semalam nak buang sampah pun sampah dah penuh sampaikan diowang main buang aje kat atas jalan tue. Sepatutnya benda nie tak berlaku kalau pihak pengurusan peka sebab time cuti nie la ramai parents yang datang nak habiskan masa dengan keluarga tapi kalau pemandangan dah macam nie spoil terus nak datang lagi. Sama-sama la jaga kebersihan sebab nie tempat awam, tempat untuk semua orang.. 

Berbalik masa nad sampai tue, bab parking pun satu hal. Nak cari parking punya la payah. Sampaikan ada yang sanggup parking depan tnb. Nasib tak baik, kena saman. Tapi kiteowg teruskan juga cari parking, last-last masuk parking dalam restoran D Orhid Titiwangsa. 1 jam rm2.00 ok la kan dari ko kena saman parking merata kan.. Dinasihatkan kalau nak datang, datang la time waktu bekerja. Kalau datang time weekend memang ramai orang, parking pun susah nak dapat. 

Taman permainan

Laluan canopy walk

Lepas parking, terus kiteowang jalan kaki cari tempat mandi untuk anak-anak. Berlari budak-budak nie bila nampak taman permainan. Rupanya memang banyak perubahan yang dibuat. Last datang sini pun tahun 2017 kalau tak silap. Taman permainan seperti buaian, rock climbing dan jambatan gantung pun dah ada dekat sini. Tempat laluan kayuh basikal pun da naik taraf, taman mini air nie selalu jadi port anak-anak sebab diowg suka main air. Mandi la puas-puas lepas nie tak tahu bila nak datang sini lagi.

Taman mini air


Lepas da puas mandi dekat sini, siap-siap berkemas balik. Happy sangat hari nie sebab dah spendtime bawak kesayangan jalan-jalan. Next time kita plan untuk short vacation pulak. Insyallah semoga nadia md radzi dimurahkan lagi rezeki dan lebih success untuk tahun 2020 nie. Jumpa lagi gaaiss untuk new entry dan selamat tahun baru 2020. 😉

18 ulasan:

  1. seronok dapat jalan2 bersama keluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhmdulillah masih berkesempatan lagi untuk berkongsi rezeki dengan mereka2 yg trsayanng nie.. Yang penting mereka happy 😊

      Padam
  2. Dulu selalau datang joging kat sini walaupun sis tinggal di Bangsar. Belum lagi sempat datang selepas baru dibuka. Sakit hati pula baca buat monyet yang buang merata2 tu. Kalau sis bungkus dalam plastik carilah tong sampah memana kan. Semoga terus sukses juga buat 2020 ni nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuela..diowg nie xde kesedaran sivik btul..hope pihak pengurusan dapat amik tindakan pada pengunjung mcm nie supaya kawasan nie bebas dri sebarang pencemaran sampah..

      Padam
  3. Wahhh syoklah bawak budak2 ke tempat mcm nie. Eh haritu kita pon borong roti dekat kedai barcook tu. habiskan voucher kawan 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke??hehe..sedap kan roti kat barcook bakery..baiknye kawan zharif tue..bg perabhkan voucher die..😂

      Padam
  4. Yang pasti anak2 akak akan seronok selepas puas bercuti bersama-sama ibu bapa tercinta kelak sesi persekolahan akan buka tak lama lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuela..tgok muka anak2 masing2 happy belaka..next time cuti sekolah boleh la bawak diowg jalan2 lgi..

      Padam
  5. Meriah kalau nengok, sana sini kawan ada post pergi sini, harapnya orang ramai menjagalah kebersihan dan kegunaan awamnya kan...kalau dekat Sis dah jenguk gak heheheh

    BalasPadam
  6. Pihak pengurusan dan pengunjung perlu lebih peka tentang aspek kebersihan dan keceriaan persekitarannya.

    BalasPadam
  7. Seronoknya dapat jalan2 dengan keluarga. Saya dah lama tak balik kampung. Hampir 3 bulan rasanya. :(

    BalasPadam
  8. I read about the park opening recently haven had the time to pay a visit but I'll do it soon my kids will love to

    BalasPadam
  9. saya p[un dah pegi baru-baru ni ke tasik titiwangsa. memang best, cantik tempatnya. cuma hal pasal sampah dan kebersihan kenalah sama2 jaga. mentaliti kena diperbaiki.

    BalasPadam
  10. Selamat tahun baru 2020 juga. Saya pun pernah ke Taman Tasik Titiwangsa yang baru bukak ni, memang cantik semuanya. Harap semua orang pun jaga kebersihan bila ada kat sini kan

    BalasPadam
  11. Wahh dah cantik taman tasik titiwangsa ni...lama juga bonda x pergi...blm lg berkesempatan utk pergi riadah disana...

    BalasPadam
  12. Nanti-nanti lah pergi, tunggu keadaan dah reda. Tengah baru bukak ni memang ramai yang datang serbu huhu

    BalasPadam
  13. Wah tasik titiwangsa dah meriah eh. Ada dengar hari tu dbkl renovasi. Tak sangka meriah dengan tempat air lg. Nanti nak bawa anak-anak. hahaha

    BalasPadam
  14. Lama dah tak pergi Tasik Titiwangsa. Nampak lain sungguh apabila tengok gambar-gambar ni.

    BalasPadam