Ik

Sabtu, 29 Jun 2019

Althea A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Jun 29, 2019 1 Comments
Althea kini telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Althea A Bloom..Nad teruja sangat nak cuba produk terbaru dari Korea nie..Mana tau lepas nie boleh jadi cantik macam orang korea kan..


Pada korang yang tak tahu, meh nad nak cerita sikit pasal Althea nie..Althea nie merupakan produk kecantikan dan kosmetik yang terkenal dari Korea ala-ala k-beauty gittew..Banyak juga produk althea yang berjaya menarik minat nad untuk dicuba antaranya siri A Bloom nie..Jom tengok apa yang ada dalam siri A Bloom kali ini..

Antara koleksi yang terdapat dalam siri Althea A Bloom nie kali nie adalah :

💕 A Bloom Mask Sheet
💕 A Bloom Giant Maringue Puff
💕 A Bloom Baby Maringue Puf
💕 A Bloom BHA Blackhead Blaster


A Bloom Mask Sheet Dengan 4 Variasi Mask Sheet

Terdapat 4 variasi mask sheet dalam siri Althea A Bloom ini iaitu A Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet, A Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, A Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet, A Bloom Nourishing Avocado. Setiap mask nie mempunyai fungsi yang berbeza-beza..


A Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

Mask ini mengandungi lemon dan lime yang kaya dengan vitamin C dengan dos yang berganda untuk mencerahkan kulit dan memudarkan bintik hitam. Turut mengandungi teh hijau untuk mencerah sambil menenangkan kulit.

Bahan utama yang terdapat dalam Brightening Lemon Mask Sheet adalah Niacinamide, extrak buah citrus lemon, ekstrak buah jeruk citrus Aurantifolia dan ekstrak daun Camellia Sinensis.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutama kulit kombinasi

A Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet

Mengandungi ekstrak tembikai bagi memberi penghidratan dan kelembapan pada kulit supaya kelihatan lebih segar. Manakala lavender untuk menenangkan kulit dengan bauan yang cukup tenang ketika memakainya

A Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

Mask ini berfungsi untuk membersih dan melegakan kulit sensitif. Diperbuat dari ekstrak buah peach dan minyak pokok teh untuk mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit supaya menjadi lebih lembut dan halus.

Bahan utama yang digunakan adalah ekstrak buah Prunus Percisa (peach), ekstrak daun Melaleuca Alternifolia (pokok teh)

Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak dan sensitif.

A Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet

Buah Avocado kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari faktor alam sekitar serta mencegah kedutan. Ia diadun dengan ekstrak avocado dan bunga raya untuk kulit lebih lembut dan bersinar.

Harga RM2.00 per sheet/RM18 untuk 10 pcs




A Bloom Giant Maringue Puff

Saiznya yang lebih besar berbanding baby maringue puff. Digunakan untuk meratakan foundation. Boleh digunakan ketika kering atau basah. Puff ini boleh mengembang sehingga 1.5x dari saiz sebenar dengan cepat ketika dibasahkan dan dengan saiz yang besar ini memudahkan kerja untuk meratakan foundation ke seluruh wajah.

Menggunakan material high density latex free foam. Sangat lembut dan mudah digunakan terutama dibahagian bawah mata dan hidung.

Harga RM11.00 per pcs



A Bloom Baby Maringue Puff

Baby maringue puff nie comel je sekali tengok macam nak makan. Terdapat 3 pcs dalam set baby maringue puff nie. Kegunaannya juga sama iaitu meratakan foundation ke seluruh wajah teeutama di kawasan yang kecil seperti bahagian bawah mata, tepi hidung, tepi mulut, dan celah antara kening dengan dahi.

Boleh digunakan ketika kering atau basah. Sama macam giant maringue puff, ia boleh mengembang apabila dibasahkan. Macam nad, lebih suka basahkan sebab nak bagi foundation kekal dan tahan lama kat muka nie.. Juga menggunakan material high density latex free foam.

Harga RM15.00 (3pcs)




A Bloom BHA Blackhead Blaster

Merupakan blackhead/whitehead removal. Tapi yang nie jenis dalam bentuk roll stick tau bukan yang jenis sapu kat muka biar kering then terus tanggal. Dengan menggunakan BHA (White Willow Bark Ekstract 5,000ppm), ia membantu untuk menyingkirkan blachead/whitehead, sel kulit mati dan sebum yang berlebihan dengan mudah tanpa rasa sakit.

Selain itu, ia turut menggunakan bahan seperti charcoal powder, apricot seed, tea tree leaf oil untuk akrub kulit muka tanpa rasa kerengsaan kerana teksturnya yang alowly dan rasa ringan je pada muka. Sesuai untuk mereka yang berkulit jenis berminyak atau kombinasi.

Cara Penggunaan :

Hanya sapu dibahagian yang mempunyai masalah blackhead/whitehead kemudian bilas dengan air suam.

Harga RM 19.00

Pengalaman Menggunakan Althea A Bloom

Full review nad berkenaan dengan produk Althea siri A Bloom nie semuanya best-best tapi paling nad suka pakai mask sheet dan BHA Blackhead Blaster tue..Untuk mask sheet bila pakai rasa lembab je kulit muka dan BHA Blackhead Blaster bila pakai rasa berangin je sebab dia ada campuran tea tree leaf oil.Lepas bilas kulit muka rasa licin dan bersih.

Nad recomended sangat kat korang untuk cuba produk siri Althea A Bloom nie..Bukan apa, nad sendiri da pakai dan best sangat n paling tak sabar nak shopping mask sheet tue sebab kalau beli 10 pcs cuma RM15 je..Murah kan?Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Althea nie :

Website : http://www.althea.kr/
IG : Althea Korea
FB : Althea





ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

Jun 29, 2019 1 Comments

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK


Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.


Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.




Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan.   Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.





Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.  




Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN

Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.



Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :

" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.

Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆

Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA

Terima Kasih atas segalanya, 
Terima Kasih pada semuaaa!  

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... 
InsyaAllah.." 


Jom kita support adik ARIQ AZHAFI dengan follow sosial media beliau. Semoga adik terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan selamat maju jaya !

IG : Ariq Azhafi
FB : ARIQ AZHAFI
Youtube : 



Khamis, 27 Jun 2019

Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion 100ML

Jun 27, 2019 2 Comments

Safi sekali lagi dalam memberikan yang terbaik untuk pengguna mereka, kini telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion 100ML.

Gabungan formulasi penyegar dan pelembab dalam satu langkah mudah untuk penjagaan kulit muka yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Safi Balqis Oxywhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak : 

💕 Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan

💕 Menigkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :

✔️ Macro Hyaluronic Acid
✔️ Bio-Hyaluronate
✔️ Oligo-Hyaluronic Acid
✔️ Nano Hyaluronic Acid
✔️ Super Nano Hyaluronic Acid

💕 Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

💕 Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR



OXYWHITE=NANO OXYGEN+NANO BIOWHITE

NANO OXYGEN 
Membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar bermaya dan berseri manakala

NANO BIOWHITE
Memperlahankam kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna


Cara Penggunaan :

Sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. Gunakan 2 kali sehari selepas pembersih muka Safi Balqis Oxywhite.


Pengguna setia safi pasti tahu bahawa produk ini selamat dan suci untuk digunakan.Bahkan produk ini diuji secara dermatologi. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk baru Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion 100ML ini sila layari sesawang dibawah :

FB : SAFI.MY

Selasa, 25 Jun 2019

"OLESS TERUS GOJESS"

Jun 25, 2019 2 Comments

Oless merupakan produk pelembab bibir homemade yang selamat digunakan tanpa ragu. Lipbalm ini berwarna hasil dari pewarna dan perisa makanan. Sangat selesa menggunakan oless ini kerana warnanya yang lembut dan rasa strawberry yang sangat yummy. Oless sesuai digunakan oleh semua peringkat usia. Ia selamat digunakan oleh kanak-kanak.

Bagi mereka yang mempunyai masalah bibir merekah, kering, kehitaman boleh dapatkan Oless untuk membantu selesaikan masalah anda.Bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan boleh join untuk menjadi agent dengan modal yang sangat minimum, Oless sangat mudah dijual kerana kualiti dan harga yang sangat mampu milik.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Oless adalah extra virgin olive oil, vitamin E, strawberry flavour & colouring.


Cara Guna :

Sapu dibibir setiap kali diperlukan. Oless ada pewarna tetapi ia sesuai untuk kanak-kanak kerana ia dibuat menggunakan perisa dan pewarna makanan.

Produk ini adalah NATURAL tanpa bahan kimia yang berbahaya boleh menyebabkan kesan sampingan jangka panjang. Ia adalah selamat digunakan dengan kerap

Harga RM10 postage RM8sm RM11ss

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ini boleh layari : 

Blog : zuraini.com
Contact : 011-32484182
Diedarkan oleh : ZMBEAUTY

Selasa, 18 Jun 2019

Nafas Selesa Dengan Gajah Baring

Jun 18, 2019 0 Comments


Salam syawal buat semua pembaca blog aimanziyad.blogspot.my.Entri kali ini, nad nak kongsikan satu produk keluaran gajah baring iaitu BALSAMO yang berasaskan minyak bawang putih.

Gajah Baring BALSAMO adalah produk istimewa urutan kasih sayang seisi keluarga selain melembabkan kulit yang kering. Ia boleh digunakan setiap kali selepas mandi pagi dan malam untuk keselesaan nafas dan tidur yang berkualiti. Ia juga dikenali sebagai Garlic Balm yang sangat bermanfaat ketika musim tidak menentu.

Dihasilkan daripada petua tradisi iaitu minyak bawang putih yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu menjadi Garlic Balm untuk memudahkan cara ibu-ibu moden menggunakan terutama yang sibuk bekerja. Garlic Balm sesuai digunakan oleh bayi yang baru lahir hingga warga emas. Garlic Balm adalah satu produk natural yang boleh digunakan sepanjang masa jika dirasakan perlu.


Kenapa ia dikatakan memudahkan cara?Ini kerana dengan Garlic Balm mommy-mommy tak perlu risau untuk bersusah payah menyediakan minyak bawang putih. Balm adalah bentuk solid, risiko tertumpah adaah zero! Dan satu lagi ia selamat digunakan untuk anak-anak sebab Garlic Balm tiada bahan kimiadan essential oil.

Buat pengetahuan anda, bukan semua essential oil sesuai dengan semua individu dan produk ini adalah minyak bawang putih @ Garlic Balm sebenar kerana baunya adalah bau sebenar bawang putih. Dan paling best senang nak bawa travel.

Bahan yang tedapat pada BALSAMO @ GARLIC BALM

Extra Virgin Olive Oil

-Membantu melembabkan &  mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit

Sunflower Oil & Vitamin E

-Membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran & kekurangan lembapan badan

Beeswax

-Memiliki sifat antiinflamasi , antibakteria dan antivirus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan

Garlic

-Tumbuhan istimewa yang banyak manfaat membantu memberi "Nafas Selesa" keluarga


Cara Guna 

Sapu pelahan pada bahagian yang diperlukan & urutkan perlahan-lahan secara bulatan. Sesuai digunakan oleh seisi keuarga.

Disclaimer

Produk ini adalah NATURAL tanpa bahan kimia yang berbahaya yang boleh menyebabkan kesan sampingan jangka hayat panjang. Ia adalah selamat digunakan dengan kerap

Harga Promosi

Rm29.90 (exclude postage)
Postage RM8sm RM12ss

Free gift untuk setial pembelian yang terawal.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk keluaran Gajah Baring BALSAMO boleh layari sesawang ini :-

Contact No :018-7665694
Diedarkan oleh : ARS PURE SOLUTION





Rabu, 12 Jun 2019

Asal Usul Rempah Ratus Mak Siti

Jun 12, 2019 1 Comments

Assalamualaikum dan selamat kembali bertugas bagi yang da start kerja..Almaklum la, masih dalam mood beraya lagi kan..So ade yang happy da start kj dan ada yang masih teringatkan kampung halaman rasa malas nak balik ke rutin harian tue kan..Mood pun swing-swing gitthew..

Memandangkan kita masih di bulan syawal, tak sah raya kalau tak ada yang buat open house..Sahabat handai, kenalan, jiran tetangga pun pasti akan mengadakan rumah terbuka.Bagi yang tengah mencari idea atau tak tahu nak masak apa untuk tetamu yang datang, jangan pening-pening sebab rempah ratus mak siti ada pelbagai jenis pilihan masakan yang boleh korang cuba antaranya, rendang daging, kari ikan, sup soto, masak kicap ayam dan daging, kurma..

Tapi sebelum tue, nad nak kongsikan serba sedikit bagaimana rempah ratus Mak Siti nie boleh terkenal..



Disebalik kejayaan rempah ratus Mak Siti

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali..

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.



Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.
Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.


Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.

Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).


Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga..

Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka.

Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.


Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit.

Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama.

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI .

Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”.

Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.
Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.



Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus.

Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran.


Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

Semoga kisah beliau menjadi inspirasi buat kita semua yang ingin berjaya tanpa pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha sehingga berjaya..Bukan senang nak senang..Yang penting usaha tangga kejayaan..

Bagi korang yang nak cuba masak pakai rempah tumis Mak Siti nie, cepat-cepat dapatkan di pasaraya berhampiran sebelum kehabisan stok..Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Mak Siti nie boleh layari :

Fb Mak Siti : https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti
IG : https://www.instagram.com/rempahratusmaksiti
Twitter : https://www.twitter.com/Siti_Mak_Siti
Website: www.rempahmaksiti.com
Hotline : 1300888484

Selamat hari raya  
Maaf zahir dan batin 
💕