Ik

Sabtu, 29 Jun 2019

Althea A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Althea kini telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Althea A Bloom..Nad teruja sangat nak cuba produk terbaru dari Korea nie..Mana tau lepas nie boleh jadi cantik macam orang korea kan..


Pada korang yang tak tahu, meh nad nak cerita sikit pasal Althea nie..Althea nie merupakan produk kecantikan dan kosmetik yang terkenal dari Korea ala-ala k-beauty gittew..Banyak juga produk althea yang berjaya menarik minat nad untuk dicuba antaranya siri A Bloom nie..Jom tengok apa yang ada dalam siri A Bloom kali ini..

Antara koleksi yang terdapat dalam siri Althea A Bloom nie kali nie adalah :

💕 A Bloom Mask Sheet
💕 A Bloom Giant Maringue Puff
💕 A Bloom Baby Maringue Puf
💕 A Bloom BHA Blackhead Blaster


A Bloom Mask Sheet Dengan 4 Variasi Mask Sheet

Terdapat 4 variasi mask sheet dalam siri Althea A Bloom ini iaitu A Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet, A Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, A Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet, A Bloom Nourishing Avocado. Setiap mask nie mempunyai fungsi yang berbeza-beza..


A Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

Mask ini mengandungi lemon dan lime yang kaya dengan vitamin C dengan dos yang berganda untuk mencerahkan kulit dan memudarkan bintik hitam. Turut mengandungi teh hijau untuk mencerah sambil menenangkan kulit.

Bahan utama yang terdapat dalam Brightening Lemon Mask Sheet adalah Niacinamide, extrak buah citrus lemon, ekstrak buah jeruk citrus Aurantifolia dan ekstrak daun Camellia Sinensis.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutama kulit kombinasi

A Bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet

Mengandungi ekstrak tembikai bagi memberi penghidratan dan kelembapan pada kulit supaya kelihatan lebih segar. Manakala lavender untuk menenangkan kulit dengan bauan yang cukup tenang ketika memakainya

A Bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

Mask ini berfungsi untuk membersih dan melegakan kulit sensitif. Diperbuat dari ekstrak buah peach dan minyak pokok teh untuk mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit supaya menjadi lebih lembut dan halus.

Bahan utama yang digunakan adalah ekstrak buah Prunus Percisa (peach), ekstrak daun Melaleuca Alternifolia (pokok teh)

Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak dan sensitif.

A Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet

Buah Avocado kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari faktor alam sekitar serta mencegah kedutan. Ia diadun dengan ekstrak avocado dan bunga raya untuk kulit lebih lembut dan bersinar.

Harga RM2.00 per sheet/RM18 untuk 10 pcs




A Bloom Giant Maringue Puff

Saiznya yang lebih besar berbanding baby maringue puff. Digunakan untuk meratakan foundation. Boleh digunakan ketika kering atau basah. Puff ini boleh mengembang sehingga 1.5x dari saiz sebenar dengan cepat ketika dibasahkan dan dengan saiz yang besar ini memudahkan kerja untuk meratakan foundation ke seluruh wajah.

Menggunakan material high density latex free foam. Sangat lembut dan mudah digunakan terutama dibahagian bawah mata dan hidung.

Harga RM11.00 per pcs



A Bloom Baby Maringue Puff

Baby maringue puff nie comel je sekali tengok macam nak makan. Terdapat 3 pcs dalam set baby maringue puff nie. Kegunaannya juga sama iaitu meratakan foundation ke seluruh wajah teeutama di kawasan yang kecil seperti bahagian bawah mata, tepi hidung, tepi mulut, dan celah antara kening dengan dahi.

Boleh digunakan ketika kering atau basah. Sama macam giant maringue puff, ia boleh mengembang apabila dibasahkan. Macam nad, lebih suka basahkan sebab nak bagi foundation kekal dan tahan lama kat muka nie.. Juga menggunakan material high density latex free foam.

Harga RM15.00 (3pcs)




A Bloom BHA Blackhead Blaster

Merupakan blackhead/whitehead removal. Tapi yang nie jenis dalam bentuk roll stick tau bukan yang jenis sapu kat muka biar kering then terus tanggal. Dengan menggunakan BHA (White Willow Bark Ekstract 5,000ppm), ia membantu untuk menyingkirkan blachead/whitehead, sel kulit mati dan sebum yang berlebihan dengan mudah tanpa rasa sakit.

Selain itu, ia turut menggunakan bahan seperti charcoal powder, apricot seed, tea tree leaf oil untuk akrub kulit muka tanpa rasa kerengsaan kerana teksturnya yang alowly dan rasa ringan je pada muka. Sesuai untuk mereka yang berkulit jenis berminyak atau kombinasi.

Cara Penggunaan :

Hanya sapu dibahagian yang mempunyai masalah blackhead/whitehead kemudian bilas dengan air suam.

Harga RM 19.00

Pengalaman Menggunakan Althea A Bloom

Full review nad berkenaan dengan produk Althea siri A Bloom nie semuanya best-best tapi paling nad suka pakai mask sheet dan BHA Blackhead Blaster tue..Untuk mask sheet bila pakai rasa lembab je kulit muka dan BHA Blackhead Blaster bila pakai rasa berangin je sebab dia ada campuran tea tree leaf oil.Lepas bilas kulit muka rasa licin dan bersih.

Nad recomended sangat kat korang untuk cuba produk siri Althea A Bloom nie..Bukan apa, nad sendiri da pakai dan best sangat n paling tak sabar nak shopping mask sheet tue sebab kalau beli 10 pcs cuma RM15 je..Murah kan?Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Althea nie :

Website : http://www.althea.kr/
IG : Althea Korea
FB : Althea





1 ulasan: