Ik

Selasa, 23 Februari 2021

Adakah Produk Kitsui Bahaya??

Februari 23, 2021 4 Comments




Haii semua.. Hari nie nad nak review 2 produk dari Kitsui yang mana produk nie sangat berkesan dan yang paling best produk Kitsui nie merupakan minuman campuran botani yang diyakini halal, lulus ujian makmal dan telah mendapat pengiktirafan dari kilang yang berstatus GMP. So korang tak perlu ragu-ragu untuk mencubanya. Ianya dijamin selamat dan tidak merbahaya.

Berbalik kepada produk yang nad nak review nie, dua produk tersebut adalah Korean Whitie + Plus Tomato dan Belloss Fiber.

Korang ada masalah kulit kusam, tidak bermaya atau penuaan? Mesti ada kan. Tipu la kalau kata kulit muka korang nie perfect tiada sebarang masalah.. Macam nad, kulit muka memang ada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Nak-nak da masuk umur 30 an nie. Macam-macam masalah kulit muka yang timbul. Bintik-bintik hitam nie jangan cakap la.. Nad dah cuba banyak produk, nak try yang cucuk-cucuk tue takut, so nad cuba Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato nie..

Selama seminggu  nad mengamalkan minuman botani Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato nie, rasa macam tak percaya je. Kulit muka nad lebih bermaya dan semakin berseri, bintik-bintik hitam pun dah berkurang. Tona kulit muka lebih sekata. Jom, nad terangkan serba sedikit tentang Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato nie.

Korean Whitie + Plus Tomato nie merupakan minuman campuran botani yang mengandungi botanical beverage mix tomato, camu-camu, vitamin C dan juga serbuk jus acerola.



Kebaikan Korean Whitie + Plus Tomato

✔️ Membantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang boleh mengakibatkan jerawat

✔️Dapat mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah

✔️Dapat mengecilkan liang pori

✔️Dapat meningkatkan pengeluaran pro-kolagen bagi membaiki struktur kulit wajah

✔️Sebagai anti-oksidan dan berkesan sebagai menghalang penuaan

✔️Membantu mengekalkan kelembapan kulit

✔️Kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata

✔️Acerola juga telah terbukti boleh menghalang proses penuaan sel-sel dan membantu menghindarkan kulit berkedut

Cara Penyediaan Kitsui Korean Whitie +  Plus Tomato

Ambil 1 sachet Korean Whitie + Plus Tomato dan campurkan ke dalam 100ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum sebaik selepas penyediaan. Kalau nak jadikan minuman Korean Whitie + Plus Tomato nie bertambah sedap, korang boleh juga campurkan ke dalam minuman kegemaran seperti jus oren atau yogurt. Boleh juga disediakan dengan bancuhan air sejuk. Jangan lupa minum air yang secukupnya untuk kesan yang terbaik

Setiap kotak Korean Whitie + Plus Tomato nie mengandungi 17 sachet x 5 gram. Selepas dah ambil sila simpan ditempat yang dingin dan kering. Korean Whitie + Plus Tomato nie boleh diambil sehari sekali iaitu sebelum tidur atau selepas sarapan.

Perhatian

Jika anda sedang menyusu, sedang mengambil ubat, hamil atau kemungkinan hamil atau ada alahan, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.


Kitsui Belloss Fiber

Minuman campuran botani dari Kitsui Bellos Fiber nie pula bagus untuk korang yang mengalami masalah sembelit, perut buncit dan juga dapat mengurangkan berat badan. Tak dinafikan, masalah sembelit nie selalu menghantui nad. Yela, bayangkan dalam masa seminggu sekali je nad dapat membuang. Rasa tak selesa sangat. Masalah perut buncit pun satu hal. Kadang tue bila time pakai seluar hurm terus tak boleh nak kancing. 

Satu hari tue, nad ternampak produk Kitsui Belloss Fiber nie dekat farmasi terus rasa nak cuba. Selepas seminggu nad amalkan minuman Kitsui Bellos Fiber nie, rasa lega sangat sebab masalah sembelit nad dah berkurang. Sekarang nie, tiap-tiap hari nak membuang. Bukan tue je,  badan pun rasa ringan dan lebih bertenaga. Masalah perut buncit tue amik masa sikit la nak kempiskan dan nad akan terus mengamalkan minuman Kitsui Belloss Fiber nie secara konsisten.

Minuman Kitsui Bellos Fiber nie diperbuat daripada ramuan semulajadi nanas, apple, kiwi, lemon, timun, dan bayam. Mengandungi 15 sachet x 15 gram. Minuman nie ofcoz la rasa campuran buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat sedap untuk diminum.

Kebaikan Kitsui Belloss Fiber

✔️Meningkatkan metabolisme badan

✔️Menghentikan sembelit

✔️Meningkatkan peredaran darah

✔️Mengeluarkan lebihan toksin dalam badan melalui proses pecernaan

✔️Tubuh akan berasa lebih ringan dan lebih bertenaga

✔️Membersihkan usus

✔️Melancarkan sistem pencernaan

Cara Penyediaan Kitsui Belloss Fiber

Ambil 1 sachet Kitsui Belloss Fiber dan campurkan ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum sebaik selepas penyediaan. Jangan lupa minum air yang secukupnya untuk kesan yang terbaik.

Kitsui Belloss Fiber boleh diambil sehari sekali iaitu sebelum makan malam atau sebelum tidur.

Perhatian

Jauhi dari kanak-kanak. Mereka yang mempunyai alahan atau disyaki ada alahan harus berunding dengan pakar kesihatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.



Bagi korang yang nak cuba produk Kitsui nie, korang boleh dapatkan di semua rangkaian farmasi guardian dan watsons yang berdekatan dengan rumah anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato dan Kitsui Belloss Fiber, korang juga boleh layari laman web seperti dibawah.

Dan jangan lupa masukkan kod promo "kitskulit" untuk menikmati diskaun sebanyak 12% hanya di shopee Kitsui Mall..

Instagram 

Facebook

Tik Tok

Shopee

Website

#kitsui #kitsuimalaysia #watsonsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsihat

Jumaat, 12 Februari 2021

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Dengan Rumusan Terbaru Calamine Dan Prebiotik Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Februari 12, 2021 1 Comments



Memiliki kulit sihat dan cantik pastinya menjadi impian bagi setiap wanita diluar sana. Untuk merealisasikan impian itu, cosmoderm baru-baru ini, telah melancarkan rangkaian produk terbarunya iaitu Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced dengan rumusan terbaru iaitu Calamine dan Prebiotik. Terujanya nad bila dapat tau Cosmoderm telah mengeluarkan produk terbaru mereka nie. Packaging menarik sangat dengan warna cute pink ala-ala gegirl gittew.. Kalau korang nak tahu, nad pun salah seorang pengguna rangkaian produk Cosmoderm ni tau..



Bila packagingnya menarik, perasaan nak cuba tue mesti ada.. Bukan itu sahaja, yang membuatkan nad tertarik dengan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced nie sebab dia menggabungkan Calamine dan Prebiotik. Jom tengok apa fungsi 2 bahan utama nie?

Prebiotik merupakan bakteria baik yang dijumpai dalam tubuh dan kulit manusia. Ia bagi memastikan tubuh dan kulit kita berada dalam keadaan kekal sihat. Seperti manusia, bakteria baik ini memerlukan makanan dan makanan inilah yang dipanggil prebiotik.

Prebiotik

• Mengimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan kulit

• Meningkatkan perlindungan permukaan kulit 

• Memastikan penghalang kulit tetap utuh dan sihat

• Prebiotik juga dapat meningkatkan cahaya dan keselesaan kulit akibat penstrukturan semula, kesan berkhasiat dan menenangkan.

Calamine Lotion

• Untuk melegakan gejala kemerahan kulit, sinaran matahari, gatal-gatal kulit dan keadaan kulit yang kecil

• Formulasi Calamine yang digunakan di Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced adalah tahap Calamine yang lebih tinggi yang digunakan dalam industri kosmetik.

Terdapat 4 rangkaian utama produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced nie :



1. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser 100ml RM29.90

Membantu menbersihkan kulit secara mendalam sambil menghilangkan kotoran di wajah. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan kulit dari bahan berkhasiat lain dan seterusnya mudah disapukan pada kulit.

Cara penggunaan :

Picit sedikit di telapak tangan. Basuh dan urut muka dengan lembut. Bilas dengan air bersih.



2. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion 120ml (RM45.90)

Diformulasikan dengan Prebiotik dan 20,000 ppm Calamine, toning ini membantu mengurangkan kemerahan di kulit muka dan mudah diserap.

Cara penggunaan :

Goncangkan dengan baik sebelum digunakan sehingga calamine bercampur dengan baik dengan air pengencang. Tuangkan toning lotion ke telapak tangan dan tepuk lembut ke muka dan leher. Tuangkan toning lotion ke telapak tangan dan tepuk lembut ke muka dan leher.



3. Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream 50ml (RM65.00)

Dengan Calamine dan 30,000 ppm Prebiotic, krim WOW ini membantu mengembalikan kelembapan kulit serta meringankan cela pada kulit. Dengan Teknologi Water-In Oil-In Water (WOW), kelembapan diserap dan terkunci pada kulit yang membantu kulit kekal terhidrat.

Cara penggunaan :

Pam sejumlah Krim Soothing WOW ke telapak tangan dan urut dengan lembut ke muka dan leher.



4. Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF25PA ++ 50ml (RM65.00)

Diformulasikan dengan Prebiotik dan Calamine, pelindung matahari ini melindungi kulit daripada UVA dan UVB yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Selain itu, ia dapat meningkatkan perlindungan serta permukaan kulit dari sinaran matahari dan kulit kering.

Cara penggunaan :

Pam sejumlah SunMilk SPF25PA ++ ke telapak tangan dan urut dengan lembut ke muka dan leher. Pelindung matahari ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Umtuk pengetahuan semua, keempat-empat produk dari Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan ianya bebas dari Paraben, Wangian dan Pewarna tiruan. So memang selamat la guna produk Cosmoderm nie. 

Mudah je kalau korang nak dapatkan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced nie.. Ianya terdapat di semua rangkaian farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut dan promosi terkini, sila kunjungi laman web seperti dibawah :

• Facebook: Cosmoderm
• Instagram: Cosmoderm
• Laman web: www.cosmoderm.com.my