Ik

Jumaat, 12 Februari 2021

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Dengan Rumusan Terbaru Calamine Dan Prebiotik Untuk Kulit Sihat dan Cantik




Memiliki kulit sihat dan cantik pastinya menjadi impian bagi setiap wanita diluar sana. Untuk merealisasikan impian itu, cosmoderm baru-baru ini, telah melancarkan rangkaian produk terbarunya iaitu Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced dengan rumusan terbaru iaitu Calamine dan Prebiotik. Terujanya nad bila dapat tau Cosmoderm telah mengeluarkan produk terbaru mereka nie. Packaging menarik sangat dengan warna cute pink ala-ala gegirl gittew.. Kalau korang nak tahu, nad pun salah seorang pengguna rangkaian produk Cosmoderm ni tau..



Bila packagingnya menarik, perasaan nak cuba tue mesti ada.. Bukan itu sahaja, yang membuatkan nad tertarik dengan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced nie sebab dia menggabungkan Calamine dan Prebiotik. Jom tengok apa fungsi 2 bahan utama nie?

Prebiotik merupakan bakteria baik yang dijumpai dalam tubuh dan kulit manusia. Ia bagi memastikan tubuh dan kulit kita berada dalam keadaan kekal sihat. Seperti manusia, bakteria baik ini memerlukan makanan dan makanan inilah yang dipanggil prebiotik.

Prebiotik

• Mengimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan kulit

• Meningkatkan perlindungan permukaan kulit 

• Memastikan penghalang kulit tetap utuh dan sihat

• Prebiotik juga dapat meningkatkan cahaya dan keselesaan kulit akibat penstrukturan semula, kesan berkhasiat dan menenangkan.

Calamine Lotion

• Untuk melegakan gejala kemerahan kulit, sinaran matahari, gatal-gatal kulit dan keadaan kulit yang kecil

• Formulasi Calamine yang digunakan di Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced adalah tahap Calamine yang lebih tinggi yang digunakan dalam industri kosmetik.

Terdapat 4 rangkaian utama produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced nie :



1. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser 100ml RM29.90

Membantu menbersihkan kulit secara mendalam sambil menghilangkan kotoran di wajah. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan kulit dari bahan berkhasiat lain dan seterusnya mudah disapukan pada kulit.

Cara penggunaan :

Picit sedikit di telapak tangan. Basuh dan urut muka dengan lembut. Bilas dengan air bersih.



2. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion 120ml (RM45.90)

Diformulasikan dengan Prebiotik dan 20,000 ppm Calamine, toning ini membantu mengurangkan kemerahan di kulit muka dan mudah diserap.

Cara penggunaan :

Goncangkan dengan baik sebelum digunakan sehingga calamine bercampur dengan baik dengan air pengencang. Tuangkan toning lotion ke telapak tangan dan tepuk lembut ke muka dan leher. Tuangkan toning lotion ke telapak tangan dan tepuk lembut ke muka dan leher.



3. Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream 50ml (RM65.00)

Dengan Calamine dan 30,000 ppm Prebiotic, krim WOW ini membantu mengembalikan kelembapan kulit serta meringankan cela pada kulit. Dengan Teknologi Water-In Oil-In Water (WOW), kelembapan diserap dan terkunci pada kulit yang membantu kulit kekal terhidrat.

Cara penggunaan :

Pam sejumlah Krim Soothing WOW ke telapak tangan dan urut dengan lembut ke muka dan leher.



4. Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF25PA ++ 50ml (RM65.00)

Diformulasikan dengan Prebiotik dan Calamine, pelindung matahari ini melindungi kulit daripada UVA dan UVB yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Selain itu, ia dapat meningkatkan perlindungan serta permukaan kulit dari sinaran matahari dan kulit kering.

Cara penggunaan :

Pam sejumlah SunMilk SPF25PA ++ ke telapak tangan dan urut dengan lembut ke muka dan leher. Pelindung matahari ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Umtuk pengetahuan semua, keempat-empat produk dari Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan ianya bebas dari Paraben, Wangian dan Pewarna tiruan. So memang selamat la guna produk Cosmoderm nie. 

Mudah je kalau korang nak dapatkan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced nie.. Ianya terdapat di semua rangkaian farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut dan promosi terkini, sila kunjungi laman web seperti dibawah :

• Facebook: Cosmoderm
• Instagram: Cosmoderm
• Laman web: www.cosmoderm.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan