Ik

Selasa, 17 Mac 2020

Rawatan Tanpa Suntikan Dan Spa Terbaik Di Cheras




Bertempat di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, nad bersama beberapa rakan blogger yang lain telah hadir bagi memeriahkan acara Hi-tea bersama founder terkenal yang mana wajahnya sering keluar dimajalah stylista iaitu Puan Mastura Idris. Rasa bertuah sangat dapat bertentang mata dan beramah mesra dengan beliau. Seorang yang sangat friendly dan sentiasa nampak cantik. 



Nak cantik ramai yang sanggup menahan sakit. Tapi pernah tak korang dengar atau pun pernah menjalani treatment muka tanpa menggunakan sebarang suntikan?? Bunyi pun agak kurang percaya, tapi inilah yang telah dibuktikan oleh Puan Mastura Idris iaitu Pengasas Skincare Royalq Plus dan juga merupakan Pegawai VTO iaitu Tenaga Pengajar yang diiktiraf untuk kursus-kursus dibawah Sijil Kemahiran Malaysia.



Anak kelahiran dari Kerteh, Terengganu ini mula membuka spa kecantikan dibawah nama The Beauty Expert Academy Spa Cheras sejak tahun 2012 dimana beliau menyediakan servis Aesthetic dan Traditional spa. Asthetic adalah servis perawatan dan penjagaan muka. Untuk penjagaan muka, ia menggunakan teknologi terkini manakala untuk tradisional spa pula lebih kepada terapi badan, kaki dan tangan, mandian bunga, mandian aura, skrub dan mask badan.


Apa yang menarik mengenai spa ini, ialah dimana The Beauty Expert Academy Spa merupakan Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection. Spa ini tidak menggunakan sebarang injection namun hasil rawatan muka di spa ini setanding dengan hasil injection malah lebih baik.


Antara servis yang mendapat permintaan tinggi disini ialah Sulam Bedak Kristal, Phyto-White, BIO-Dermagun, Placentex, Micronano Oxygen, Boost Uplifting, Lift Up Eye Treatment, Fat Busting Treatment dan Hot Derox Blanket. Servis lain yang turut disediakan ialah facial treatment, body treatment, postnatal service, bridal spa package, mandian badan dan foot treatment.

Rawatan yang sering menjadi pilihan pelanggan di The Beauty Expert Academy Spa :

Sulam Bedak

Rawatan sulam bedak ini mampu membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan sekata dengan serta merta selepas rawatan. Kesan sulam bedak ini mampu bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Sulam bedak yang dilakukan ini tidak menggunakan sebarang suntikan tetapi permukaan kulit muka akan dipolish secara halus tanpa menyakitkan dan tiada sebarang pendarahan. 

BIO-Dermagun

Rawatan melibatkan Crystal Tytanium transdermal yang tidak menyakitkan dari Asid Hyaluronik, Vitamin. Enzim dan Amino Asid yang kaya ke dalam kulit untuk memastikan sel-sel kulit terhidrat dan dipelihara serta memulihkan tona dan keanjalan kulit muka.

Placentex

Rawatan yang menggunakan DNA SALMON untuk merawat sehingga ke akar umbi kulit wajah, membaikpulihkan sel kulit yang rosak dan tidak baik.


Selepas menjalani rawatan, anda digalakkan untuk menggunakan 2 produk penjagaan muka iaitu RoyalQ Asia iaitu Diamond Dolly Booster Essence dan Liquid Foundation Sunblock SPF60 bagi membantu melegakan kulit dan melindungi kulit dari bendasing dan sinaran yang berbahaya.


Bagi mereka yang ingin mengikuti kelas atau bengkel kecantikan, disini juga ada disediakan. Terdapat pelbagai pilihan tawaran kursus yang disediakan mengikut minat dan kesemua sijil ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dengan kerjasama Akademi Diyana.


Berita baik untuk pelanggan yang pertama kali berkunjung ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras, diskaun sebanyak 65% akan diberikan bermula 9 Februari 2020. So jom la kita manjakan diri dan tampil cantik sebelum raya nie. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen terkini, layari terus media sosial :


Manakala untuk appoitment boleh terus hubungi :

Emel : spacheras1988@gmail.com
Telefon : 03-95467094
Alamat : No 14B, Jalan Suadamai 1/2,Bandar Tun Hussein Onn,43200 Cheras Selanggor






15 ulasan:

  1. Dia punya pengasas lawaa kann...manis jee orangnya, memang patutlah servis Spa dia ramai orang pergi..kalau amik pakej pun dengarnya harga berbaloi..all in servis..

    BalasPadam
  2. servis yang sangat-sangat berbaloi bagi rakyat pertengahan ni. boleh cuba nanti

    BalasPadam
  3. Good package this spa offers. Thank you for sharing your review about this spa.

    BalasPadam
  4. menariknya rawatan tanpa suntikan....mesti x sakit dan paling penting kita dapat buat rawatan dengan tenang kan hehehe

    BalasPadam
  5. Dari sehari ke sehari nak ke spa ni, tapi tu lah tak masa pulak..akhirnya terlupa sudah..huhuhu. Ramai yg kata best buat rawatan kat sini..InsaAllah nanti nak gi gak lah

    BalasPadam
  6. Lama dah tak memanjakan diri buat rawatan muka. Teringin nak buat sulam bedak tu tapi bila tahu yg tak dibenarkan rasa was-was pulak. Boleh try la kat sini nanti.

    BalasPadam
  7. Pernah dengar juga nama spa ni masa cari rawatan postnatal tu.harga dia okay tapi sayang area cheras je..haha.. tp nnt abes musim covid ni boleh la g terjah ke sana kan.. cambest je facial dia..

    BalasPadam
  8. selalu treatment untuk muka ni guna kaedah yang cucuk2 pakai jarum tu kan.. adoi kite tgk pun ngilu tau. Ni kalau tak guna suntikan maknanya xde jarum la kan...

    BalasPadam
  9. Fuhh kulit wajah pengasas dia gebu betul. Glow berseri. Nak juga camtu. Hahaha

    BalasPadam
  10. Wah lepas MCO ni sis nak buat appointment for my facial and spa.

    BalasPadam
  11. Wah... Rawatan tanpa suntikan.. Mesti la TB nak cuba.. Hehehe.. Sebab TB penakut bab suntik2 ni.. Hehe.. Kalau takde suntik berani je pi buat spa kat sini.. Eh bila la tu nak pi nya kan

    BalasPadam
  12. Wahhh baguslah ada rawatan kecantikan yg tidak melibatkan suntikan. Nak cuba pon rasa x takut. Ngeri tengok jarum

    BalasPadam
  13. oo ada ya rawatan camni. baguslah, tidaklah rasa nnngeri pula kan

    BalasPadam
  14. Menariknya tengok rawatan yang dijalankan tu... last saya pergi spa pun dah dekat sepuluh tahun dah... perghhhh, lama dah tu... paling best time buat facial dengan time masuk kat beg panas tu (tak ingat nama dia)... hehehehe...

    BalasPadam