Assalamualaikum, semoga korang semua berada dalam lindungan Allah s.w.t. Negara kita sedang menghadapi musibah dengan corona virus atau lebih dikenali sebagai covid 19. Perintah kawalan pergerakan telah dilakukan bagi mengelakkan virus ini merebak tapi ramai juga dikalangan kita nie yang tak faham bahasa, masih berdegil sibuk nak keluar, pergi sana sini. Duduk jela diam-diam dalam rumah tue. Kan macam-macam boleh buat, time nie la korang nak spend time dengan family, anak-anak, lakukan aktiviti bersama yang tersayang.
Memandangkan husband aku nie seorang anggota, terpaksa la die menjalankan tugas demi keselamatan negara yang tercinta nie.. Tapi tak apa la, aku sorang-sorang kuarantin kat umah pun ok je, bila time bosan-bosan mula la aku ke dapur tengok bahan apa yang ada dan aku pun start la buat puding koktail yang sangat simple. Bahan-bahan memang dah ada, so jom tengok resepi puding koktail aku yang very simple nie.
Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
Setengah cawan gula (kalau suka manis boleh tambah gula)
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
1 tin buah campur
1 tin susu cair
Cara-cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali buah dalam tin dan susu cair. Masak dengan api perlahan, kacau sampai kastard tue jadi likat. Bila dah likat tutup api, masuk kan dalam bekas. Kemudian sejukkan di luar baru masuk dalam peti ais. Nak makan nanti, letak la buah dalam tin dan susu cair. Haa.. Da siap, siapa kata susah nak buat puding koktail nie? Senang je kan. Makan pulak time sejuk-sejuk oii.. Mau nya aku makan bertambah. Selamat mencuba resepi aku yang simple nie..
buat koktail rajin, tapi kalau puding koktail... hrmmm 😅😅😅
BalasPadamNak buat puding die tue senang je, tapi kna rajin skit tuk masak 😅
PadamSEDAPNYAA .
BalasPadamHehe..try la buat..sambil mkn tgok movie..
PadamKalau rajin nak buat petang nanti hehehehe
BalasPadamOk sis lin..buat la..senang je..sy pn bpe kali ulang makn..hehe..pg, tghari, ptg..
Padamyup yup.. ni resepi simple je tapi bila layan time panas terik sejuk2 tu makan perghh trangkat..
BalasPadam