Ik

Khamis, 5 Mac 2020

Rambut Kuat Dan Sihat Dengan Safi Shayla Botanical Silk

Penjagaan rambut bukan sahaja penting untuk wanita tidak bertudung, sebaliknya bagi wanita bertudung perlu menitik beratkan tentang penjagaan rambut. Seperti mereka diluar sana yang mengalami masalah rambut gugur, nad juga tidak terkecuali. Puas dah fikir untuk menangani masalah ini, akhirnya nad berjaya menemui jalan penyelesaiannya iaitu dengan menggunakan Safi Shayla Botanical Silk.

Safi Shayla Botanical Silk diperkaya dengan nutrien  yang diperlukan oleh rambut seperti Organic Habbatus Sauda yang dapat melindungi dan menyuburkan kulit kepala, Minyak Argan membuatkan rambut kelihatan lembut bak sutera dan mudah untuk diurus. Keistimewaan Safi Shayla Botanical Silk ini ialah ianya memelihara rambut dari akar  umbi hingga ke hujung rambut dan dipercayai 100% dari bahan Botanical Aktif dan 0 parabens. Apa yang membuatkan nad tertarik dengan Safi Shayla Botanical Silk nie, keharumannya kekal sehingga 48 jam. 


Terdapat 3 variasi Safi Shayla Botanical Silk iaitu Hair Fall Rescue, Intense Nourishment dan juga Silky Sheen Care mengikut masalah rambut yang dialami. Macam nad, memang masalah rambut gugur dari dulu sampai sekarang sering menghantui diri. Selepas menggunakan Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue, nad dapati rambut semakin kuat dan sihat, masalah rambut gugur pula semakin berkurang. Sekarang nad dah boleh senyum lebar la sebab nad da jumpa shampoo yang paling sesuai untuk rambut nad.

Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue


Untuk masalah rambut gugur atau rapuh macam nad, Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ini memang sesuai sangat untuk korang kerana ianya diperkaya dengan protein mikro yang menembusi secara intensif serta mengukuhkan dan memperbaiki struktur rambut . Selain itu, khasiat minyak bunga matahari yang terdapat dalam shampoo ini juga dapat  membantu menguatkan penghidratan dan membentuk lapisan pelindung pada permukaan rambut bagi mengelakkan rambut gugur serta menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.

Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment


Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan kasar, boleh cuba Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment yang kaya dengan hidra lembab yang mana ianya memberikan khasiat mendalam untuk memperbaiki masalah rambut kering dan kasar. Kebaikan minyak chamomile pula dapat membantu memulihkan rambut dan menjadikan rambut kelihatan lembut dan lebih sihat. 

Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care



Untuk rambut tidak terurus atau kurang bersinar pula, digalakkan cuba Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care kerana khasiat minyak rose mempunyai penambah lapisan lipid yang dapat membantu memulihkan kelembapan semulajadi serta menjadikan rambut kelihatan sihat dan bersinar bak sutera serta mudah untuk diurus.

Sekarang masalah rambut nad dah pun selesai dengan adanya Safi Shayla Botanical Silk ini. Rambut nad kini semakin sihat, kuat dan wangiannya kekal sepanjang hari. Nad pun dah tak perlu risau lagi akan adanya bau yang kurang menyenangkan lebih-lebih lagi apabila kita bertudung.

Bagi mereka yang ingin cuba atau nak dapatkan Safi Shayla Botanical Silk, boleh dapatkan di pasaraya  berdekatan dan semua rangkaian farmasi seperti Guardian dan Watson serta platform online seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk terbaru Safi, boleh layari laman web rasmi Safi Malaysia di :

http://safi.com.my/



11 ulasan:

  1. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue..masalah klu ade bau yg kurg mnyenangkan nie..nasib baik ade penyelamat safi shayla botanical silk nie..

      Padam
  2. Kalau ikutkan mungkin saya nak cuba ketiga tiga jenis tapi... disebabkan ada masalah rambut gugur, confirm akan pilih yang diutamakan iaitu Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue hehehe... - Blog Sofinahlamudindotcom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupss..Boleh try yg hair fall rescue tue..mmg sesuai untuk rambut gugur..

      Padam
  3. Looks nice. Tak pernah try shampoo safi. Nanti nak try juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis try la nanti..memang best shampoo safi shayla nie..

      Padam
  4. saya nak cuba lah yg hairfall rescue tu.. sejak kelahiran anak kedua ni...menjadi2 pula rambut gugur sbb saya takde masa nak jaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis try yg hair fall rescue tue..lpas sy pkai shampoo nie, rmbut gugur da semakin berkurang..klu x, sikat je msti gugur..

      Padam
  5. Ramqi yg cakap produk ni best. Nanti nak cubalah...mcm.menarik

    BalasPadam
  6. Selepas pakai shampoo ada pakai apa apa product ke seperti conditioner ke atau memang semata shampoo , rambut saya selalu gugur saya harap shampoo no dpt bantu

    BalasPadam
  7. kalau rambut kelemumur sesuai gune yang mane satu ye?

    BalasPadam